Senin, 23 Juni 2014

Membaca Sadaqallahulazim’ Bid'ahkah ?

بسم الله الرحمن الرحيم

Pendahuluan 

Akhir-akhir ini marak suara-suara yang mengatakan bahwa ucapan : 'Sadaqallahulazim' yang dibaca qari diakhir tilawah Qur'an adalah bid'ah. Suara ini tidak lain merupakan 'paket' dari sekelompok kaum muslimin yang ma'fum kita ketahui siapa mereka. yang memang golongan ini paling mudah dan ringan melontarkan kata bid'ah dan sesat.
Padahal, tudingan bid'ah dan sesat bukanlah perkara mudah yang boleh dikatakan sewenang-wenang. karena dengan mengatakan seseorang sebagai sesat dan ahlu Bid'ah, kita sama dengan mengkafirkannya dan mengeluarkan seseorang dari jalan keslamatan ini.  Padahal Nabi SAW telah mengingatkan : "Barangsiapa berkata kepada saudaranya; hai kafir, maka kata tersebhut akan kembali kepada salah satu diantara keduanya."
Baiklah, mari kita simak fatwa ulama' azhar tentang hal ini, agar semua menjadi terang.
FATWA BOLEHNYA  MEMBACA ‘SADAQALLAHULAZIM’
pertanyaan :
Sesetengah manusia mengatakan: Sesungguhnya mengucapkan ‘sadaqallahulazim’ oleh qari selepas berakhir membaca al-Quran adalah bidaah. Tidak harus mengatakannya maka adakah ini benar?
Jawaban:
Kami memberi peringatan kepada masyarakat kebanyakkan agar tidak tergesa-gesa di dalam mengatakan dan menyifatkan bid'ah ke atas amalan yang tidak berlaku pada zaman Nabi S.A.W. dan tidak pada zaman pensyariatan, dan daripadanya berkeras di dalam menyifatkan setiap bidaah adalah sesat dan setiap yang sesat di dalam neraka. Dan mengucapkan ‘sadaqallahulazim’ oleh qari atau siapa yang mendengarnya selepas berakhir dari membaca al-Quran, atau di sisinya mendengar ayat dari dari al-Quran bukan bidaah yang dikeji, pertama kerana tiada larangan yang khusus, kedua kerana berzikir kepada Allah dan mengigatinya adalah disuruh sebanyak-banyaknya, ketiga sesungguhnya para ulama mengatakan itu adalah adab-adab dari adab membaca al-Quran, dan mengucapkannya di dalam solat tidak batal, keempat sesungguhnya ungkapan ini datang di dalam al-Quran, dan ia dari kata-kata orang-orang beriman ketika berperang.
Firman Allah Taala bermaksud :


Katakanlah: “Benarlah (apa yang difirmankan) Allah”. Maka ikutilah agama Ibrahim yang lurus, dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang musyrik."
(Surah ali-Imran: Ayat 95).
Firman Allah Taala bermaksud:

 



"Dan ketika orang-orang mukmin melihat golongan (yang bersekutu) itu, mereka berkata, “inilah yang dijanjikan Allah dan rasulNya (kemenangan) kepada kita”. Dan benarlah Allah dan rasulNya." (Surah al-Ahzab: Ayat 22).
Dan disebut al-Qurtubi di dalam mukaddimah tafsirnya sesungguhnya al-Hakim al-Tarmizi mengatakan di antara adab-adab membaca al-Quran al-Karim dan berkata ketika berakhir membaca al-Quran: ‘sadaqallahulazim’ atau ayat ungkapan sama maknanya. Dan di antara kehormatan apabila berakhir membaca al-Quran sesungguhnya benarlah tuhanNya, dan penyaksian menyampaikan terhadap RasulNya S.A.W. (Contoh berkata bermaksud: Benarlah Allah Yang Maha Agung dan rasulNya yang mulia telah menyampaikan). Dan penyaksian ke atas kebenaran, maka berkata: Benarlah wahai tuhan kami dan menyampaikan rasul kmu dan kami menjadi saksi. Wahai tuhan kami, jadikanlah kami dari kalangan syuhada yang benar untuk mendirikan keadilan, kemudian menyeru dengan seruan.
Dan datang di dalam fiqh empat mazhab, dikeluarkan oleh Kementerian Wakaf Mesir, sesungguhnnya al-Hanafiah (mazhab Imam Hanafi) berkata: Kalau berkata di dalam solat dengan tasbih seperti: ‘sadaqallahulazim’ ketika selesai qari dari membaca al-Quran tidak membatalkan solat apabila dimaksudkan semata-mata pujian, zikir atau tilawah, dan sesungguhnya al-Syafieyah (mazhab Imam Syafie) berkata: Tidak batal secara mutlak dengan ucapan ini, maka bagaimanakah segelintir orang pada hari ii berkata: Sesungguhnya berkata: ‘sadaqallahulazim’, selepas berakhir dari membaca al-Quran adalah bidaah? Aku mengulangi sekali lagi amaran supaya tidak tergesa-gesa di dalam mengeluarkan hukum-hakam fiqh sebelum pasti kebenarannya.
Firman Allah Taala bermaksud :
"Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta ‘ini halal dan ini haram’ untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tidak akan berjaya." (Surah al-Nahl: Ayat 116).
Rujukan:
Kitab: al-Fatawa Min Ahsan al-Kalam Fi al-Fatawa Wa al-Ahkam. Karangan: Syeikh Atiyyah Saqr (mantan Pengerusi Fatwa al-Azhar). Terbitan: al-Maktabah al-Taufiqiah. Jilid: Satu. Mukasurat: 142 dan 143.
KESIMPULAN
Jangan terlalu mudah untuk membidaahkan amalan orang lain tanpa kajian dan ilmu yang mencukupi. Adapun membaca ’sadaqallahulazim’ pada akhir bacaan al-Quran al-Karim bukanlah bidaah yang sesat sepertimana didakwa oleh sesetengah pihak.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar