Seorang lelaki yang soleh bernama Tsabit bin Ibrahim sedang berjalan di
pinggiran kota Kufah. Tiba-tiba dia melihat Sebuah apel jatuh keluar
pagar sebuah kebun buah-buahan. Melihat apel yang merah ranum itu
tergeletak di tanah membuat air liur Tsabit terbit, apalagi di hari yang
panas dan tengah kehausan. Maka tanpa berfikir panjang dipungut dan
dimakannyalah buah apel yang lazat itu, akan tetapi baru setengahnya di
makan dia teringat bahawa buah itu bukan miliknya dan dia belum mendapat
izin pemiliknya.
Maka ia segera pergi kedalam kebun
buah-buahan itu hendak menemui pemiliknya agar meninta dihalalkan buah
yang telah dimakannya. Di kebun itu ia bertemu dengan seorang lelaki.
Maka langsung saja dia berkata, “Aku sudah makan setengah dari buah apel
ini. Aku berharap anda menghalalkannya”. Orang itu menjawab, “Aku bukan
pemilik kebun ini. Aku Khadamnya yang ditugaskan menjaga dan mengurus
kebunnya”.
Dengan nada menyesal Tsabit bertanya lagi, “Dimana
rumah pemiliknya? Aku akan menemuinya dan minta agar dihalalkan apel
yang telah ku makan ini.”Pengurus kebun itu memberitahukan, “Apabila
engkau ingin pergi kesana maka engkau harus menempuh perjalan sehari
semalam”.
Tsabit bin Ibrahim bertekad akan pergi menemui si
pemilik kebun itu. Katanya kepada orang tua itu, “Tidak mengapa. Aku
akan tetap pergi menemuinya, meskipun rumahnya jauh. Aku telah memakan
apel yang tidak halal bagiku kerana tanpa izin pemiliknya. Bukankah
Rasulullah s.a.w. sudah memperingatkan kita melalui sabdanya: “Siapa
yang tubuhnya tumbuh dari yang haram, maka ia lebih layak menjadi umpan
api neraka”
Tsabit pergi juga ke rumah pemilik kebun itu, dan
setiba di sana dia langsung mengetuk pintu. Setelah si pemilik rumah
membukakan pintu, Tsabit langsung memberi salam dengan sopan, seraya
berkata,” Wahai tuan yang pemurah, saya sudah terlanjur makan setengah
dari buah apel tuan yang jatuh ke luar kebun tuan. Kerana itu mahukah
tuan menghalalkan apa yang sudah ku makan itu?”
Lelaki tua yang
ada dihadapan Tsabit mengamatinya dengan cermat. Lalu dia berkata
tiba-tiba, “Tidak, aku tidak boleh menghalalkannya kecuali dengan satu
syarat.” Tsabit merasa khawatir dengan syarat itu kerana takut ia tidak
dapat memenuhinya. Maka segera ia bertanya, “Apa syarat itu tuan?” Orang
itu menjawab, “Engkau harus mengawini putriku !”
Tsabit bin
Ibrahim tidak memahami apa maksud dan tujuan lelaki itu, maka dia
berkata, “Apakah kerana hanya aku makan setengah buah apelmu yang keluar
dari kebunmu, aku harus mengawini putrimu?”
Tetapi pemilik
kebun itu tidak mempedulikan pertanyaan Tsabit. Ia malah menambahkan,
katanya, “Sebelum pernikahan dimulai engkau harus tahu dulu
kekurangan-kekurangan putriku itu. Dia seorang yang buta, bisu, dan
tuli. Lebih dari itu ia juga seorang yang lumpuh!”
Tsabit amat
terkejut dengan keterangan si pemilik kebun. Dia berfikir dalam hatinya,
apakah perempuan seperti itu patut dia persunting sebagai isteri
gara-gara setengah buah apel yang tidak dihalalkan kepadanya? Kemudian
pemilik kebun itu menyatakan lagi, “Selain syarat itu aku tidak boleh
menghalalkan apa yang telah kau makan !”
Namun Tsabit kemudian
menjawab dengan mantap, “Aku akan menerima pinangannya dan
perkahwinanya. Aku telah bertekad akan mengadakan transaksi dengan Allah
Rabbul ‘alamin. Untuk itu aku akan memenuhi kewajiban-kewajiban dan
hak-hakku kepadanya kerana aku amat berharap Allah selalu meridhaiku dan
mudah-mudahan aku dapat meningkatkan kebaikan-kebaikanku di sisi Allah
Ta’ala”.
Maka pernikahan pun dilaksanakan. Pemilik kebun itu
menghadirkan dua saksi yang akan menyaksikan akad nikah mereka. Sesudah
perkahwinan selesai, Tsabit dipersilahkan masuk menemui isterinya.
Sewaktu Tsabit hendak masuk kamar pengantin, dia berfikir akan tetap
mengucapkan salam walaupun isterinya tuli dan bisu, kerana bukankah
malaikat Allah yang berkeliaran dalam rumahnya tentu tidak tuli dan bisu
juga. Maka iapun mengucapkan salam, “Assalamu”alaikum…”
Tak
disangka sama sekali wanita yang ada dihadapannya dan kini resmi jadi
isterinya itu menjawab salamnya dengan baik. Ketika Tsabit masuk hendak
menghampiri wanita itu , dia mengulurkan tangan untuk menyambut
tangannya. Sekali lagi Tsabit terkejut kerana wanita yang kini menjadi
isterinya itu menyambut uluran tangannya.
Tsabit sempat
terhentak menyaksikan kenyataan ini. “Kata ayahnya dia wanita tuli dan
bisu tetapi ternyata dia menyambut salamnya dengan baik. Jika demikian
berarti wanita yang ada dihadapanku ini dapat mendengar dan tidak bisu.
Ayahnya juga mengatakan bahawa dia buta dan lumpuh tetapi ternyata dia
menyambut kedatanganku dengan ramah dan mengulurkan tangan dengan mesra
pula”, Kata Tsabit dalam hatinya. Tsabit berfikir, mengapa ayahnya
menyampaikan berita-berita yang bertentangan dengan yang sebenarnya ?
Setelah Tsabit duduk di samping isterinya, dia bertanya, “Ayahmu
mengatakan kepadaku bahawa engkau buta. Mengapa?” Wanita itu kemudian
berkata, “Ayahku benar, kerana aku tidak pernah melihat apa-apa yang
diharamkan Allah”. Tsabit bertanya lagi, “Ayahmu juga mengatakan bahawa
engkau tuli, mengapa?” Wanita itu menjawab, “Ayahku benar, kerana aku
tidak pernah mahu mendengar berita dan cerita orang yang tidak membuat
ridha Allah.
Ayahku juga mengatakan kepadamu bahawa aku bisu
dan lumpuh, bukan?” Tanya wanita itu kepada Tsabit yang kini sah menjadi
suaminya. Tsabit mengangguk perlahan mengiyakan pertanyaan isterinya.
Selanjutnya wanita itu berkata, “aku dikatakan bisu kerana dalam banyak
hal aku hanya menggunakan lidahku untuk menyebut asma Allah Ta’ala saja.
Aku juga dikatakan lumpuh kerana kakiku tidak pernah pergi ke
tempat-tempat yang boleh menimbulkan kegusaran Allah Ta’ala”.
Tsabit amat bahagia mendapatkan isteri yang ternyata amat soleh dan
wanita yang memelihara dirinya. Dengan bangga ia berkata tentang
isterinya, “Ketika kulihat wajahnya… Subhanallah, dia bagaikan bulan
purnama di malam yang gelap”.
Tsabit dan isterinya yang salihah
dan cantik itu hidup rukun dan berbahagia. Tidak lama kemudian mereka
dikurniakan seorang putra yang ilmunya memancarkan hikmah ke seluruh
penjuru dunia, Beliau adalah Al Imam Abu Hanifah An Nu’man bin Tsabit.
Subhanallah...
Ya Allah, Berilah kami dan keluarga kami berkah kebahagiaan didunia dan
diakhirat, serta kumpulkanlah kami bersama keluarga dan anak cucu
keturunan kami kelak di Surga-Mu dan karuniakan saudara-saudara kami (yg
belum mendapatkan jodoh) pasangan terbaik dunia dan akhirat yang Engkau
pilih dan Engkau ridhai.
Ya Allah,
Ampunilah semua
dosa-dosa kami, baik sengaja atau pun tidak, berkahilah kami, ramahtilah
kami, berikanlah kami hidayah-Mu agar kami senantiasa dekat kepada-Mu
hingga akhir hayat.
Aamiin ya Rabbal'alamin
Tidak ada komentar:
Posting Komentar