Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya
disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini
sedang menanggung kesakitan yang amat sangat.
Lalu Rasulullah
menegurnya. "Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang
kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"
Lalu gadis malang ini pun menceritakan hal yang ber
laku padanya :- "Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim
piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan
aku menanggung kesakitan ini." balas gadis tadi.
"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku." Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut.
"Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat
menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air karena dia amat dahaga karena
kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar karena
kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.
"Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan
kanannya ada sehelai tuala kecil.
Beliau mengibas-ngibaskan
kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya.
Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa
sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan
ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya? Lalu ibuku
memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu
sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan
kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan
kelebihan hartanya sahaja.
Lalu aku terus mencari ayahku.
Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga
dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. Ayahku memang
amat terkenal karena sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku
bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menangung
azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia
kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.
Lalu
dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga
telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada
isterinya karena itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan
ketika didunia.
Oleh karena kasihan melihat azab yang diterima
oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan
kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir
ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika
itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah
sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah."
Panjang
lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir
dipipi. Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis
tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika
sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar
menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam. Lalu berkat
kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. Rasulullah lantas berkata,
"Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan
pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya
terampun.
InsyaALLAH.
Semoga tulisan ini dapat membuka pintu hati kita yang telah lama terkunci. Aamiin
Tidak ada komentar:
Posting Komentar