Rabu, 11 Desember 2013

Mengapa Ahlul Bait Hanya Dua Beradik? Rencana Siapakah?

 Mengapa Ahlul Bait Hanya Dua Beradik? Rencana Siapakah?

Mengapa Ahlul Bait Hanya Dua Beradik? Rencana Siapakah? Adakah hanya Hasan dan Hussain sahaja yang memainkan peranan besar menyebarkan Islam? Siapakah cucu sulung nabi Muhammad? Peperangan Uhud berlaku bulan Syawal pada tahun ketiga hijrah. Selepas peristiwa yang besar ini, Rasulullah shallallahu alaihi wasallam mengahwinkan Sayidina Ali dengan Fatimah.(Hasyiah al-Bukhari, jil. 1, hal. 532).

Dalam hal ini kemungkinan perkahwinan tersebut berlangsung pada akhir tahun ke 3H atau awal 4H. Ahli sejarah Syiah, Mulla Baqir al-Majlisi menyebutkan perkahwinan itu pada bulan Muharram. (Jila’ al-`Uyun, jil. 1 hal. 166)

Ahli sejarah mendakwa bahawa Hasan dilahirkan pada tahun ke 3H sedangkan ibu bapanya berkahwin pada akhir tahun ke 3H atau awal 4H. Di manakah anak-anak cucu nabi yang lain seolah-olah mereka tiada sumbangan besar dalam Islam. Telah sengaja dirancang hingga kita lupa peranan mereka di samping mereka dipinggirkan dalam pengetahuan umat Islam. Kita dipinta mengasihi keluarga nabi dan berselawat dan menyebut dalam selawat itu"alihi" yang bermaksud keluarganya. Adakah dua tiga adik beradik sahaja?

Artikel ini bukan menafikan atau mempertikaikan kedudukan Fatimah, Hasan dan Husain, tetapi kenapa yang lain dinafikan hak mereka. Firman Allah:

ذَلِكَ الَّذِي يُبَشِّرُ اللَّهُ عِبَادَهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ قُل لَّا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ أَجْراً إِلَّا الْمَوَدَّةَ فِي الْقُرْبَى وَمَن يَقْتَرِفْ حَسَنَةً نَّزِدْ لَهُ فِيهَا حُسْناً إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ شَكُورٌ

Maksudnya: (Limpah kurnia yang besar) itulah yang Allah gembirakan (dengannya): hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah tentang ajaran Islam yang aku sampaikan itu, (yang aku minta) hanyalah kasih mesra (kamu terhadapku) disebabkan pertalian kerabat (yang menghubungkan daku dengan kamu supaya aku tidak disakiti)". Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu perkara yang baik, Kami tambahi kebaikan baginya (dengan menggandakan pahala) kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya). (Surah Asy-Syura: 23)

Nabi mahu kasih sayang yang sungguh-sungguh pada keluarganya, tetapi kita pilih kasih. Allah telah memberi isyarat, akan ada masalah yang akan timbul pada keluarga nabi, sifat kroni dan pilih kasih pada keluarga tertentu sedangkan yang lain dibenci dan dimaki hamun. Ini tidak seimbang.

Bukan menafikan, bukan meminggirkan dan bukan pula terlalu memuja anak-anak dan cucu nabi. Ahli sunnah yang paling dipercayai untuk menyayangi keluarga nabi dan menjaga keluarga nabi. Tetapi, terpengaruh dengan racun Syiah yang menyeru untuk sayang keluarga nabi yang tertentu sahaja.

Mengapa kalau sebut nama yang lain, tidak terasa? Kenapa harus Fatimah, Hasan dan Husain sahaja?

Ini merupakan sirah (sejarah) yang sukar dicari yang benar-benar bersih dari kesalahan dan kepalsuan. Imam Sakhawi, Imam Ali bin Ibrahim al-Halabi, Abd ar-Rahim bin Hussin al-Iraqi di dalam Alfiah Sirah Nabawiah menyebutkan:

فليعلم الطالب ان السيرا تجمع ماصح وما قد انكرا

maka hendaklah belajar sirah mengetahui bahawa sirah itu mengumpulkan yang betul dan yang karut.

Ini kata-kata yang dinukilkan oleh pengkaji sejarah Islam. Mereka sudah menemukan banyak kesalahan maklumat, malangnya yang palsu lebih kerap disebar dan mendapat sambutan luar biasa dari yang sahih. Perang Karbala sebagai contoh, tanpa segan silu saya ingin kritik maklumat yang disampaikan oleh Habib Ali Al-Jufri adalah sirah yang pro-Syiah dan unsur maklumatnya sangatlah bercanggah dengan maklumat yang sahih (Rujuk: http://www.youtube.com/watch?v=i5o_OEGx_bg).

Bukan beliau sahaja, malah hampir majoriti ulama ahli sunnah melakukan kesilapan ini kerana mereka menerima apa yang mereka dengari tanpa mengkaji kesahihannya.

Oleh itu mari kita lanjutkan siapa anak-anak Nabi shallallahu alaihi wasallam:

1. Qasim = ibunya khadijah

2. Abdullah = ibunya khadijah

3. Tahir = ibunya khadijah

4. Ibrahim = ibunya Mariah al-Qibtiyyah

5. Zainab (Isteri Abul As),

6. Ruqayyah (Isteri Uthman al-Affan)

7. Fatimah (isteri Ali bin Abi Talib)

8. Ummi Kulthum (Isteri Uthman al-Affan)

Senarai cucu nabi
1. Ali bin Abu al-'As ibn ar-Rabi' (علي بن أبي العاص بن الربيع)

2. Abdullah bin Uthman Al-Affan

3. Hasan bin Ali

4. Hussain bin Ali.

5. Umamah binti Abu al-'As ibn ar-Rabi' (أمامة بنت ابو العاص بن الربيع)

6. Ummi Kulthum binti Al

7.  Zainab binti Ali

8. Muhsin bin Ali

Mengapa tidak didengari nama tadi? Adakah benar sudah meninggal dunia? Siapa mula-mula buat cerita ini? Lanjutannya kita teruskan. Ulama syiah pada zaman dahulu (hingga sekarang) sangat bodoh dalam matematik. Ini dapat dilihat dalam tarikh penting peristiwa sejarah Islam, sejauh mana mereka menipu atau menyorok fakta sebenar, akhirnya terbongkar juga. ulama syiah pada zaman dahulu (hingga sekarang) sangat bodoh dalam matematik. Ini dapat dilihat dalam tarikh penting peristiwa sejarah Islam, sejauh mana mereka menipu atau menyorok fakta sebenar, akhirnya terbongkar juga.Tarikh peristiwa penting di kalangan nabi dan para sahabat sehingga zaman cucu cicit nabi pun, mereka memanipulasikan tetapi bila kita membuat penyemakan semula, ternyata bercanggah antara satu sama lain.

Belajar matematik dan ilmu hisab amat dituntut di dalam Islam. Firman Allah:
خَلَقَ الْإِنسَانَ . عَلَّمَهُ الْبَيَانَ. الشَّمْسُ وَالْقَمَرُ بِحُسْبَانٍ

Dia menciptakan manusia, Mengajarnya pandai berbicara. Matahari dan bulan (beredar) menurut perhitungan tertentu(Surah a-Rahman: 3-5)

وَلِتَعْلَمُواْ عَدَدَ السِّنِينَ وَالْحِسَابَ وَكُلَّ شَيْءٍ فَصَّلْنَاهُ تَفْصِيلاً

dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan hitungan hisab (bulan dan hari); dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu (yang kamu perlukan untuk dunia dan ugama kamu), Kami telah menerangkannya satu persatu (dalam Al-Quran) dengan sejelas-jelasnya. (Surah al-Israa: 12)

 لِتَعْلَمُواْ عَدَدَ السِّنِينَ وَالْحِسَابَ مَا خَلَقَ اللّهُ ذَلِكَ إِلاَّ بِالْحَقِّ

supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan (waktu). Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan dengan hak  (Surah Yunus: 5)


Kita akan teruskan bacaan ini, tetapi sebelum itu, persiapkan dirimu dengan ilmu MATEMATIK

Zainab binti Muhammad

-Telah banyak kitab di sekeliling kita telah menyebut nama anak dan cucu nabi tetapi telah disembunyikan dengan niat tertentu dari pihak tertentu demi kepentingan tertentu.

-Rasulullah amat menyayangi Zainab tetapi yang diketahui bahawa Nabi hanya menyayangi Fatimah sahaja.

-Keutamaan Zainab banyak dilihat dalam hadis yang telah menderita kerana Nabi, ujar nabi sendiri. Dia anak gadis yang pertama memeluk Islam. Pernah keguguran akibat disekat oleh orang kafir akibat jatuh dari unta ketika hijrah hingga terpaksa berpatah balik.

-Abu al-'As ibn ar-Rabi' anak saudara Khadijah memeluk Islam pada tahun 6 hijrah dikenali dengan gelaran al-Amin. Diamanahkan Nabi untuk menghantar Zainab berhijrah ke Madinah walaupun dia tidak mengikuti hijrah itu walaupun belum memeluk Islam. Pada hijrah kedua, barulah dia memeluk Islam dan pergi ke Madinah berhijrah.

-Zainab, menikah dengan Abu Al-'As bin Rabi’ bin Abdul Uzza bin Abdul Syams sepupu Zainab iaitu ibunya Abu Al-'As adalah Hala binti Khuwailid merupakan adik-beradik Khadijah binti Khuwailid.

-Zainab mempunyai anak bernama Ali (yang Syiah kata  meninggal waktu kecil)

-Umamah yang digendong oleh Nabi saw waktu solat dan setelah dewasa menikah dengan Ali bin Abi Thalib setelah Fatimah wafat

-Abu al-'As ibn ar-Rabi' yang digelar Singa Hijaz sering dipuji nabi

-Nabi shallallahu alaihi wasallam pernah marah lalu naik mimbar kerana Ali nak menikah dengan anak Abu Jahal. Ini disebut di dalam hadis:

حَدَّثَنَا أَبُو الْيَمَانِ أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ عَنْ الزُّهْرِيِّ قَالَ حَدَّثَنِي عَلِيُّ بْنُ حُسَيْنٍ أَنَّ الْمِسْوَرَ بْنَ مَخْرَمَةَ قَالَ إِنَّ عَلِيًّا خَطَبَ بِنْتَ أَبِي جَهْلٍ فَسَمِعَتْ بِذَلِكَ فَاطِمَةُ فَأَتَتْ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ يَزْعُمُ قَوْمُكَ أَنَّكَ لَا تَغْضَبُ لِبَنَاتِكَ وَهَذَا عَلِيٌّ نَاكِحٌ بِنْتَ أَبِي جَهْلٍ فَقَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَمِعْتُهُ حِينَ تَشَهَّدَ يَقُولُ أَمَّا بَعْدُ أَنْكَحْتُ أَبَا الْعَاصِ بْنَ الرَّبِيعِ فَحَدَّثَنِي وَصَدَقَنِي وَإِنَّ فَاطِمَةَ بَضْعَةٌ مِنِّي وَإِنِّي أَكْرَهُ أَنْ يَسُوءَهَا وَاللَّهِ لَا تَجْتَمِعُ بِنْتُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَبِنْتُ عَدُوِّ اللَّهِ عِنْدَ رَجُلٍ وَاحِدٍ فَتَرَكَ عَلِيٌّ الْخِطْبَةَ وَزَادَ مُحَمَّدُ بْنُ عَمْرِو بْنِ حَلْحَلَةَ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ عَلِيِّ بْنِ الْحُسَيْنِ عَنْ مِسْوَرٍ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَذَكَرَ صِهْرًا لَهُ مِنْ بَنِي عَبْدِ شَمْسٍ فَأَثْنَى عَلَيْهِ فِي مُصَاهَرَتِهِ إِيَّاهُ فَأَحْسَنَ قَالَ حَدَّثَنِي فَصَدَقَنِي وَوَعَدَنِي فَوَفَى لِي

Telah bercerita kepada kami Abu Al Yaman telah mengkhabarkan kepada kami Syu'aib dari Az Zuhriy berkata, telah bercerita kepadaku 'Ali bin Husain bahawa Al Miswar bin Makhramah berkata; "'Ali pernah meminang puteri Abu Jahal lalu hal itu didengar oleh Fathimah. Maka Fathimah menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan berkata; "Kaummu berkata bahawa baginda tidak marah demi puteri baginda. Sekarang 'Ali hendak menikahi putri Abu Jahal". Maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berdiri dan aku mendengar ketika beliau bersyahadat bersabda: "Hadirin, aku telah menikahkan Abu Al 'Ash bin ar-Rabi' lalu dia bercerita kepadaku dan membenarkan aku. Dan sesungguhnya Fathimah adalah bagian dari diriku dan sungguh aku tidak suka bila ada orang yang menyusahkannya. Demi Allah, tidak akan berkumpul puteri Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan puteri dari musuh Allah pada satu orang laki-laki". Maka 'Ali membatalkan pinangannya. Muhammad bin 'Amru bin Halhalah menambahkan dari Ibnu Syihab dari 'Ali bin Al Husain dari Miswar aku mendengar Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang beliau sebutkan kerabat beliau dari Bani 'Abdu Syams lalu beliau memujinya dalam hubungan kekerabatan yang baik tersebut. Beliau bersabda: "Dia membenarkan aku, berjanji kepadaku lalu memenuhi janjinya kepadaku". (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Ibnu Majah, Abu Daud, Nasa'i dan Ahmad)

-Dalam hadis ini, Nabi melebihkan Abu Al-'As menantunya yang kekal setia dengan Zainab walaupun terpisah masa hijrah dan kekal bujang selepas itu walaupun Zainab wafat dua tahun selepas beliau memeluk Islam.

-Lain hal pula dengan Ali bin Abi Talib yang berhasrat menikahi anak musuh Islam, sehingga menimbulkan kemarahan Nabi kerana hendak menikahi dengan anak kepada musuh Islam. Akibat peristiwa itu, Ali bin abi Talib menjadi fobia.

-Cucu pertama nabi Ali bin Abul As, anak dari Zainab. Lahir 7 atau 8 tahun sebelum Hijrah. Dihantar kepada ibu susuan dengan Bani Nadrah. Selepas susuan nabi sendiri menjaganya kerana ayahnya masih belum Islam dan tidak mengikuti ke Madinah ketika hijrah.

Ali bin Abu Al-'As

-Nabi sangat sayang cucunya Ali bin Abul As. Selalu membawa cucunya ini di dalam Majlis penting. Ketika pembukaan Mekah (Fathu Makkah) nabi menggendong beliau di atas unta.

-Masa itu umur 14-15 tahun semasa pembukaan Mekah beliau membantu nabi membuang dan menjatuhkan berhala di sekitar kaabah dengan menaiki bahu Rasulullah sendiri.

-Perang Yarmuk 15 Hijrah ia terlibat yang menjadi titik kejatuhan empayar Rom. Syahid di Yarmuk pada umur 22 tahun, cucu pertama syahid.

-Seorang penyair Islam bernama Iqbal berkata mengenai Ali bin Abu al-'As di dalam syairnya menyebut akan kehadiran panglima perang dari kalangan cucu nabi yang bernama Ali bin Abu al-'As.

-Bagaimana seorang yang pernah pergi perang Yarmuk yang penting di dalam sejarah Islam tidak disebut oleh para ulama Islam malah dikatakan mati syahid ketika kecil lagi? Bagaimana anak kecil boleh pergi perang Yarmuk?

-Syiah merosakkan sejarah awal Islam kerana memadamkan banyak sejarah anak cucu nabi dan bersikap pilih kasih pada dua cucu sahaja, lebih dahsyat lagi mengelirukan kita nama Ali bin Abul 'As dengan Ali bin Abi Talib

-Syiah menukar kelebihan Ali bin Abul 'As kepada Ali bin Abi Thalib. Lihat kisah Nabi shallallahu alaihi wasallam menjunjung Ali bin Abi Thalib yang tak masuk akal, menantunya Ali berumur muda 26 atau sesetengah ulama berkata 32 tahun sedang nabi berumur lebih 60 tahun pada pembukaan Mekah pada tahun 8 H bulan Ramadan. Ali bin Abi Talib seorang yang gagah dan terkenal sebagai pahlawan, naik belakang nabi yang sudah tua. Adakah logik naik atas belakang bahu Nabi. Sebenarnya, yang digendong nabi ialah Ali bin Abu Al-'As.

-Syiah juga berkata Ali bin Abi Talib tidur di malam hijrah Nabi dan menggantikan tempat tidur Nabi sedangkan kita tahu, Nabi berhijrah waktu siang dan bersama Abu Bakar bersembunyi di dalam gua sebagaimana Allah ceritakan di dalam surah At-Taubah ayat 40 :

إِلاَّ تَنصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللّهُ إِذْ أَخْرَجَهُ الَّذِينَ كَفَرُواْ ثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي الْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لاَ تَحْزَنْ إِنَّ اللّهَ مَعَنَا فَأَنزَلَ اللّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَّمْ تَرَوْهَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ الَّذِينَ كَفَرُواْ السُّفْلَى وَكَلِمَةُ اللّهِ هِيَ الْعُلْيَا وَاللّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

-Sahabat Nabi yang rendah ialah Ali bin Abi Talib dan Abdullah bin Masud. Bagaimana Ali bin Abi Talib dapat menjolok berhala yang tinggi di atas Kaabah setinggi 40 kaki? Sedangkan ramai sahabat Nabi yang lebih tinggi seperti Umar, Abu Bakar dan Uthman. Kenapa nama ini tidak disebut?

-Tiada dalil dalam kitab hadis kecuali hanya Imam al-Hakim sendirian yang membawa riwayat Ali bin Abi Thalib naik atas bahu Nabi tetapi bukan masa pembukaan Makkah, tetapi ketika hijrah. Ini juga tidak munasabah kerana kaum kafir Quraisy masih kuat dan umat Islam masih lemah dan sedikit bilangannya. Menurut kebanyakan ulama', Imam al-Hakim adalah Syiah Rafidah. Imam Zahabi juga berkata, Imam al-Hakim seorang Syiah walaupun tidak dapat dilihat beliau mencerca sahabat Nabi. Selalu mensahihkan hadis yang dhaif dan melakukan pengkhianatan besar.

-Nabi memberi gelaran sayyidul Syuhada dan Asadullah ialah Hamzah bin Abdul Mutalib, tetapi Syiah berkata itu Ali bin Abi Talib.

-Sayidina Hussain terpedaya dengan Syiah Kufah sehingga syahid di Karbala dikatakan sayyidul Syuhada.

-Adakah benar Ali bin Abi Thalib dilahir di dalam Kaabah? Tidak benar.

Umamah binti Abu Al-'As (أمامة بنت ابو العاص بن الربيع)

-Umamah (أمامة بنت ابو العاص بن الربيع) cucu perempuan sulung Rasulullah, beliaulah yang naik atas belakang nabi semasa sembahyang, juga baginda dukung semasa nabi solat.

عَنْ أَبِي قَتَادَةَ الْأَنْصَارِيِّ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُصَلِّي وَهُوَ حَامِلٌ أُمَامَةَ بِنْتَ زَيْنَبَ بِنْتِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلِأَبِي الْعَاصِ بْنِ رَبِيعَةَ بْنِ عَبْدِ شَمْسٍ فَإِذَا سَجَدَ وَضَعَهَا وَإِذَا قَامَ حَمَلَهَا

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah solat dengan menggendong Umamah binti Zainab binti Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam." Dan menurut riwayat Abu Al 'Ash bin Rabi'ah bin 'Abdu Syamsi, ia menyebutkan, "Jika sujud beliau letakkan anak itu dan bila berdiri beliau gendong lagi." (Hadis Bukhari, Muslim, Abu Daud, Malik, Darimi dan Ahmad)

Apa yang menghairankan, tidak disebut-sebut. Umamah tingal dengan nabi sejak umur 6 tahun.

-Kelebihan Umamah kepada nabi.

حَدَّثَنَا ابْنُ نُفَيْلٍ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ سَلَمَةَ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ إِسْحَقَ قَالَ حَدَّثَنِي يَحْيَى بْنُ عَبَّادٍ عَنْ أَبِيهِ عَبَّادِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ قَدِمَتْ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِلْيَةٌ مِنْ عِنْدِ النَّجَاشِيِّ أَهْدَاهَا لَهُ فِيهَا خَاتَمٌ مِنْ ذَهَبٍ فِيهِ فَصٌّ حَبَشِيٌّ قَالَتْ فَأَخَذَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِعُودٍ مُعْرِضًا عَنْهُ أَوْ بِبَعْضِ أَصَابِعِهِ ثُمَّ دَعَا أُمَامَةَ ابْنَةَ أَبِي الْعَاصِ ابْنَةَ ابْنَتِهِ زَيْنَبَ فَقَالَ تَحَلَّيْ بِهَذَا يَا بُنَيَّةُ

dari 'Aisyah radliallahu 'anha ia berkata, "Nabi shallallahu 'alaihi wasallam mendapat kiriman perhiasan dari An Najasyi sebagai hadiah. Di antara perhiasan tersebut terdapat sebuah cincin emas yang mata cincinnya dari habasyah. 'Aisyah berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam lalu mengambilnya dengan sebatang kayu, atau jarinya karena tidak suka. Beliau kemudian memanggil Umamah binti Abu Al Ash, anak perempuan dari puterinya Zainab, beliau bersabda: "Wahai anakku, pakailah perhiasan ini." (Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)

-Fatimah berpesan kepada Ali sebelum Fatimah meninggal, jika nak kahwin, kahwinlah dengan anak saudaranya Umamah. Umamah berkahwin dengan Ali bin Abi Thalib dan hidup bersama selama 30 tahun sehingga Ali di bunuh oleh Syiah bernama ‘Abdurrahman ibnu Muljam yang menyamar sebagai Khawarij

-Pada masa pemerintahan ‘Umar ibnul Khaththab radhiyallahu ‘anhu, ‘Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu meminang Umamah. Az-Zubair ibnul ‘Awwam radhiyallahu ‘anhu pun menikahkan ‘Ali dengan Umamah. Pernikahan Umamah dengan Ali bin Abi Talib lebih lama dari hidup ketika bersama dengan Fatimah.

-Syiah kata Umamah mandul, ini dakwaan yang jahat dan tidak berasas. Sebenarnya Umamah ada dua anak dengan Ali bernama Awn dan Muhammad Al-Awsat bin Ali bin Abi Talib (محمد الاوسط) atau juga dikenali sebagai Hilal (هلال بن علي) lahir pada 1 Ramadan 14 hijrah, kata ahli sejarah seperti Baladuri ,Ibnu Athir dan lain-lain, Imam Zahabi berkata anaknya lebih dari seorang.

-‘Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu pernah meminta Al-Mughirah bin Naufal Al-Harits bin ‘Abdil Muththalib Al-Hasyimi radhiyallahu ‘anhu agar bersedia menikah dengan Umamah bila dia telah wafat. ‘Ali pun berpesan pula kepada Umamah, bila dia meninggal nanti, dia ridha jika Umamah menikah dengan Al-Mughirah.

-Bukti Umamah tidak mandul, Selepas Ali wafat Umamah berkahwin Mugirah bin Naufal dan ada anak bernama Yahya ibnul Mughirah.

Ruqayyah binti Muhammad

-Ruqaiyah lahir 7 atau 8 tahun sebelum kenabian, ia jelita. Syiah menuduh beliau telah berkahwin dengan Utbah anak Abu Jahal begitu juga dengan Umi Kalthum dengan Utaibah anak Abu Lahab, tetapi riwayat ini tidak sahih kerana berpunca dari al-Waqidi dan lain-lain yang ditolak riwayatnya. Ibnu Hajar dan Adz-Dzahabi menyebut sirah ini dengan sighah tamrin iaitu hanya khabar angin. Sebenarnya dusta dan tak masuk akal menikah masa sangat kecil ketika kanak-kanak lagi, tujuannya untuk memburukkan Usman bin Affan yang bernikah dengan 'janda' musuh Allah.

-Ruqaiyah adalah gadis terawal memeluk Islam dan telah kenal Islam sejak awal lagi. Beliau berkahwin dengan Uthman bin Affan iaitu pasangan yang secocok dan bagai pinang dibelah dua. Berhijrah ke Habsyah pada tahun ke-5 hijrah dengan Uthman, kemudian berhijrah pula ke Madinah. Fatimah pula hanya sekali berhijrah.

-Memperoleh anak lelaki di Habsyah bernama Abdullah Al-Akbar. Oleh sebab itu kuniyah Uthman ialah Abu 'Abdillah.

-Ramai ahli sejarawan terpedaya, Abdullah mati dipatuk ayam jantan di matanya.

-Ruqaiyah sakit (dikatakan sakit cacar) ketika perang Badar pada tahun 2H, Nabi tidak benar Uthman ke Badar untuk jaga anak Nabi yang sakit itu. Usamah juga tidak dibenar pergi perang Badar untuk menjaga Ruqaiyyah. Ruqaiyah meninggal, setelah selesai perang Badar Ruqaiyah telah di kuburkan. Bayangkan Uthman mendapat pahala besar sama seperti perang sedangkan tidak pergi berperang.

-Nabi, sedih dan menangis tersedu di kubur anaknya Ruqaiyyah demikian juga Fatimah. Hubungan antara adik beradik ini sangat erat dan kuat.

-Pada saat wafatnya Ruqayyah, Rasulullah . berkata, Bergabunglah dengan pendahulu kita, Utsman bin Maz’un.’

-Para wanita menangisi kepergian Ruqayyah. Sehingga Umar bin Khattab. datang kepada para wanita itu dan memukuli mereka dengan cambuknya agar mereka tidak keterlaluan dalam menangisi jenazah Ruqayyah. Akan tetapi Rasulullah menahan tangan Umar. dan berkata,

 مَهْلًا يَا عُمَرُ ثُمَّ قَالَ ابْكِينَ وَإِيَّاكُنَّ وَنَعِيقَ الشَّيْطَانِ ثُمَّ قَالَ إِنَّهُ مَهْمَا كَانَ مِنْ الْعَيْنِ وَالْقَلْبِ فَمِنْ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ وَمِنْ الرَّحْمَةِ وَمَا كَانَ مِنْ الْيَدِ وَاللِّسَانِ فَمِنْ الشَّيْطَانِ

"Tahanlah hai Umar." Kemudian beliau melanjutkan: "Menangislah kalian, hindarilah teriakan setan." Kemudian beliau bersabda: "Apa yang terlahir dari hati dan mata, maka itu dari Allah dan kasih sayang, adapun yang terlahir dari tangan dan lisan, maka itu dari syaitan." (Hadis Riwayat Ahmad)

Abdullah Al-Akbar bin Uthman Al-Affan

-Abdullah Al-Akbar dikhabarkan telah meninggal dunia pada usia 6 tahun di Habsyah pada tahun ke-4 hijrah. Ini satu tidak masuk akal di dalam matematik. Uthman dan Ruqiyyah berhijrah ke Habsyah tahun ke-5 kenabian yakni bersamaan 8 tahun sebelum hijrah. Sepatutnya meninggal usia 12 tahun jika pada tahun 4 hijrah dan bukan 6 tahun. Ini kerana mereka memfitnah Abdullah mati kerana dipatuk ayam dan tidak logik mati dipatuk ayam pada usia 12 tahun. Dalam riwayat (Ibnu Ishaq), Abdullah mati ketika menyusu lagi.

-Uthman adalah teruna ketika bernikah dengan anak dara Nabi yakni Ruqaiyyah. Memang benar Uthman ada bernikah dengan Fakhtah binti Ghazwan tetapi selepas kematian Ruqaiyyah dan selepas pernikahan dengan Ummu Kulthum binti Ali bin Abi Talib (17H).

-Ibnu Qutaibah pula terbalik, mengatakan Abdullah Al-Akbar ibunya Fakhitah manakala Abdullah Al-Asghar ibunya Ruqayyah padahal Fakhitah nikah kemudian. Ini disebabkan berlaku pertuduhan di mana kanak-kanak yang mati awal itu dikenali dengan Abdullah Al-Asghar (Abdullah si Bongsu) dan bukan Abdullah Al-Akbar (Abdullah di sulung)

-Persoalannya, siapa yang mati kecil? Anak Ruqayyah binti Muhammad atau anak Fakhitah bint Ghazwan (فاختة بنت غزوان )? Semakan semula mendapati, bayi yang meninggal pada 3H iaitu selepas perang Uhud ialah anak Fakhitah dan bukan anak Ruqayyah

-Al-Mas'ud sejarawan Syiah membocor rahsia di dalam Kitab Murujuzah:  Anak-anak Uthman ada dua iaitu Abdullah al-Akbar dan Abdullah al-Asghar dan kedua-dua ini anak kepada Ruqaiyah. Ini lagi satu sumber yang menerangkan bahawa anak Ruqaiyyah ada dua. Bermakna Fakhitah tiada anak? Celaru...

-Al-Mas'ud sejarawan Syiah menambah lagi, Abdullah Al-akbar (عبد الله الأكبر) digelar Al-Mutatohrin kerana ketampanannya dan gemar berkahwin dan bercerai. Persoalannya jika benar dia 'kaki talak', mana mungkin dia sudah mati sewaktu kecil sedangkan dia suka bernikah dan bercerai pada pandangan Syiah Al-Mas'ud. Ini tanda-tanda awal bahawa mereka membenci ahlul bait.

-Al-Mas'ud sejarawan Syiah menambah lagi, Abdullah Al-Asghar hidup sehingga 76 tahun dan kemudian matanya dipatuk ayam dan ini menjadi sebab kematiannya. Itu dia, perangkap mengenai. Yang mana satu ini? Tadi 12 tahun, kini 76 tahun.

-Pemikiran Syiah dihanyuti dengan dongengan dan kisah tahyul yang tidak masuk akal. Kesimpulannya, anak ruqaiyah tidak mati kecil dan Ruqayyah tidak mandul.

-Ibnu Taimiyah berkata mereka berdua tidak mati kecil. Sedangkan Ali Zainal Abidin bin Hussain bin Ali bin Abi Talib termasuk tabi'in besar dan berguru dengan Abdullah bin Uthman bin Affan.


Perkahwinan Ummu Kalthum binti Muhammad Dengan Uthman al-Affan

Selepas perkahwinan Fatimah dengan Ali, Rasulullah mencari jodoh untuk anaknya Ummu Kalthum akhirnya Nabi memilih Uthman walaupun Uthman pernah menikahi anaknya dahulu. Perkahwinan berlangsung selepas perang Uhud.

Daripada Abdullah bin Umar bin Aban al-Ju’fi, berkata: Bapa saudaraku Hussain al-Ju’fi bertanya kepadaku: Tahukah kamu, mengapakah Uthman itu digelar pemilik dua cahaya? Kataku: Tidak, lalu katanya: Sejak Allah jadikan Adam hinggalah ke hari kiamat tidak pernah ada orang yang mengumpul (mengahwini) dua orang puteri Nabi, selain Uthman. Maka sebab itu digelar Zu al-Nurain (pemilik dua cahaya). Mula-mula Uthman r.a. mengahwini Ruqayyah bt. Rasul shallallahu alaihi wasallam yang meninggal dunia pada malam peperangan Badar, kemudian Rasulullah shallallahu alaihi wasallam kahwinkannya pula dengan adiknya Ummu Kalthum. (Hadis Riwayat Baihaqi)

Nabi shallallahu alaihi wasallam bersabda sesungguhnya Allah s.w.t. telah mewahyukan kepadaku supaya aku kahwinkan anakandaku dengan Uthman. (Hadis Riwayat Thabarani)

Daripada lbn Abbas r.a., berkata aku dengar Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: Aku tidak kahwinkan Uthman dengan Ummi Kalthum, melainkan dengan sebab arahan wahyu dari langit. (Dikeluarkan oleh Hakim dan Syaukani)

Daripada Ismah bin Malik, telah berkata: Apabila anakanda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam yang di bawah milik Uthman itu meninggal dunia, Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda pula: Kahwinkanlah Uthman, kalaulah aku masih mempunyai puteri yang ketiga, nescaya aku kahwinkannya dengan Uthman, kerana aku tidak kahwinkannya dulu, melainkan dengan sebab wahyu daripada Allah. (Hadis Riwayat Thabarani)

Bahawa Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda “Aku telah memohon kepada Tuhanku Yang Maha Agung supaya tidak memasukkan ke dalam neraka sesiapa sahaja yang pernah bermenantukan Aku atau Aku menjadi menantunya.” (Hadis Riwayat Ibnu Abd al-Bar)

Perkahwinan dengan Uthman tidak memperoleh cahaya mata. Ini disepakati ulama dan ahli sejarah. Ummu Kulthum wafat selepas pembukaan Mekah.

Fatimah binti Muhammad

-Anak Ke-3 Rasulullah bukan bongsu, yang bongsu menurut jumhur ulama ialah Ummu Kulthum yakni isteri Sayyidina Uthman selepas wafatnya Ruqayyah.

-Tahun kelahiran Fatimah Fatimah juga khilaf. Menurut ulama, dia lahir pada tahun pertama kelahiran iaitu ketika nabi berusia 40 tahun

-Al-Kulaini berkata beliau lahir pada tahun ke-5 kenabian. Ini bermakna Nabi berusia 35 tahun.

-Ibnu Ishaq berpendapat, semua anak Nabi lahir sebelum kenabian kecuali Ibrahim

-Bukti Fatimah lahir sebelum kenabian bapanya. Buktinya hadis ini:

 يَا فَاطِمَةُ أَنْقِذِي نَفْسَكِ مِنْ النَّارِ فَإِنِّي لَا أَمْلِكُ لَكُمْ مِنْ اللَّهِ شَيْئًا غَيْرَ أَنَّ لَكُمْ رَحِمًا سَأَبُلُّهَا بِبَلَالِهَا

Wahai Fatimah, selamatkanlah diri kamu dari Neraka. Sesungguhnya aku tidak memiliki (kekuatan sedikit pun untuk) menolak siksaan Allah kepadamu sedikit pun, selain kalian adalah kerabatku, maka aku akan menyambung tali kerabat tersebut. (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

-Mana mungkin Nabi berbual dengan seorang bayi di dalam hadis ini. Ini diayah kerana ingin menyampaikan mesej bahawa Fatimah lahir setelah kenabian dan lebih suci berbanding adik beradiknya yang lain.

-Tahun pernikahan Ali dan Fatimah selepas perang Badar. Mendapat anak tertib kelahiran:

Kesepakatan: Ummu Kulthum-Zainab-Muhsin-Husan-Husain

Konvesyenal: Hasan-Husin-Muhsin-Zainab-Ummu Kulthum

Hasan bin Ali

-Persoalannya kenapa berbeza pula pendapat Syiah ini? Mereka bermaksud jahat, dikatakan bahawa Hasan dilahirkan pada tahun ke-3H dan Husain pada tahun ke-4H. Zainab (7H) dan Ummu Kulthum (9H)

-Ulama berkata, Asma' binti Umais merupakan bidan menyambut kelahiran Hasan bin Ali yang mana ketika itu suami Asma' ialah Jaafar bin Ali iaitu abang kepada Ali bin abi Talib. Kemudian Asma' bernikah dengan Abu Bakar As-Siddiq selepas kematian Jaafar dalam perang Mu'tah. Selepas Abu Bakar wafat, Ali bin Abi Talib menikahi Asma'.

-Asma' bersama Jaafar pergi berhijrah ke Habsyah pada tahun ke-5 hijrah dan datang semula ke Madinah pada perang Khaibar pada tahun ke-7 hijrah. Persoalannya, bagaimana Asma' dapat datang ke Madinah pada ke-3H sedangkan tiada tercatat adanya pergi dan balik dia di Madinah. Ini bermakna melanggar perintah hijrah.

-Asma' binti Umays al-Khatha'miyah. Hasil perkahwinan ini lahirlah Yahya dan Muhammad al-Asghar. Ini menurut pendapat al-Kalabiy, tetapi al-Waqidi pula berpendapat bahawa beliau telah melahirkan Yahya dan Awn. al-Waqidi menjelaskan lagi bahawa Muhammad al-Asghar adalah daripada anak salah seorang hambanya.

-Jika kita menerima bahawa Asma' merupakan bidan kelahiran Hasan, bermakna Hasan lahir pada tahun ke-7 hijrah.

-Dalam hal ini Mulla Baqir al-Majlisi menulis: ” Mendengarkan perkara itu, Fatimah berada dalam keadaan sedih dan sugul. Beginilah keadaan sehingga ke malam. Apabila malam menjelang beliau meletakkan Hasan di bahu kanan dan Husain di bahu kiri sementara memimpin tangan Ummu Kulthum. Dalam perjalanan pulang Rasulullah shallallahu alaihi wasallam mengangkat Hasan dan Fatimah pula mengangkat Husain dan memegang tangan Ummu Kultum menuju ke masjid.” (Jila’ al-`Uyun, jil. 1 hal. 217,218)

-Perhatikan adakah Hasan dan Husain yang berada di atas dukung lebih besar atau Ummu Kulthum yang dipimpin itu lebih besar? Peristiwa ini sendiri membuktikan bahawa Ummu Kulthum lebih tua daripada adiknya Hasan dan Husain. Jika Ummu Kulthum masih bayi, kenapa nabi memimpin tangan sedangkan 'abangnya' didukung nabi?

-Lihat Kitab Syamail Muhammaddiyyah Imam Tirmidzi, Hasan tidak mengingati rupa dan wajah nabi, menunjukkan bahawa dia masih kecil dan terlalu kecil

-Jika benar Hasan lahir pada tahun ke-3H, mustahil dia tidak meriwayatkan walau satu pun hadis nabi sedangkan kanak-kanak yang lahir pada 3 hijrah ada yang meriwayatkan satu hadis.

-Di dalam Jilaau Al' Uyun disebutkan bahawa Abdul Rahman Ibn Muljim adalah salah seorang daripada kumpulan yang terhormat yang telah dikirimkan oleh Muhammad bin Abu Bakr dari Mesir. Dia juga telah berbai'ah dengan memegang tangan Sayyidina Ali dan dia juga berkata kepada Sayyidina Hasan, " Bahawa aku telah berjanji dengan Tuhan untuk membunuh bapamu dan sekarang aku menunaikannya. Sekarang wahai Hasan jika engkau mahu membunuhku, bunuhlah. Tetapi kalau engkau maafkan aku, aku akan pergi membunuh Muawiyah pula supaya engkau terselamat daripada kejahatannya". (Jilaau Al U'yun, ms 218)

Husain bin Ali

-Berkenaan dengan Husain pula, Ummu Fadhl isteri kepada Abbas bapa saudara nabi, menceritakan bahawa telah bertemu nabi hendak mengkhabarkan mimpi buruk.

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرٍ حَدَّثَنَا مُعَاوِيَةُ بْنُ هِشَامٍ حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ صَالِحٍ عَنْ سِمَاكٍ عَنْ قَابُوسَ قَالَ قَالَتْ أُمُّ الْفَضْلِ يَا رَسُولَ اللَّهِ رَأَيْتُ كَأَنَّ فِي بَيْتِي عُضْوًا مِنْ أَعْضَائِكَ قَالَ خَيْرًا رَأَيْتِ تَلِدُ فَاطِمَةُ غُلَامًا فَتُرْضِعِيهِ فَوَلَدَتْ حُسَيْنًا أَوْ حَسَنًا فَأَرْضَعَتْهُ بِلَبَنِ قُثَمٍ قَالَتْ فَجِئْتُ بِهِ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَوَضَعْتُهُ فِي حَجْرِهِ فَبَالَ فَضَرَبْتُ كَتِفَهُ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوْجَعْتِ ابْنِي رَحِمَكِ اللَّهُ

Ummul Fadll berkata, "Wahai Rasulullah, aku bermimpi seakan-akan di dalam rumahku ada anggota tubuh dari tubuhmu." Beliau menjawab: "Itu pertanda baik, kamu akan menyaksikan Fatimah melahirkan seorang anak laki-laki, kemudian kamu yang akan menyusuinya." Maka Fatimah melahirkan Husain atau Hasan, dan Ummu Fadll menyusuinya. Dia berkata, "Maka aku datang membawanya kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, kemudian aku letakkan di pangkuan beliau, ternyata dia kencing hingga aku pun menepuk bahunya dengan bergurau, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam lalu bersabda dengan bergurau: "Kamu telah menyakiti anakku, semoga Allah merahmatimu." (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

-Inilah sebenarnya dapat menentukan umur Husain. Ummu Fadll tidak berhijrah ke Madinah dan dibenarkan tinggal di Mekah bersama Abbas bin Abd al-Mutallib. Dia berhijrah ke Madinah selepas pembukaan Makkah pada tahun ke-9 hijrah. Bagaimana dia menyusu Husain jika pada tahun 4 hijrah Husain dilahirkan sedangkan Ummu Fadll di Makkah.

-Ini menunjukkan Husain anak bongsu, Ummu Kulthum merupakan anak sulung Ali. Kebencian kepada Umar al-Khattab membuatkan sejarah Ummu Kulthum dimanipulasikan oleh Syiah kerana hakikatnya, Ummu Kulthum telah bernikah dengan Umar. Kata Syiah, "inilah malu yang telah dirampas dari kita". Syiah tidak dapat menerima hakikat bahawa Ummu Kulthum dinikahkan kepada Umar.

Ummu Kulthum binti Ali

-Ummu Kulthum bernikah dengan khalifah kedua iaitu Umar al-Khattab dan mendapat dua orang anak bernama Zaid bin Umar atau juga dikenali Ibnu Al-Khalifatain (ابن الخليفتين) dan anak perempuan bernama Ruqayyah binti Umar yang mana dia bernikah dengan Awn bin Jaafar iaitu anak ketiga Jaafar bin Abi Talib dan Asma' bin Umais.

-Ketika Sayyidina Ali berkahwin pada tahun 4H maka anak yang pertama dilahirkan itu adalah Ummu Kulthum. Nampaknya seolah-olah tidak mungkin Hasan dilahirkan sebelum tahun 5H. Ummu Kulthum ini kemudiannya diperisterikan oleh Sayyidina Umar yang melahirkan dua orang cahaya mata untuk beliau iaitu Zaid dan Ruqayyah.

 Siapa lebih tua? Ummu Kulthum atau Hasan dan Husain? Dalam petikan kitab sejarah, cuba semak pula perkataan: "Mendengarkan perkara itu, Fatimah berada dalam keadaan sedih dan sugul. Beginilah keadaan sehingga ke malam. Apabila malam menjelang beliau meletakkan Hasan di bahu kanan dan Husain di bahu kiri sementara memimpin tangan Ummu Kulthum, Dalam perjalanan pulang Rasulullah shallallahu alaihi wasallam mengangkat Hasan dan Fatimah pula mengangkat Husain dan memegang tangan Ummu Kultum menuju ke masjid." (Jila’ al-`Uyun, jil. 1 hal. 217,218)

-Perhatikan adakah Hasan dan Husain yang berada di atas dukung lebih besar atau Ummu Kulthum yang dipimpin itu lebih besar? Peristiwa ini sendiri membuktikan bahawa Ummu Kulthum lebih tua daripada Hasan dan Husain. Ketika Sayyidina Ali berkahwin pada tahun 4H maka anak yang pertama dilahirkan itu adalah Ummu Kulthum. Nampaknya seolah-olah tidak mungkin Hasan dilahirkan sebelum tahun 5H. Ummu Kulthum ini kemudiannya diperisterikan oleh Sayyidina Umar yang melahirkan dua orang cahaya mata untuk beliau iaitu Zaid dan Ruqayyah.

-Kenapa di dalam doa Syiah, mengetepikan Ummu Kulthum dan adik-beradik yang lain? Ini kerana Ummu Kulthum bernikah dengan musuh Syiah iaitu Umar al-Khattab. Identiti dua cahaya mata yang diperoleh oleh mereka berdua telah dipadamkan terus.

-Husain ketika terpedaya dengan Syiah Kufah kononnya mereka akan membela nasib Husain untuk dilantik menjadi Khalifah dan menjemput ke Kufah, Ummu Kulthum dan Zainab telah mengikuti Husain ke Kufah. Apabila sampai di tengah jalan, Husain dibunuh di Karbala dan secara kebetulan tentera Yazid dihantar untuk menyelamatkan Husain adik-beradik.

-Satu rahsia yang cuba disembunyikan oleh Syiah sedaya upaya bahawa Ummu Kulthum dan Zainab menjadi saksi kepada pembunuhan Husain. Fitnah terhadap Yazid sehingga kini masih dirasai.

-Di dalam kitab Syiah iaitu Balaalul Uyun dan i'lamu al-wara' mencatatkan. Mullaba Al-Majlisi seorang ulama Syiah dan At-Tubrusi berkata, Ummu Kulthum berkata sambil menangis di atas sekedupnya, wahai orang-orang Kufah, buruklah hendaknya keadaanmu, buruklah hendaknya rupamu, kenapa kamu menjemput saudaraku Husain kemudian tidak membantunya bahkan membunuhnya, merampas harta bendanya dan menawan perempuan dari kalangan ahli rumahnya, laknat Allah terhadapmu dan semoga kutukan Allah mengenai mukamu. Orang-orang lelaki di kalanganmu (Kufah) membunuh kami sementara orang perempuan pula menangisi kami. Tuhan akan memutuskan antara kami dan kamu pada hari kiamat nanti".

Zainab binti Ali

-Bernikah dengan sepupunya Abdullah bin Jaafar bin Abi Talib dan mendapat beberapa orang anak iaitu Ali ibn Abdullah, Aun ibn Abdullah, Muhammad ibn Abdullah dan Abbas ibn Abdullah. Identiti empat orang anak mereka juga dipadam Syiah.

-Telah bercerai dengan suaminya kerana berbeza pendapat adakah harus mengikuti Husain untuk ke Kufah bagi tujuan pelantikan Husain sebagai Khalifah bagi menggulingkan Yazid bin Muawiyyah.

-Akhirnya Zainab terkejut melihat situasi tersebut dan mula menyesali tindakannya keluar dari Madinah dan gagal memujuk adiknya Husain yang telah terpedaya dengan pujuk rayu syiah. Katanya, " Wahai orang-orang Kufah yang khianat, penipu! Kenapa kamu menangisi kami sedangkan air mata kami belum lagi kering kerana kezalimanmu itu. Keluhan kami belum lagi terputus oleh kekejamanmu. Keadaan kamu tidak ubah seperti perempuan yang memintal benang kemudian dirombaknya kembali. Kamu juga telah merombak ikatan iman dan telah berbalik kepada kekufuran...Adakah kamu meratapi kami padahal kamu sendirilah yang membunuh kami. Sekarang kamu pula menangisi kami. Demi Allah! Kamu akan banyak menangis dan sedikit ketawa. Kamu telah membeli keaiban dan kehinaan untuk kamu. Tompokan kehinaan ini sama sekali tidak akan hilang walau dibasuh dengan air apapun". (Jilaau Al ' Uyun, ms 424).

-Pada ketika itu datanglah tentera Yazid bin Muawiyah bagi menyelamatkan mereka, tetapi berlakulah pertempuran dengan orang Kufah di Karbala. Orang Syiah mengambil kesempatan, menggunakan peluang ini dengan mengatakan tentera Yazid membunuh Husain.

-Kemudian Zainab mengikuti Yazid bin Muawiyyah ke Syam dan enggan ke Mekah atau Madinah kerana berasa lebih selamat serta berasa malu kepada ahli Makkah kerana mengikuti Husain. Soalannya, kalau Yazid membunuh Husain, mengapa Zainab pergi ke Syam, kenapa tidak ke Kufah?

Ali Zainal Abidin bin Husain bin Ali

Ali Zainal Abidin anak Sayyidina Husain yang turut serta di dalam rombongan ke Kufah dan terus hidup selepas berlakunya peristiwa itu pula berkata kepada orang-orang Kufah lelaki dan perempuan yang merentap dengan mengoyak-ngoyakkan baju mereka sambil menangis, dalam keadaan sakit beliau dengan suara yang lemah berkata kepada mereka, " Mereka ini menangisi kami. Tidakkah tidak ada orang lain yang membunuh kami selain mereka ?" (At Thabarsi-Al Ihtijaj, m.s. 156).

Pada halaman berikutnya Thabarsi menukilkan kata-kata Imam Ali Zainal Abidin kepada orang-orang Kufah. Kata beliau, " Wahai manusia (orang-orang Kufah)! Dengan Nama Allah aku bersumpah untuk bertanya kamu, ceritakanlah! Tidakkah kamu sedar bahawasa kamu mengutuskan surat kepada ayahku (menjemputnya datang), kemudian kamu menipunya? Bukankah kamu telah memberikan perjanjian taat setia kamu kepadanya? Kemudian kamu membunuhnya, membiarkannya dihina. Celakalah kamu kerana amalan buruk yang telah kamu dahulukan untuk dirimu".

Beliau mempunyai anak yang kesemuanya hidup (tidak syahid perang) iaitu Muhammad bin 'Ali b. al-Hussain al-Baqir (mendapat anak bernama Jaafar tinggal di Madinah dan mendapat cucu bernama Ishaq, Musa dan Ali. Musa tinggal di Madinah pula melahirkan anak bernama Ali, Ibrahim, Hussain dan Ismail), Zaid bin 'Ali bin al-Husain (mendapat anak bernama Husain tingga di Kufah dan mendapat cucu bernama Ali, Yahya dan Ismail), 'Abdullah bin 'Ali bin al-Hussain, 'Umar bin 'Ali bin al-Husain, al-Husain bin 'Ali bin al-Husain dan kesemuanya tinggal di Madinah.

Demikian juga saudara seibu sebapanya iaitu Hasan bin Ali.

Beliau memperoleh anak iaitu al-Hasan bin al-Hasan bin 'Ali (tinggal di Madinah dan kemudian ke Kufah. Mendapat anak bernama Abdullah, Ibrahim dan Hasan. Abdullah mendapat anak bernama Muhammad yang mana dia dibunuh pada 145H), Qasim, Fatimah, Zaid bin al-Hasan bin 'Ali (tinggal di Madinah dan mendapat anak bernama Hasan), 'Abdullah, Talha, Umm al-Hasan (Maimunah), Umm al-Husan

Polisi Taqiyyah dan Semangat ahlul Bait

Dengan polisi taqiyyah dan juga semangat ahlul bait, mereka berjaya menipu umat Islam. Mereka melaungkan kecintaan kepada ahlul bait hingga sanggup mencederakan diri (ini pernah berlaku ketika mereka membunuh Husain di Karbala sebagaimana yang telah dijelaskan tadi).

Umat Islam terus tertipu dengan mainan Syiah ditambahi dengan perawi hadis yang palsu dari kalangan ahli kufah meriwayatkan hadis palsu dan mengarang sejarah palsu. Hanya sahaja, mereka tidak mampu menyembunyikan atau dalam keadaan tertentu, dengan kiraan matematik, penipuan mereka dapat dibongkar. Malah ulama mereka sendiri tidak sepakat dalam menulis sejarah

Umar, Abu Bakar dan Aisyah

sekuat mana pun mereka cuba memburukkan sahabat Nabi terutama sekali tiga nama di atas, mereka tidak dapat menyembunyikan bahawa 7 generasi Ali bin Abi Talib iaitu Hasan dan Husain memiliki anak dan cucu serta cicit dan ciak dan seterusnya dengan tiga nama ini. Apakah kita kira, ahlul bait membenci para sahabat Nabi?

Siapa Ahlul Bait?

Kata Zaid bin Arqam, "Mereka adalah keluarga Ali, keluarga Aqil, keluarga Ja'far dan keluarga Abbas. Ini dapat dilihat melalui hadis:

 قَالَ نِسَاؤُهُ مِنْ أَهْلِ بَيْتِهِ وَلَكِنْ أَهْلُ بَيْتِهِ مَنْ حُرِمَ الصَّدَقَةَ بَعْدَهُ قَالَ وَمَنْ هُمْ قَالَ هُمْ آلُ عَلِيٍّ وَآلُ عَقِيلٍ وَآلُ جَعْفَرٍ وَآلُ عَبَّاسٍ قَالَ كُلُّ هَؤُلَاءِ حُرِمَ الصَّدَقَةَ

Zaid bin Arqam berkata; "Isteri-isteri beliau adalah ahlul baitnya. tapi ahlul bait beliau yang dimaksud adalah orang yang diharamkan untuk menerima zakat sepeninggalan beliau." Husain bertanya; "Siapakah mereka itu?" Zaid bin Arqam menjawab; "Mereka adalah keluarga Ali, keluarga Aqil. keluarga Ja'far, dan keluarga Abbas." Husain bertanya; "Apakah mereka semua diharamkan untuk menerima zakat?" Zaid bin Arqam menjawab."Ya." (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Maka tersentak bagai dihantuk batu yang besar, rupa-rupanya kita telah pilih kasih dan hanya melebihkan dua beradik dari keluarga Ali sahaja. Tipu daya ini sangat besar sekali. Wallahu a'lam

2 ulasan:

Setelah membaca tulisan di atas lalu menelaah dengan sesama, maka timbul pertanyaan:

APAKAH ADA KETURUNAN AHLUL BAIT?

Dalam Al Quran yang menyebut kata 'ahlulbait', rasanya ada 3 (tiga) ayat dan 3 surat.

1. QS. 11:73: Para Malaikat itu berkata: "Apakah kamu merasa heran tentang ketetapan Allah? (Itu adalah) rahmat Allah dan keberkatan-Nya, dicurahkan atas kamu, hai ahlulbait. Sesungguhnya Allah Maha Terpuji lagi Maha Pemurah".

2. QS. 28:12: Dan Kami cegah Musa dari menyusu kepada perempuan-perempuan yang mau menyusukan(nya) sebelum itu; maka berkatalah Saudara Musa: 'Maukahkamu aku tunjukkan kepadamu 'ahlulbait' yang akan memeliharanya untukmu, dan mereka dapat berlaku baik kepadanya?

3. QS. 33:33: "...Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu 'ahlulbait' dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya".

Sedangkan ditinjau dari sesudah ayat 33 yakni QS. 33:34, 37 dan 40 dan bukan hanya QS. 33:33, maka lingkup ahlul bait menjadi universal:

1. Kedua orang tua para nabi/rasul;.

2. Saudara kandung para nabi/rasul.

3. Isteri-isteri beliau.

4. Anak-anak beliau baik perempuan maupun laki-laki.

Bagaimana Saidina Ali bin Abi Thalib ya jika merujuk pada ayat-ayat ahlul bait pastilah bukan termasuk kelompok ahlul bait.

Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:

“Tidak ada seorangpun yang mengaku (orang lain) sebagai ayahnya, padahal dia tahu (kalau bukan ayahnya), melainkan telah kufur (nikmat) kepada Allah. Orang yang mengaku-ngaku keturunan dari sebuah kaum, padahal bukan, maka siapkanlah tempat duduknya di neraka” (HR. Bukhari dan Muslim).

Kesimpulan dari tulisan di atas, bahwa pewaris tahta 'ahlul bait' yang terakhir hanya tinggal bunda Fatimah. Berarti anaknya seperti Saidina Hasan dan Husein maupun yang perempuan bukanlah pewaris tahta AHLUL BAIT.

Balasan

    قَالَ نِسَاؤُهُ مِنْ أَهْلِ بَيْتِهِ وَلَكِنْ أَهْلُ بَيْتِهِ مَنْ حُرِمَ الصَّدَقَةَ بَعْدَهُ قَالَ وَمَنْ هُمْ قَالَ هُمْ آلُ عَلِيٍّ وَآلُ عَقِيلٍ وَآلُ جَعْفَرٍ وَآلُ عَبَّاسٍ قَالَ كُلُّ هَؤُلَاءِ حُرِمَ الصَّدَقَةَ

    Zaid bin Arqam berkata; "Isteri-isteri beliau adalah ahlul baitnya. tapi ahlul bait beliau yang dimaksud adalah orang yang diharamkan untuk menerima zakat sepeninggalan beliau."

    Husain bertanya; "Siapakah mereka itu?"

    Zaid bin Arqam menjawab; "Mereka adalah keluarga Ali, keluarga Aqil. keluarga Ja'far, dan keluarga Abbas."

    Husain bertanya; "Apakah mereka semua diharamkan untuk menerima zakat?"

    Zaid bin Arqam menjawab."Ya." (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar