Sabtu, 22 Maret 2014

Manusia ada 360 sendi

‘Aisyah RA meriwayatkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Setiap manusia telah diciptakan dengannya tiga ratus enam puluh sendi. Oleh itu sesiapa yang mengagungkan Allah, Bersyukur kepadaNya, bertahlil, memuji Allah, dan mencari pengampunan dari Allah, dan mengalih batu, atau duri, atau tulang dari laluan orang ramai, dan mengajak kepada kebajikan dan melarang daripada kejahatan, dengan sendinya tiga ratus enam puluh, ia akan berjalan pada hari akhirat dengan mengeluarkan dirinya dari neraka.” [HR Muslim]

Buraida meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Setiap orang mempunyai tiga ratus enam puluh sendi, oleh itu ia harus memberi sedekah untuk setiap satu dari nya.” Ditanyakan kepadanya: “Ya Rasulullah, siapa yang mampu berbuat demikian?” Rasulullah SAW menjawab:“Kalian boleh menimbus kahak yang mungkin kalian temui di dalam masjid, atau mengalihkan batu, duri, atau tulang dari laluan orang-ramai. Jika kalian tidak mampu berbuat demikian, solat dua rakaat Ad-Dhuha sudah mencukupi. “ [HR Abu Dawudi]

Dr. Hamid Ahmad Hamid dalam bukunya The Journey of Faith inside the Human Body, mengesahkan terdapatnya 360 sendi pada tubuh manusia seperti yang disabdakan oleh Nabi SAW 1,400 tahun yang lalu, iaitu seperti berikut:

    147 sendi di tulang belakang
    25 sendi antara tulang belakang
    72 sendi antara tulang dan tulang rusuk
    50 sendi antara tulang bahagian luqaimat (lumbar?)
    24 sendi di dada
    2 sendi antara tulang sternum dan thoracic cage
    18 sendi antara tulang dada dan tulang rusuk
    2 sendi antara klavikula dan skapula (tulang belikat)
    2 sendi antara skapula dan dada
    86 sendi di hujung teratas
    2 sendi antara tulang scapular
    6 sambungan antara siku
    8 sendi antara pergelangan tangan
    70 sendi antara tulang tangan
    92 sendi di hujung terbawah
    2 sendi pinggul
    6 sendi antara tulang lutut
    6 sambungan antara pergelangan kaki
    74 sendi antara tulang kaki
    11 sendi di pelvis
    4 sendi antara vertebra tulang ekor (coccyx)
    6 sendi antara tulang acetabulm
    1 sendi sumphysis kemaluan

Jumlah sendi 360

Fungsi sendi ini adalah bagi memudahkan pergerakan anggota-anggota di tubuh manusia.

Pada zaman Nabi SAW adalah tidak mungkin bagi manusia untuk mengetahui bilangan sendi ini dengan ketepatan seperti itu, kerana sebahagian besar sendi ini halus saja dan berada pada kedudukan yang sangat sukar untuk dilihat. Sendi-sendi halus ini tidak diketahui sebelum adanya kemajuan anatomi, dan pada masa kini para saintis barat hanya mampu menganggarkan bilangan sendi di dalam tubuh manusia adalah di antara 250 hingga 350.

Allah SWT berfirman:
“Apakah Dia (Allah) yang menciptakan itu tidak tahu, sedangkan Dia adalah Maha Halus, lagi Maha Mengetahui?” (Al-Mulk:14)

“Dan tidaklah yang diucapkannya (Rasulullah SAW) itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).” (An-Najm: 3-4)

* Sumber dari mysweetmiko.blogspot.com

 Saya konfius jumlah sendi atau tulang???
Semasa saya belajar Refleksologi dan accupuncture sifu saya kata tulang ada 360 mewakili jumlah hari dalam setahun mengikut kelendar Qomariah.7 tulang besar iaitu,kepala,dada,belakang
dua tangan dan dua kaki,mewakili 7 hari dalam seminggu dan 30 tulang sederhana mewakili 30 hari dalam sebulan ikut kalender Qomariah.Begitu juga titik {point} saraf ada sejumlah 360 titik.Setiap tulang akan disambung dengan sendi.Jadi sendi juga ada 360.MasyaAllah.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar