Salah satu prinsip di dalam i’tiqad
Ahlus Sunnah wal-Jama’ah adalah mentaati dan menghormati pemerintah
(pemimpin) di mana dia duduk di bawah kepimpinan atau kekuasaan
pemerintah tersebut. Ini adalah sebagaimana yang telah dijelaskan
melalui tulisan sebelumnya.
Ketaatan yang dimaksudkan di sini adalah merujuk kepada:
1
- Mentaati mereka dalam urusan kebaikan (ma’ruf), termasuk
merealisasikan perintah mereka yang ma’ruf dan membantu mereka dalam
urusan kebaikan yang diperlukan atau diperintahkan,
2 – Mengakui, menghormati, dan memuliakan kedudukan mereka sebagai pemimpin serta sentiasa mendoakan kebaikan untuk mereka,
3 - Tidak mentaati mereka dalam urusan atau perintah bermaksiat kepada Allah,
4
- Membenci maksiat yang mereka lakukan dan mengingkari keburukan yang
mereka lakukan dengan cara nasihat dan kaedah-kaedah yang syar’i,
5
- Serta tidak berusaha untuk menjatuhkan, membelot, menzahirkan sifat
kepembangkangan terhadap kepimpinan, dan tidak menghina atau mencela
mereka walaupun mereka bertindak buruk dan zalim. Ini adalah selagi mana
mereka masih tetap menegakkan syi'ar solat dan tidak dilihat padanya
kafir bawaahan.
Mentaati Pemerintah Adalah Sebahagian Ciri Taqwa dan Tanda Ketaatan Kepada Allah serta Rasul-Nya
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
مَنْ
أَطَاعَنِي فَقَدْ أَطَاعَ اللَّهَ وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ عَصَى اللَّهَ
وَمَنْ يُطِعْ الْأَمِيرَ فَقَدْ أَطَاعَنِي وَمَنْ يَعْصِ الْأَمِيرَ
فَقَدْ عَصَانِي
“Sesiapa
yang taat kepadaku, sesungguhnya ia telah taat kepada Allah. Sesiapa
yang derhaka kepadaku, sesungguhnya ia telah derhaka kepada Allah.
Sesiapa yang taat kepada pemimpin, sesungguhnya ia telah taat kepadaku,
dan sesiapa yang derhaka kepada pemimpin, sesungguhnya ia telah derhaka
kepadaku.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 10/114, no. 2737. Muslim, 9/364,
no. 3417)
Beliau juga bersabda:
أوصيكم بتقوى الله والسمع والطاعة وان كان عبدا حبشيا
“Aku
wasiatkan kepada kamu semua supaya bertaqwa kepada Allah ‘Azza wa
Jalla, dan patuh serta taat walaupun yang memimpin kamu adalah seorang
hamba Habsyi.” (Hadis Riwayat Ahmad, 28/373, no. 17144. Ad-Darimi, 1/57,
no. 95. Dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arnauth)
Dalam riwayat Imam Muslim, Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu menyebutkan:
إِنَّ خَلِيلِي أَوْصَانِي أَنْ أَسْمَعَ وَأُطِيعَ وَإِنْ كَانَ عَبْدًا مُجَدَّعَ الْأَطْرَافِ
“Sesungguhnya
kekasihku (Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam) memberi wasiat
kepadaku supaya patuh dan taat walaupun yang memimpin adalah seorang
hamba yang cacat (hina).” (Hadis Riwayat Muslim, 9/367, no. 3420)
Kaedah
asalnya, seseorang hamba atau orang yang cacat tidak boleh dilantik
menjadi pemimpin. Tetapi apabila ianya telah berlaku dengan sebab-sebab
yang tertentu, maka ia tetap wajib ditaati dan diperakui kepimpinannya.
Dalam
sebuah hadis daripada Abu Umamah radhiyallahu ‘anhu, beliau menyatakan
bahawa mentaati pemimpin adalah salah satu sebab mendapat jaminan
Syurga. Ini adalah sebagaimana kata beliau:
سمعت
رسول الله وخطبنا في حجة الوداع، وهو على ناقته الجدعاء، فقال: أيها
الناس. فقال رجل في آخر الناس: ما تقول أو ما تريد؟ فقال: ألا تسمعون: إنه
لا نبِي بعدي، ولا أمة بعدكم، ألا فاعبدوا ربكم، وصلوا خمسكم، وصوموا
شهركم، وأدوا زكاة أموالكم، طيبة بِها أنفسكم، وأطيعوا أمراءكم تدخلوا جنة
ربكم
Aku
mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menyampaikan khutbah
pada haji al-Wida’ dalam keadaan baginda menunggang untanya yang
kepenatan. Sabda beliau, “Wahai manusia!” Kemudian, seorang lelaki di
belakang berkata, “Apakah yang engkau perkatakan atau mahukan?” Sabda
Rasulullah, “Adakah kamu tidak mendengar, sesungguhnya tiada lagi nabi
selepasku dan tiada lagi ummat selepas kamu. Ketahuilah, hendaklah kamu
sentiasa mengabdikan diri kamu kepada Tuhan kamu, solatlah lima waktu,
berpuasalah kamu pada bulannya, tunaikanlah zakat dengan harta kamu,
berbuat baiklah terhadap diri kamu, dan taatilah pemimpin kamu, pasti
kamu akan memasuki Syurga Tuhan.” (Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad,
36/487, no. 22161. Tahqiq Syu’aib al-Arnauth: Isnadnya sahih berdasarkan
syarat Imam Muslim. Diriwayatkan juga oleh at-Tirmidzi dan katanya
hasan sahih)
Ahlus
Sunnah wal-Jama’ah bersepakat berkenaan kewajiban mentaati pemimpin dan
pihak berkuasa. Mereka juga mewajibkan supaya mematuhi segala peraturan
dan undang-undang yang ditetapkan oleh pihak pemimpin selagi mana ianya
tidak bertentangan dengan dalil-dalil syara’. Ini adalah sebagaimana
yang disebutkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:
فلا طاعة في المعصية، إنَّما الطاعة في المعروف
“Janganlah
kamu mentaati perkara-perkara maksiat. Ketaatan hanyalah dalam perkara
yang ma’ruf.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 22/218, no. 6716)
Perkara
ma’ruf di sini adalah merujuk kepada urusan yang bukan maksiat dan
bukan kemungkaran. Sama ada ianya perkara yang diwajibkan agama, yang
disunnahkan, ataupun yang diharuskan (mubah). Sekiranya masyarakat
diperintahkan supaya melaksanakan perkara-perkara yang diharuskan (tidak
dilarang agama), maka hukum mentaatinya adalah wajib. Sebagai contoh,
hukum mematuhi undang-undang jalan-raya yang digubal oleh pihak berkuasa
adalah wajib selagi mana ianya bukan maksiat walaupun ianya tidak
pernah diwajibkan oleh syara’ secara khusus.
Imam al-Mubarakfuri rahimahullah berkata,
الإمام إذا أمر بمندوب أو مباح وجب
“Apabila
seseorang pemimpin memerintahkan sesuatu yang sunnah atau mubah
(harus), maka hukumnya menjadi wajib.” (Tuhfatul Ahwadzi, 5/298)
Ijma’ Ahlus Sunnah wal-Jama’ah
Kesepakatan
(ijma’) ahlus sunnah wal-jama’ah dalam mentaati pemerintah antaranya
disebutkan oleh Imam an-Nawawi dan al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani. Ini
adalah sebagaimana berikut:
Kata Imam an-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H):
وَأَمَّا الْخُرُوج عَلَيْهِمْ وَقِتَالهمْ فَحَرَام بِإِجْمَاعِ الْمُسْلِمِينَ، وَإِنْ كَانُوا فَسَقَة ظَالِمِينَ
“Adapun
keluar dari ketaatan terhadap pemimpin (penguasa) serta memerangi (atau
membangkang) mereka, maka hukumnya adalah haram berdasarkan kesepakatan
(ijma’) umat Islam, walaupun pemimpin tersebut bersifat zalim lagi
fasiq.” (Imam an-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, 12/229. Turut disebutkan
oleh al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Fathul Bari)
Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah menukil perkataan Ibnu Baththal dalam Fathul Bari:
قال
بن بطال في الحديث حجة في ترك الخروج على السلطان ولو جار وقد أجمع
الفقهاء على وجوب طاعة السلطان المتغلب والجهاد معه وأن طاعته خير من
الخروج عليه لما في ذلك من حقن الدماء وتسكين الدهماء وحجتهم هذا الخبر
وغيره مما يساعده ولم يستثنوا من ذلك إلا إذا وقع من السلطان الكفر الصريح
Telah
berkata Ibnu Baththal dalam hadis yang menjadi hujjah untuk
meninggalkan sikap keluar dari ketaatan kepada sultan (pemerintah)
walaupun pemerintah tersebut seorang yang jahat, (katanya) “Para fuqaha’
telah bersepakat (ijma’) berkenaan kewajiban mentaati sultan
(pemerintah) yang memiliki kuasa walaupun dia mendapat kuasa tersebut
dengan cara rampasan atau pemberontakkan (mutaghallib). Dan kita turut
diwajibkan berjihad bersama-samanya. Ini kerana ketaatan kepadanya lebih
baik dari keluar meninggalkan ketaatan kepadanya (dengan mengambil
sikap membangkang atau memberontak), yang dengannya mampu memelihara
darah dan menenangkan orang ramai (masyarakat). Tidak ada pengecualian
dalam perkara ini, melainkan apabila sultan melakukan kekafiran yang
jelas nyata.” (Ibnu Hajar, Fathul Bari, 13/7)
Al-Kirmani
berkata, “Para fuqaha’ telah bersepakat (ijma’) bahawa penguasa yang
telah terpilih (sebagai pemimpin) wajib ditaati selagi dia menegakkan
solat berjama’ah dan jihad melainkan jika dia melakukan kekufuran yang
nyata. Sehingga tidak ada lagi ketaatan kepadanya. Bahkan wajib
memeranginya bagi orang yang mampu.” (Syarah Shahih al-Bukhari, 10/ 169)
Asy-Syarqawi
berkata, “Larangan (keharaman) memerangi penguasa yang zalim dan fasiq
diambil daripada ijma’ para ulama daripada para tabi’in.” (Hasyiyah
asy-Syarqawi, 2/398)
al-Hafiz
Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H) menjelaskan berkenaan
kesepakatan (ijma’) dalam hal ini setelah mengulas berkaitan biografi
dan celaan terhadap perawi yang membolehkan mengangkat pedang (walaupun
asalnya perawi tersebut tsiqah):
كان
يرى السيف يعني كان يرى الخروج بالسيف على أئمة الجور وهذا مذهب للسلف
قديم لكن أستقر الأمر على ترك ذلك لما رأوه قد أفضى إلى أشد منه ففي وقعة
الحرة ووقعة بن الأشعث وغيرهما عظة لمن تدبر
“Sebagaimana
yang diriwayatkan berkenaan pendapat yang menyatakan bolehnya keluar
(khuruj) mengangkat pedang (senjata) terhadap para pemimpin yang zalim
(tirani). Maka, ini adalah mazhab salaf qadim (mazhab sebahagian
orang-orang salaf terdahulu daripada minoriti sahabat dan tabi’in). Akan
tetapi, kemudian ada sebuah ketetapan untuk meninggalkan perkara
(kefahaman) tersebut, kerana ia menimbulkan kesan yang jauh lebih buruk.
Apa yang terjadi dalam peristiwa al-Hurrah dan Ibnu al-Asy’ats menjadi
pengajaran yang baik bagi mereka yang mahu mengambil pelajaran.” (Ibnu
Hajar, Tahdzib at-Tahdzib, 2/250)
Peristiwa
al-Hurrah di sini merujuk kepada peristiwa pemberontakan ‘Abdullah B.
Az-Zubair bersama-sama Ahli Madinah terhadap pemerintahan Yazid B.
Mu’awiyah dengan anggapan (atau alasan) bahawa Yazid adalah seorang yang
fasiq. Manakala Ibnu al-Asy’ats memberontak kepada pemerintahan ‘Abdul
Malik B. Marwan di Iraq.
Keterangan tentang fasa ijma’ ini juga dijelaskan oleh Imam al-Qadhi ‘Iyadh sebagaimana dinukilkan Imam an-Nawawi rahimahullah:
وقال
جماهير أهل السنة من الفقهاء والمحدثين والمتكلمين لا ينعزل بالفسق والظلم
وتعطيل الحقوق ولا يخلع ولا يجوز الخروج عليه بذلك بل يجب وعظه وتخويفه
للأحاديث الواردة في ذلك قال القاضي وقد ادعى أبو بكر بن مجاهد في هذا
الاجماع وقد رد عليه بعضهم هذا بقيام الحسن وبن الزبير وأهل المدينة على
بني أمية وبقيام جماعة عظيمة من التابعين والصدر الأول على الحجاج مع بن
الأشعث وتأول هذا القائل قوله أن لا ننازع الأمر أهله في أئمة العدل وحجة
الجمهور أن قيامهم على الحجاج ليس بمجرد الفسق بل لما غير من الشرع وظاهر
من الكفر قال القاضي وقيل أن هذا الخلاف كان أولا ثم حصل الإجماع على منع
الخروج عليهم والله اعلم
“Majoriti
ulama ahlus sunnah dari kalangan fuqaha’ (ahli fiqh), ahli hadis, dan
ahli kalam menyatakan bahawa pemimpin tidak dilucutkan (atau dijatuhkan
kepimpinannya) atas sebab kefasikannya, kezalimannya, dan perbuatannya
yang merampas hak-hak umat Islam, dan tidak boleh khuruj (keluar dari
ketaatan) kepadanya. Tetapi umat Islam wajib untuk menasihati dan
menggerunkan hatinya dengan hadis-hadis (yang berbentuk ancaman)
berkaitan perkara tersebut.
Al-Qadhi
berkata, “Abu Bakar B. Mujahid telah menyatakan adanya ijma’ atas
perkara ini, sebahagian ulama telah membantah pernyataan tersebut dengan
apa yang dilakukan oleh al-Hasan dan Ibnu az-Zubair, serta penduduk
Madinah terhadap bani Umayyah. Juga pertembungan dua kumpulan besar dari
kalangan tabi’in dan generasi awal dari umat ini terhadap al-Hajjaj B.
Yusuf, bukan kerana sekadar kefasikan, akan tetapi ketika dia telah
mengubah sebahagian syari’at dan menampakkan kekufuran.” Al-Qadhi
berkata lagi, “Perbezaan ini timbul pada awalnya, kemudian terjadi ijma’
(kesepakatan) yang melarang memberontak kepada pemerintah.” Wallahu
a’lam.” (Syarah Shahih Muslim, 12/229)
Mendoakan Pemerintah Dengan Kebaikan
Al-Hafiz Abu Bakar al-Ismaili rahimahullah (Wafat: 371H) berkata:
ويرون
الدعاء لهم بالإصلاح والعطف إلى العدل، ولا يرون الخروج بالسيف عليهم ولا
قتال الفتنة، ويرون قتال الفئة الباغية مع الإمام العدل، إذا كان وجد على
شرطهم في ذلك
“Dan
mereka (ahli hadis) berpandangan disyariatkan berdoa untuk kebaikan
para pemimpin umat Islam dan supaya mereka berubah untuk bersikap adil
dan mereka juga berpandangan tidak boleh memberontak terhadap mereka
dengan senjata dan hendaklah orang muslim tidak turut serta berperang
ketika terjadi fitnah (pertikaian di antara kaum muslimin sendiri) dan
mereka juga berpandangan tentang wajibnya memerangi golongan yang zalim
yang dilakukan bersama pemimpin yang adil apabila ditentukan kesesuaian
dengan syarat yang mereka tetapkan dalam perkara tersebut.” (Abu Bakar
al-Ismaili, I'tiqad A'immatul Hadits, m/s. 75-76)
Disebutkan oleh imam al-Baihaqi rahimahullah (Wafat: 458H) daripada Abu ‘Utsman:
فانصح للسلطان و أكثر له من الدعاء بالصلاح و الرشاد بالقول و العمل و الحكم فإنهم إذا صلحوا صلح العباد بصلاحهم
و
إياك أن تدعو عليهم باللعنة فيزدادوا شرا و يزداد البلاء على المسلمين و
لكن ادع لهم بالتوبة فيتركة الشر فيرتفع البلاء عن المؤمنين
“Nasihatilah
para pemimpin, banyakkanlah berdoa untuk kebaikan dan kebenarannya
dalam beramal dan dalam ucapan serta ketika memutuskan hukuman. Maka,
apabila mereka baik, maka akan baiklah rakyatnya.
Berhati-hatilah
kamu, jangan sampai mendoakan keburukkan atau melaknat mereka, kerana
yang demikian itu hanya akan menambahkan keburukkan ke atas umat Islam.
Tetapi, mintakanlah keampunan kepada Allah untuk penguasa semoga mereka
meninggalkan perbuatan yang buruk yang dengannya akan dihilangkan
musibah umat Islam pula.” (al-Baihaqi, Syu’abul Iman, 6/26, no. 7401)
Menurut Imam al-Barbahari rahimahullah (Wafat: 329H):
Jika
kamu melihat orang yang berdoa keburukan kepada pemimpin, ketahuilah
bahawa ia termasuk salah seorang pengikut hawa nafsu, namun apabila kamu
melihat orang yang berdoa untuk kebaikan seseorang pemimpin, ketahuilah
bahawa ia tergolong sebagai seorang ahli sunnah, insyaAllah.
Fudhail
bin Iyadh berkata, “Jika aku memiliki doa yang baik yang makbul, maka
semuanya akan aku persembahkan (pohonkan) untuk pemerintah.” Beliau
ditanya, “Wahai Abu Ali, jelaskan maksud ucapan tersebut?” Beliau
berkata, “Bila doa itu hanya aku tujukan untuk diriku, maka ia hanya
bermanfaat untuk diriku, tetapi apabila aku pohonkan untuk pemimpin dan
ternyata para pemimpin berubah menjadi baik, maka semua orang dan negara
merasakan manfaat dan kebaikan.” (Dikeluarkan oleh Abu Nu’aim dalam
“al-Hilyah” (8/91) dari jalan Mardawaih as-Shabigh dan sanad Abu Nu’aim
adalah sahih)
Kita
diperintahkan untuk mendoakan mereka dengan kebaikan bukan keburukan,
walaupun ia seorang pemimpin yang zalim lagi jahat kerana kezaliman dan
kejahatan akan kembali kepada diri mereka sendiri manakala apabila
mereka (pemimpin) menjadi baik maka mereka dan seluruh kaum muslimin
akan merasakannya. (Imam al-Barbahari, Syarhus Sunnah, Tahqiq Syaikh
Khalid bin Qasim al-Roddadiy, Edisi Terjemahan Terbitan Dar El-Hijrah,
Cet. Pertama, 1423H/2002M, m/s. 83-84)
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
دَعْوَةُ
الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ لأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ مُسْتَجَابَةٌ عِنْدَ
رَأْسِهِ مَلَكٌ مُوَكَّلٌ كُلَّمَا دَعَا لأَخِيهِ بِخَيْرٍ قَالَ
الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ آمِينَ وَلَكَ بِمِثْلٍ
“Doa
seseorang muslim kepada saudaranya tanpa pengetahuan saudaranya
tersebut adalah doa yang mustajab (dikabulkan). Di sisinya ada malaikat.
Ketika dia berdoa kebaikan kepada saudaranya, malaikat tersebut
mengatakan, “Amin, engkau akan mendapatkan yang sama dengannya.”.”
(Hadis Riwayat Muslim, 13/271, no. 4914)
Memuliakan Pemerintah
Ahlus
sunnah wal-jama’ah menetapkan bahawa wajib memuliakan dan menghormati
pemimpin. Bahkan Islam amat memandang tinggi kedudukan seseorang
pemimpin.
Walaupun
mereka bertindak zalim, tidak amanah, dan melakukan kefasikan, rakyat
wajib menghormati kedudukannya sebagai seorang pemimpin yang memiliki
kuasa kepimpinan.
Imam al-Qurthubi rahimahullah (Wafat: 671H) menukilkan dalam tafsirnya:
لا يزال الناس بخير ما عظموا السلطان والعلماء، فإن عظموا هذين أصلح الله دنياهم وأخراهم، وإن استخفوا بِهذين أفسدوا دنياهم وأخراهم
“Manusia
sentiasa dalam kebaikan selama mana mereka menghormati sultan
(pemimpin) dan para ulama. Maka sekiranya mereka menghormati keduanya
ini, Allah akan memberikan kebaikan kepada kehidupan dunia dan akhirat
mereka. Dan sekiranya mereka menghina keduanya, maka Allah akan
merosakkan kehidupan dunia dan akhirat mereka.” (al-Qurthubi, al-Jami’
li Ahkamil Qur’an, 5/260)
Ini
adalah sebagaimana hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam
berikut yang memerintahkan supaya kita memuliakan pemimpin:
Daripada Abu Bakrah radhiyallahu ‘anhu, beliau mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
السلطان ظل الله في الأرض فمن أكرمه أكرم الله ومن أهانه أهانه الله.
“Sultan
(pemimpin) itu adalah naungan Allah di bumi, sesiapa yang menghinanya,
maka Allah akan menghinakannya dan sesiapa yang memuliakannya, nescaya
Allah akan memuliakan dia.” (Hadis Riwayat al-Baihaqi, Syu’abul Iman,
6/17, no. 7373. Dinilai hasan oleh al-Albani, Dzilalil Jannah, 2/224,
no. 1024)
Sebuah hadis daripada Ziyad B. Kusaib, beliau menceritakan:
كُنْتُ
مَعَ أَبِي بَكْرَةَ تَحْتَ مِنْبَرِ ابْنِ عَامِرٍ وَهُوَ يَخْطُبُ
وَعَلَيْهِ ثِيَابٌ رِقَاقٌ فَقَالَ أَبُو بِلَالٍ انْظُرُوا إِلَى
أَمِيرِنَا يَلْبَسُ ثِيَابَ الْفُسَّاقِ فَقَالَ أَبُو بَكْرَةَ اسْكُتْ
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ
أَهَانَ سُلْطَانَ اللَّهِ فِي الْأَرْضِ أَهَانَهُ اللَّهُ
Pada
suatu masa pernah aku berada tepat di bawah mimbar Ibnu ‘Amir
bersama-sama Abi Bakrah. Ketika itu Ibnu ‘Amir sedang memberi khutbah
dengan mengenakan pakaian yang nipis (jarang). Lalu Abu Bilal berteriak,
“Lihatlah pemimpin kita ini, dia mengenakan pakaian orang fasiq!”
Maka,
Abi Bakrah pun berkata, “Diamlah, bahawasanya aku telah mendengar
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Sesiapa yang
menghina penguasa Allah di muka bumi, nescaya Allah akan
menghinakannya.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Kitab al-Fitan, 8/164, no.
2150. Al-Iraqi berkata, isnadnya sahih dan at-Tirmidzi menghasankannya,
Takhrij Ahadits al-Ihya’, 5/246, no. 2246. Al-Albani mensahihkannya,
Shahih Sunan at-Tirmidzi, 5/224, no. 2224)
Imam adz-Dzahabi rahimahullah berkata:
أبو بلال هذا هو مرداس ابن أدية، خارجي، ومن جهله عد ثياب الرجال الرقاق لباس الفساق
“Abu
Bilal dalam hadis tersebut adalah Mirdas B. Udayyah, seorang yang
berfahaman Khawarij. Disebabkan kebodohannya, beliau pun menganggap
pakaian nipis bagi kaum lelaki sebagai pakaian orang fasiq.”
(adz-Dzahabi, Siyar A’lam an-Nubala’, 3/20 dan 14/508)
Dalam hadis yang lain:
سيكون بعدي سلطان فاعزوه من التمس ذله شغر شغرة فى الاسلام ولم يقبل منه توبة حتى يعيدها كماكانت
“Akan
muncul selepas peninggalanku seorang pemimpin, maka muliakanlah dia,
dan sesiapa yang mencari-cari kehinaannya (kesalahan dan keaibannya),
bererti dia telah melubangi satu sendi dalam Islam dan tidak akan
diterima taubatnya sehinggalah dia mengembalikan keadaan sebagaimana
asalnya. (Hadis Riwayat Ibn Abi ‘Ashim. Dinilai sahih oleh al-Albani,
Dzilalil Jannah fii Takhrij as-Sunnah li Ibn Abi ‘Ashim, 2/261, no.
1079)
Saidina ‘Ali B. Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu menyatakan:
لا
يصلح الناس إلا أمير بر أو فاجر قالوا: يا أمير المؤمنين هذا البر فكيف
بالفاجر؟ قال: إن الفاجر يؤمن الله عز و جل به السبل و يجاهد به العدو و
يجبي به الفيء و تقام به الحدود و يحج به البيت و يعبد الله فيه المسلم
آمنا حتى يأتيه أجله
“Tidak
akan baik keadaan manusia (rakyat) melainkan dengan adanya amir
(pemimpin), sama ada ia pemimpin yang baik atau pun fajir (buruk atau
jahat).”
Ada
yang bertanya, “Wahai Amirul Mukminin, sekiranya pemimpin tersebut baik
(maka ia adalah wajar diterima akal), tetapi bagaimana sekiranya
pemimpin tersebut fajir (buruk atau jahat)?”
‘Ali
menjawab, “Sebenarnya Allah menjaga keamanan sesuatu kawasan dengan
perantaraan pemimpin walaupun ia jahat (fajir), jihad melawan musuh
agama mesti dilaksanakan, hal-ehwal perundangan (al-hudud) dilaksanakan,
haji berlangsung, dan umat Islam masih boleh beribadah kepada Allah
sehingga ajalnya.” (al-Baihaqi, Syu’abul Iman, 6/64)
Mentaati Pemerintah
Dalam
urusan mentaati pemimpin ini terdapat begitu banyak dalil-dalilnya
daripada al-Qur’an dan as-Sunnah. Dan dengannyalah para ulama ahlus
sunnah wal-jama’ah berhujjah serta menetapkan prinsip-prinsip tersebut.
Di antara dalil-dalil tersebut adalah sebagaimana berikut:
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
اَطِيْعُوْا اللهَ وَاَطِيْعُوْا الرَّسُوْلَ وَاُوْلِى اْلاَمْرِ مِنْكُمْ
“Taatilah Allah, taatilah Rasul dan pemimpin ulil amri (pemimpin) di antara kamu.” (Surah an-Nisaa, 4: 59)
Daripada
ayat ini kita dapat memahami di antaranya bahawa Allah Subhanahu wa
Ta’ala memerintahkan supaya kita mentaati pemimpin, dan Allah Subhanahu
wa Ta’ala meletakkan ketaatan kepada pemimpin dalam rangkap yang sama
setelah ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Ini adalah sebagai indikasi
bahawa betapa penting dan tingginya kedudukan pemimpin serta perbuatan
mentaatinya.
Imam an-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) menjelaskan ayat tersebut dengan katanya:
قال
العلماء المراد بأولي الأمر من أوجب الله طاعته من الولاة والأمراء هذا
قول جماهير السلف والخلف من المفسرين والفقهاء وغيرهم وقيل هم العلماء وقيل
الأمراء والعلماء وأما من قال الصحابة خاصة فقط فقد أخطأ
“Para
ulama mengatakan, yang dimaksudkan dengan ulil amri di sini adalah
orang yang Allah wajibkan kepada kita untuk taat kepadanya, iaitu mereka
yang memegang kekuasaan dan memimpin. Ini adalah perkataan jumhur ulama
salaf dan khalaf dari kalangan ahli tafsir, fuqaha’ (ulama fiqh), dan
selainnya. Dan ada yang menyatakan ia adalah ulama. Dan ada pula
pendapat lain menyatakan ia adalah pemimpin dan ulama. Adapun yang
menyatakan bahawa yang dimaksudkan sebagai ulil amri di sini adalah para
sahabat sahaja, maka pendapat ini tertolak.” (Syarah Shahih Muslim,
12/224)
Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) setelah menukilkan ayat tersebut beliau pun berkata:
فَأَمَرَ
اللَّهُ الْمُؤْمِنِينَ بِطَاعَتِهِ وَطَاعَةِ رَسُولِهِ وَأُولِي
الْأَمْرِ مِنْهُمْ كَمَا أَمَرَهُمْ أَنْ يُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إلَى
أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمُوا بَيْنَ النَّاسِ أَنْ يَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ.
وَأَمَرَهُمْ إذَا تَنَازَعُوا فِي شَيْءٍ أَنْ يَرُدُّوهُ إلَى اللَّهِ
وَالرَّسُولِ. قَالَ الْعُلَمَاءُ: الرَّدُّ إلَى اللَّهِ هُوَ الرَّدُّ
إلَى كِتَابِهِ وَالرَّدُّ إلَى الرَّسُولِ بَعْدَ مَوْتِهِ هُوَ الرَّدُّ
إلَى سُنَّتِهِ
“Allah
memerintahkan orang-orang yang beriman supaya mentaati-Nya, mentaati
Rasul-Nya, dan ulil Amri (pemimpin) di antara mereka, sebagaimana Dia
memerintahkan mereka supaya menunaikan amanah kepada pemiliknya, dan
jika mereka menetapkan hukum di antara manusia, hendaklah menetapkannya
dengan adil. Dan Dia memerintahkan sekiranya mereka berselisih tentang
sesuatu perkara hendaklah mengembalikannya kepada Allah dan Rasul-Nya.
Para ulama berkata, mengembalikan kepada Allah adalah mengembalikan
kepada Kitab-Nya dan mengembalikan kepada Rasul-Nya. Adapun setelah
beliau (Rasulullah) wafat adalah mengembalikan kepada sunnahnya.” (Ibnu
Taimiyyah, Majmu’ al-Fatawa, 35/6)
Beliau juga turut menyatakan:
قَالَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْمَعُوا وَأَطِيعُوا
؛ فَإِنَّمَا عَلَيْهِمْ مَا حُمِّلُوا وَعَلَيْكُمْ مَا حُمِّلْتُمْ }.
فَذَلِكَ مَا أَمَرَ اللَّهُ بِهِ وَرَسُولُهُ مِنْ طَاعَةِ وُلَاةِ
الْأُمُورِ وَمُنَاصَحَتِهِمْ: هُوَ وَاجِبٌ عَلَى الْمُسْلِمِ؛ وَإِنْ
اسْتَأْثَرُوا عَلَيْهِ . وَمَا نَهَى اللَّهُ عَنْهُ وَرَسُولُهُ مِنْ
مَعْصِيَتِهِمْ: فَهُوَ مُحَرَّمٌ عَلَيْهِ؛ وَإِنْ أُكْرِهَ عَلَيْهِ
“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Dengarlah
dan taatlah, kerana kewajiban mereka adalah apa yang dibebankan ke atas
mereka, dan kewajiban kamu adalah apa yang dibebankan ke atas kamu.”
Perkara
tersebut dari apa yang diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya
dengannya, iaitu mentaati pemimpin dan menasihati mereka adalah wajib ke
atas umat Islam, walaupun mereka mementingkan diri mereka. Menentang
(memaksiati) mereka (ulil amri) yang mana dilarang oleh Allah dan
Rasul-Nya adalah haram atasnya. Dan aku membencinya.” (Ibnu Taimiyyah,
Majmu’ al-Fatawa, 35/9)
Beliau menjelaskan lagi:
وَمَا
أَمَرَ اللَّهُ بِهِ وَرَسُولُهُ مِنْ طَاعَةِ وُلَاةِ الْأُمُورِ
وَمُنَاصَحَتِهِمْ وَاجِبٌ عَلَى الْإِنْسَانِ وَإِنْ لَمْ يُعَاهِدْهُمْ
عَلَيْهِ وَإِنْ لَمْ يَحْلِفْ لَهُمْ الْأَيْمَانَ الْمُؤَكَّدَةَ كَمَا
يَجِبُ عَلَيْهِ الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالزَّكَاةُ وَالصِّيَامُ وَحَجُّ
الْبَيْتِ. وَغَيْرُ ذَلِكَ مِمَّا أَمَرَ اللَّهُ بِهِ وَرَسُولُهُ مِنْ
الطَّاعَةِ ؛ فَإِذَا حَلَفَ عَلَى ذَلِكَ كَانَ ذَلِكَ تَوْكِيدًا
وَتَثْبِيتًا لِمَا أَمَرَ اللَّهُ بِهِ وَرَسُولُهُ مِنْ طَاعَةِ وُلَاةِ
الْأُمُورِ وَمُنَاصَحَتِهِمْ. فَالْحَالِفُ عَلَى هَذِهِ الْأُمُورِ لَا
يَحِلُّ لَهُ أَنْ يَفْعَلَ خِلَافَ الْمَحْلُوفِ عَلَيْهِ سَوَاءٌ حَلَفَ
بِاَللَّهِ أَوْ غَيْرَ ذَلِكَ مِنْ الْأَيْمَانِ الَّتِي يَحْلِفُ بِهَا
الْمُسْلِمُونَ؛ فَإِنَّ مَا أَوْجَبَهُ اللَّهُ مِنْ طَاعَةِ وُلَاةِ
الْأُمُورِ وَمُنَاصَحَتِهِمْ وَاجِبٌ وَإِنْ لَمْ يَحْلِفْ عَلَيْهِ؛
فَكَيْفَ إذَا حَلَفَ عَلَيْهِ وَمَا نَهَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ عَنْ
مَعْصِيَتِهِمْ وَغِشِّهِمْ مُحَرَّمٌ وَإِنْ لَمْ يَحْلِفْ عَلَى ذَلِكَ.
وَهَذَا كَمَا أَنَّهُ إذَا حَلَفَ لَيُصَلِّيَنَّ الْخَمْسَ
وَلَيَصُومَنَّ شَهْرَ رَمَضَانَ أَوْ لَيَقْضِيَنَّ الْحَقَّ الَّذِي
عَلَيْهِ وَيَشْهَدَنَّ بِالْحَقِّ: فَإِنَّ هَذَا وَاجِبٌ عَلَيْهِ وَإِنْ
لَمْ يَحْلِفْ عَلَيْهِ فَكَيْفَ إذَا حَلَفَ عَلَيْهِ وَمَا نَهَى
اللَّهُ عَنْهُ وَرَسُولُهُ مِنْ الشِّرْكِ وَالْكَذِبِ وَشُرْبِ الْخَمْرِ
وَالظُّلْمِ وَالْفَوَاحِشِ وَغِشِّ وُلَاةِ الْأُمُورِ وَالْخُرُوجِ
عَمَّا أَمَرَ اللَّهُ بِهِ مِنْ طَاعَتِهِمْ: هُوَ مُحَرَّمٌ؛ وَإِنْ لَمْ
يَحْلِفْ عَلَيْهِ فَكَيْفَ إذَا حَلَفَ عَلَيْهِ
“Mentaati
para pemimpin dan memberi nasihat kepada mereka di mana dia
diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya adalah kewajiban bagi setiap
orang, walaupun tanpa perjanjian darinya untuk mereka, dan walaupun dia
tidak bersumpah untuk mereka dengan sumpah yang ditegaskan (sumpah
rasmi), sebagaimana wajib ke atasnya solat lima waktu, zakat, puasa,
haji ke Baitullah dan ketaatan-ketaatan lain yang diperintahkan oleh
Allah dan Rasul-Nya. Sekiranya dia bersumpah padanya, maka perkara
tersebut merupakan penegasan dan pengukuhan terhadap ketaatan kepada
para pemimpin dan menasihati mereka di mana dia diperintahkan oleh Allah
dan Rasul-Nya. Orang yang bersumpah atas perkara-perkara ini tidak
boleh melakukan perbuatan yang menyelisihi sumpah yang telah dia
tegakkan, sama ada dia bersumpah atau tidak kerana mentaati para
pemimpin dan menasihati mereka yang diwajibkan oleh Allah dan Rasul-Nya
adalah wajib. Walaupun mereka yang berkaitan itu tidak bersumpah
atasnya, maka bagaimana sekiranya dia bersumpah atasnya? Dan menentang
serta mengkhianati mereka yang dilarang oleh Allah dan Rasul-Nya adalah
haram walaupun dia tidak bersumpah atasnya.
Perkara
ini sebagaimana seseorang bersumpah hendak solat lima waktu, puasa di
bulan Ramadhan, atau hendak menunaikan hak yang dipikulnya dan bersaksi
dengan kebenaran, semua ini wajib ke atasnya walaupun dia tidak
bersumpah untuk perkara tersebut, lalu bagaimana sekiranya dia bersumpah
untuknya? Manakala syirik, dusta, minum arak, melakukan kezaliman,
perbuatan keji, mengkhianati pemimpin, menolak dari mentaatinya padahal
ia diperintahkan oleh Allah, bahawa semua itu dilarang oleh Allah dan
Rasul-Nya. Jadi, ia adalah haram walaupun mereka yang berkaitan tidak
bersumpah atasnya, lalu bagaimana sekiranya dia bersumpah untuk perkara
tersebut?” (Majmu’ al-Fatawa, 35/9-10)
Kemudian Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah menambah lagi:
فَطَاعَةُ
اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَاجِبَةٌ عَلَى كُلِّ أَحَدٍ؛ وَطَاعَةُ وُلَاةِ
الْأُمُورِ وَاجِبَةٌ لِأَمْرِ اللَّهِ بِطَاعَتِهِمْ فَمَنْ أَطَاعَ
اللَّهَ وَرَسُولَهُ بِطَاعَةِ وُلَاةِ الْأَمْرِ لِلَّهِ فَأَجْرُهُ عَلَى
اللَّهِ. وَمَنْ كَانَ لَا يُطِيعُهُمْ إلَّا لِمَا يَأْخُذُهُ مِنْ
الْوِلَايَةِ وَالْمَالِ فَإِنْ أَعْطَوْهُ أَطَاعَهُمْ؛ وَإِنْ مَنَعُوهُ
عَصَاهُمْ : فَمَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِنْ خَلَاقٍ
“Mentaati
Allah dan Rasul-Nya adalah wajib ke atas sesiapa pun, dan mentaati
pemerintah adalah wajib kerana Allah memerintahkan supaya mentaati
mereka. Maka, sesiapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya dengan mentaati
pemerintah kerana Allah, maka pahalanya adalah dari Allah. Dan sesiapa
yang tidak mentaati pemerintah, melainkan sekiranya ada jawatan dan
harta yang diharapkan. Jika ulil Amri memberikan kepadanya (harta dan
jawatan), maka dia pun taat. Sekiranya tidak, maka dia pun bertindak
menentangnya. Maka, orang yang seperti ini dia tidak memiliki tempat di
akhirat.” (Ibnu Taimiyyah, Majmu’ al-Fatawa, 35/16)
Syaikh Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin rahimahullah turut menyatakan:
فجعل
ذلك من مأموراته عزّ وجل، وما أمر الله تعالى به فهو عبادة. ولا يشترط في
طاعتهم ألاّ يعصوا الله،فأطعهم فيما أمروا به وإن عصوا الله، لأنك مأمور
بطاعتهم وإن عصوا الله في أنفسهم
“Allah
‘Azza wa Jalla menjadikan ketaatan kepada mereka (pemimpin) termasuk di
antara ketaatan kepada-Nya dan apa yang diperintahkan Allah Ta’ala
adalah merupakan ibadah.
Dalam
urusan mentaati mereka (pemimpin) tidak disyaratkan bahawa pemimpin
tersebut mestilah yang suci dari maksiat kepada Allah. Taatilah perintah
mereka (selagi mana yang bukan maksiat), walaupun mereka (pemimpin
sendiri) bermaksiat kepada-Nya, kerana kamu hanya diperintahkan
mentaatinya (dalam urusan yang tidak bertentangan dengan agama),
walaupun mereka sendiri melakukan maksiat kepada Allah.” (Ibnul
‘Utsaimin, Syarah al-Arba’in an-Nawawiyyah, hadis no. 7)
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
إِنَّكُمْ
سَتَرَوْنَ بَعْدِي أَثَرَةً وَأُمُورًا تُنْكِرُونَهَا قَالُوا فَمَا
تَأْمُرُنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ أَدُّوا إِلَيْهِمْ حَقَّهُمْ
وَسَلُوا اللَّهَ حَقَّكُمْ
"Sesungguhnya
kamu akan menyaksikan selepas peninggalanku perbuatan mementingkan diri
dan pelbagai perkara yang kamu ingkari (tidak suka).” Mereka (para
sahabat) bertanya:
“Maka apakah yang engkau perintahkan kepada kami wahai Rasulullah?” Baginda bersabda:
“Tunaikanlah
kepada para pemerintah hak-hak mereka (sebagai pemimpin) dan mintalah
kepada Allah hak-hak kamu.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shahih
al-Bukhari, Kitab al-Fitan, 21/441, no. 6529)
Dapat
kita fahami dari hadis ini bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa
Sallam sedikitpun tidak memerintahkan kita semua supaya memberontak atau
bertindak mengusahakan pertukaran tampuk kepimpinan sedia ada. Tetapi
apa yang beliau perintahkan adalah supaya menunaikan hak-hak pemimpin
(selaras dengan kedudukannya sebagai pemimpin) dan meminta hak-hak kita
kepada Allah.
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) berkata,
فقد
أخبر النبي صلى الله عليه و سلم أن الامراء يظلمون ويفعلون أمورا منكرة
ومع هذا فأمرنا أن نؤتيهم الحق الذي لهم ونسأل الله الحق الذي لنا ولم يأذن
في أخذ الحق بالقتال ولم يرخص في ترك الحق الذي لهم
“Sebagaimana
yang dikhabarkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bahawa para
pemimpin melakukan kezaliman dan pelbagai kemungkaran. Walaupun begitu,
beliau telah memerintahkan kita supaya memberikan hak-hak pemimpin
kepada pemimpin, dan kita pula meminta hak-hak kita kepada Allah. Beliau
tidak membenarkan menuntut hak kita masing-masing dengan cara
peperangan (sifat penentangan dan kepembangkangan) dan beliau juga tidak
membenarkan meninggalkan hak-hak mereka (pemimpin).” (Ibnu Taimiyyah,
Minhajus Sunnah, 3/392)
Hadis seterusnya, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
عَلَى
الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ السَّمْعُ وَالطَّاعَةُ فِيْمَا أَحَبَّ وَكرَهَ
إِلا أَنْ يُؤْمَرَ بِمَعْصِيَّةٍ فَإِنْ أَمَرَ بِمَعْصِيَّةٍ فَلا سَمْعَ
وَلا طَاعَةَ
“Wajib
ke atas seorang muslim untuk mendengar dan taat (kepada pemerintah)
pada apa-apa yang ia sukai atau ia benci, melainkan apabila penguasa
tersebut menyuruh untuk melakukan kemaksiatan. Apabila ia menyuruh untuk
melakukan maksiat, maka tidak boleh mendengar dan tidak boleh taat
(dalam urusan maksiat tersebut).” (Hadis Riwayat Muslim, 3/370, no.
3423. at-Tirmidzi, 6/300, no. 1629)
Imam Muhammad ‘Abdurrahman al-Mubarakfuri rahimahullah berkata:
وفيه:
أن الإمام إذا أمر بمندوب أو مباح وجب . قال المطهر على هذا الحديث: ((
يعني :سمع كلام الحاكم وطاعته واجب على كل مسلم، سواء أمره بما يوافق طبعه
أو لم يوافقه، بشرط أن لا يأمره بمعصية فإن أمره بها فلا تجوز طاعته لكن لا
يجوز له محاربة الإمام ))
“Dalam
hadis ini mengandungi tuntutan bahawa jika imam atau pemimpin itu
memerintahkan supaya melaksanakan amalan sunnah atau mubah (harus), maka
wajib untuk melaksanakannya. Al-Muthahhar mengulas hadis ini, “Iaitu
bahawa mendengar ucapan penguasa dan mentaatinya adalah perkara wajib
bagi setiap muslim, sama ada dia memerintahkan kepada apa yang
bersesuaian dengan tabiat muslim tersebut atau tidak. Syaratnya adalah
pemimpin tersebut tidak memerintahkannya untuk melakukan maksiat.
Sekiranya pemimpin tersebut memerintahkan kepada maksiat, maka tidak
boleh mentaatinya (dalam perkara maksiat tersebut), namun juga tidak
boleh membangkang (menafikan) kepimpinan pemimpin tersebut.” (Muhammad
B. ‘Abdurrahman al-Mubarakfuri, Tuhfatul Ahwadzi Syarah Sunan
at-Tirmidzi, 5/298)
Al-Harb berkata di dalam kitabnya Al-‘Aqidah dengan menukil perkataan daripada sejumlah ulama salaf:
وإن أمرك السلطان بأمر فيه لله معصية فليس لك أن تطعه البتة وليس لك أن تخرج عليه ولا تمنعه حقه
“Dan
sekiranya sultan (penguasa) memerintahkan kepada kamu tentang suatu
perkara kemaksiatan di sisi Allah, maka tidak ada ketaatan bagimu
terhadapnya. Akan tetapi, kamu juga tidak boleh keluar dari ketaatannya
dan menahan haknya sebagai pemimpin.” (Ibnul Qayyim, Haadi al-Arwaah ila
Biladil Afraah, 1/289)
Di dalam hadis seterusnya, Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
اسْمَعُوا وَأَطِيعُوا وَإِنْ اسْتُعْمِلَ حَبَشِيٌّ كَأَنَّ رَأْسَهُ زَبِيبَةٌ
“Dengar
dan taatilah, walaupun yang menjadi pemimpin kamu adalah hamba sahaya
berbangsa Habsyi yang kepalanya seperti kismis.” (Hadis Riwayat
al-Bukhari, 3/101, no. 652)
أَلَا
مَنْ وَلِيَ عَلَيْهِ وَالٍ فَرَآهُ يَأْتِي شَيْئًا مِنْ مَعْصِيَةِ
اللَّهِ فَلْيَكْرَهْ مَا يَأْتِي مِنْ مَعْصِيَةِ اللَّهِ وَلَا
يَنْزِعَنَّ يَدًا مِنْ طَاعَةٍ
“Ingatlah,
sesiapa yang diperintahkan ke atasnya (oleh) seorang wali (imam atau
pemimpin), kemudian dia melihat (imam atau pemimpin tersebut melakukan)
maksiat kepada Allah, maka hendaklah dia membenci kemaksiatan kepada
Allah (yang dilakukan imam atau pemimpin tersebut). Dan tidak boleh
baginya melepaskan tangan (keluar) dari ketaatan.” (Hadis Riwayat
Muslim, Shahih Muslim, 9/404, no. 3448)
Demikianlah
di antara bentuk ketaatan ke atas seseorang pemimpin. Di mana kita
diwajibkan untuk tetap taat kepada mereka dalam urusan yang makruf.
Sekiranya mereka memerintahkan untuk melakukan maksiat, maka hendaklah
kita berlepas diri dan tidak mentaati urusan perlaksanaan maksiat
tersebut. Namun, dalam masa yang sama, kita juga tidak dibenarkan untuk
membangkang dan mempertikaikan institusi atau kedudukan pemerintahannya.
Bersabar Dan Tidak Keluar Dari al-Jama’ah
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah memberi peringatan yang tegas dan keras sebagaimana berikut:
من راى من اميره شيئا فكرهه فليصبر فانه ليس احد يفارق الجماعة شبرا فيموت الا مات ميتة جاهلية
“Sesiapa
yang melihat pada amirnya (pemimpin) sesuatu yang dibencinya, hendaklah
dia tetap sabar dengan sebab tersebut. Sesungguhnya tidaklah seseorang
itu keluar dari al-Jama’ah (tidak mentaati pemerintahnya) walaupun
sejengkal lalu ia mati dalam keadaan tersebut (keluar dari ketaatan
terhadap pemimpin), maka matinya itu adalah mati dalam keadaan
jahiliyah.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shahih al-Bukhari, Kitab
al-Ahkam, 22/51, no. 6610)
al-‘Aini rahimahullah (Wafat: 855H) berkata:
يعني
فليصبر على ذلك المكروه ولا يخرج عن طاعته لأن في ذلك حقن الدماء وتسكين
الفتنة إلا أن يكفر الإمام ويظهر خلاف دعوة الإسلام فلا طاعة لمخلوق عليه
وفيه دليل على أن السلطان لا ينعزل بالفسق والظلم ولا تجوز منازعته في
السلطنة بذلك
“(Maksud
hadis ini) hendaklah bersabar dengan apa yang tidak disukai dan tidak
keluar dari ketaatan kepadanya. Ini bertujuan memelihara pertumpahan
darah dan membendung fitnah dari berlaku, melainkan jika pemimpin
tersebut menjadi kafir dan memperlihatkan amal-amal yang menyelisihi
seruan Islam, maka tidak ada lagi ketaatan untuk makhluk ke atasnya. Dan
ini adalah dalil yang menunjukkan bahawa pemimpin tidak terlucut
jawatannya dengan sebab fasiq dan zalim, dan tidak dibenarkan
mengingkari kekuasaannya dengan sebab tersebut.” (Badr al-Din al-‘Aini
al-Hanafi, ‘Umdatul Qari Syarah Shahih al-Bukhari, 35/109 - Maktabah
Syamilah)
Bersabar
dengan kezaliman para pemimpin adalah salah satu prinsip yang dipegang
oleh Ahlus Sunnah wal-Jama’ah. Perkara ini disebutkan oleh Ibnu
Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) dengan katanya:
الصَّبْرُ
عَلَى ظُلْمِ الْأَئِمَّةِ وَجَوْرِهِمْ كَمَا هُوَ مِنْ أُصُولِ أَهْلِ
السُّنَّةِ وَالْجَمَاعَةِ وَكَمَا أَمَرَ بِهِ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْأَحَادِيثِ الْمَشْهُورَةِ
“Sabar
dengan kezaliman dan kekejaman para pemimpin adalah salah satu prinsip
(usul) dari prinsip-prinsip Ahlus Sunnah wal-Jama’ah sebagaimana yang
diperintahkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melalui
hadis-hadis yang masyhur.” (Majmu’ al-Fatawa, 28/179 - Daar al-Wafaa’)
Imam Muhammad B. Isma’il ash-Shan’ani rahimahullah (Wafat: 1182H) menjelaskan maksud hadis tersebut sebagaimana berikut:
قوله
عن الطاعة أي طاعة الخليفة الذي وقع الاجتماع عليه وكأن المراد خليفة أي
قطر من الأقطار إذ لم يجمع الناس على خليفة في جميع البلاد الإسلامية من
أثناء الدولة العباسية بل استقل أهل كل إقليم بقائم بأمورهم إذ لو حمل
الحديث على خليفة اجتمع عليه أهل الإسلام لقلت فائدته
وقوله وفارق الجماعة أي خرج عن الجماعة الذين اتفقوا على طاعة إمام انتظم به شملهم واجتمعت به كلمتهم وحاطهم عن عدوهم
قوله
فميتته ميتة جاهلية أي منسوبة إلى أهل الجهل والمراد به من مات على الكفر
قبل الإسلام وهو تشبيه لميتة من فارق الجماعة بمن مات على الكفر بجامع أن
الكل لم يكن تحت حكم إمام فإن الخارج عن الطاعة كأهل الجاهلية لا إمام له
“Sabda-nya
berkenaan ketaatan maksudnya adalah ketaatan kepada khalifah (pemimpin)
yang telah disepakati atasnya, atau merujuk kepada pemimpin bagi daerah
(atau wilayah atau negara) di mana ia bernaung. Kerana tidak semua umat
Islam pada masa daulah ‘Abbasiyyah tunduk dan patuh kepada khalifah
ketika itu, malah setiap wilayah ada pemimpin yang bebas menguruskan
wilayahnya masing-masing (mereka bebas melantik pemimpin bagi wilayah
mereka sendiri), maka sekiranya makna hadis ini diperuntukkan kepada
khalifah yang diakui untuk setiap wilayah Islam (umat Islam), sudah
tentu hadis ini sangat sedikit faedahnya.
Sabda-nya
“berpisah (keluar) dari al-jama’ah” maksudnya adalah keluar dari
jama’ah (masyarakat) yang telah sepakat mematuhi pemimpin yang
menyatukan mereka dan menjaga mereka dari serangan musuh.
Sabda-nya
“sekiranya ia mati, maka matinya adalah kematian jahiliyyah”
perngertiannya disandarkan kepada orang-orang jahiliyyah, dan maksud
dari jahiliyyah tersebut adalah sesiapa sahaja yang mati di dalam
kekafiran sebelum Islam. Itu merupakan perumpamaan bagi yang mati dalam
keadaan keluar dari jama’ah umat Islam yang diumpamakan seperti orang
kafir yang mati sebelum ia menganut Islam, kerana kedua-duanya tidak
tunduk dan tidak patuh kepada pemimpin. Orang yang tidak patuh (atau
tidak taat) kepada pemimpin diibaratkan seperti orang-orang jahiliyyah
yang tidak memiliki pemimpin.” (ash-Shan’ani, Subulus Salam Syarah
Bulughul Maram, 3/258)
Dalam
hadis yang lain berkenaan memisahkan diri daripada jama’ah pemerintah
muslim, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda:
لَا
يَحِلُّ دَمُ امْرِئٍ مُسْلِمٍ يَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ
وَأَنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَّا بِإِحْدَى ثَلَاثٍ الثَّيِّبُ الزَّانِي
وَالنَّفْسُ بِالنَّفْسِ وَالتَّارِكُ لِدِينِهِ الْمُفَارِقُ
لِلْجَمَاعَةِ
“Tidak
halal darah seorang muslim untuk ditumpahkan apabila dia mengakui
bahawa tiada tuhan yang berhak disembah dengan benar melainkan Allah,
dan aku adalah utusan Allah melainkan dengan salah satu dari tiga
perkara:
1. Seseorang yang telah menikah tetapi kemudiannya dia berzina,
2. Membunuh orang lain, dan
3. Orang yang meninggalkan agama dengan cara memisahkan dirinya dari al-jama’ah.” (Hadis Riwayat Muslim, 9/25, no. 3175)
Imam an-Nawawi rahimahullah berkata ketika mensyarahkan hadis ini:
وأما
قوله صلى الله عليه و سلم والتارك لدينه المفارق للجماعة فهو عام في كل
مرتد عن الإسلام بأي ردة كانت فيجب قتله إن لم يرجع إلى الإسلام قال
العلماء ويتناول أيضا كل خارج عن الجماعة ببدعة أو بغي أوغيرهما وكذا
الخوارج والله أعلم
“Adapun
sabda beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, “Orang yang meninggalkan
agama dengan cara memisahkan dirinya dari al-jama’ah” adalah bersifat
umum bagi setiap orang yang murtad keluar dari Islam dengan setiap cara
dan bentuknya, wajib untuk dibunuh sekiranya dia enggan bertaubat. Para
ulama mengatakan:
Termasuk
juga dalam maksud hadis ini adalah setiap orang yang keluar dari
ketataan kepada pemerintah muslim dengan melakukan kebid’ahan,
berkhianat, atau selainnya, demikian pula al-khawarij, wallahu a’lam.”
(an-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, 11/165)
Berkenaan
mereka yang bertindak memecah-belahkan kesatuan umat Islam yang telah
memiliki pemimpin, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
إِنَّهُ
سَتَكُونُ هَنَاتٌ وَهَنَاتٌ فَمَنْ أَرَادَ أَنْ يُفَرِّقَ أَمْرَ هَذِهِ
الْأُمَّةِ وَهِيَ جَمِيعٌ فَاضْرِبُوهُ بِالسَّيْفِ كَائِنًا مَنْ كَانَ
“Sesungguhnya
akan berlaku bencana dan malapetaka, maka sesiapa yang hendak
memecah-belah urusan umat ini padahal umat tersebut telah bersatu,
bunuhlah mereka dengan pedang walau siapapun orangnya.” (Hadis Riwayat
Muslim, 9/395, no. 3442)
Dalam riwayat yang lain disebutkan:
مَنْ
أَتَاكُمْ وَأَمْرُكُمْ جَمِيعٌ عَلَى رَجُلٍ وَاحِدٍ يُرِيدُ أَنْ
يَشُقَّ عَصَاكُمْ أَوْ يُفَرِّقَ جَمَاعَتَكُمْ فَاقْتُلُوهُ
“Siapa
sahaja yang datang kepada kamu sedangkan urusan kamu telah berada di
tangan seorang pemimpin, kemudian dia bertindak menggugat kedudukan
pemimpin kamu atau memecah-belahkan perpaduan di antara kamu, maka
bunuhlah orang tersebut.” (Hadis Riwayat Muslim, 9/395, no. 3443)
Imam an-Nawawi rahimahullah menjelaskan bahawa:
فيه
الأمر بقتال من خرج على الإمام أو أراد تفريق كلمة المسلمين ونحو ذلك
وينهى عن ذلك فإن لم ينته قوتل وإن لم يندفع شره إلا بقتله فقتل
“Di
dalamnya terdapat perintah untuk membunuh orang yang keluar melakukan
penentangan kepada seseorang pemimpin, atau hendak memecah-belah
kesatuan (perpaduan) umat Islam dan selainnya. Orang tersebut hendaklah
ditegah dari meneruskan perbuatannya, sekiranya ia tidak mahu
menghentikannya maka hendaklah diperangi. Apabila kejahatannya tidak
dapat dihalang melainkan dengan cara demikian, maka membunuhnya adalah
perkara yang dihalalkan.” (an-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, 12/241)
Imam ash-Shan’ani menyebutkan perkara yang sama dengan katanya:
دلت
هذه الألفاظ على أن من خرج على إمام قد اجتمعت عليه كلمة المسلمين والمراد
أهل قطر كما قلناه فإنه قد استحق القتل لإدخاله الضرر على العباد وظاهره
سواء كان جائرا أو عادلا وقد جاء في أحاديث تقييد ذلك بما أقاموا الصلاة
وفي لفظ ما لم تروا كفرا بواحا
Hadis
di atas dengan pelbagai bentuk lafaz dan susunannya telah menunjukkan
bahawa sesiapa yang keluar (tidak mentaati) seseorang pemimpin yang
telah disepakati oleh umat Islam dalam sesebuah wilayah (kawasan atau
negara), maka dia berhak dibunuh kerana akan menimbulkan kerosakan
kepada manusia sama ada pemimpin tersebut seorang yang adil ataupun yang
zalim selagi mana mereka masih menegakkan solat sebagaimana yang
disebutkan dalam beberapa hadis atau dalam hadis yang lain disebutkan,
“Selagi kamu tidak melihat kekufuran yang nyata”. (ash-Shan’ani, Subulus
Salam, 3/261)
Begitu
juga dengan imam asy-Syaukani rahimahullah. Beliau berkata, “Apabila
terdapat segolongan pihak yang cuba merampas kuasa daripada seseorang
pemerintah yang telah memiliki kedaulatan (kuasa) dan juga diberi bai’ah
(kepercayaan) oleh penduduknya, maka pada ketika itu, hukuman ke atas
golongan tersebut ialah dibunuh jika ia tidak bertaubat.” (asy-Syaukani,
as-Sailul Jarrar, 1/941 - Maktabah Syamilah)
Berkaitan
dengan ini, pernah berlaku dalam sejarah generasi sahabat di mana
Khalifah Mu’awiyah B. Abi Sufyan radhiyallahu ‘ahu telah bertindak
menahan dan menghukum bunuh Hujr B. Adi al-Kindi dengan sebab Hujr telah
mencerca dan menunjukkan sikap kepembangkangan secara terbuka kepada
gabernor Mu’awiyah di Kuffah. Sedangkan Hujr B. Adi al-Kindi adalah
termasuk daripada kalangan sahabat (sahabat kecil), dan sebahagian ulama
menyatakan beliau adalah tabi’in.
Tindakan
Mu’awiyah tersebut tidak mendapat bantahan daripada kalangan sahabat
yang lain, sebaliknya ia termasuk sebahagian kebenaran dan menjadi hak
bagi seseorang pemimpin untuk mengelakkan fitnah dan huru-hara
(bibit-bibit pemberontakan). (Rujuk penjelasannya dalam al-Awashim minal
Qowashin oleh Imam al-Qadhi Abu Bakr Ibnul Arabi. Tahqiq: Muhibbudin
al-Khatib, Mahmud al-Istanbuli, dan al-Maktab as-Salafi)
Dalam sebuah hadis daripada Hudzaifah Ibn al-Yaman radhiyallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
يَكُوْن
بَعْدِيْ أَئِمَّة لاَ يَهتَدُوْنَ بِهُدَايَ وَلاَ يَسْتَنُوْنَ
بِسُنَّتِيْ وَسَيَقُوْمُ فِيْهِمْ رجَال قُلُوْبُهُم قُلُوْبُ
الشَّيَاطِيْنَ فِيْ جِثْمَانِ إِنْسِ قَالَ قُلْتُ كَيْفَ أَصْنَعُ يَا
رَسُوْلَ اللهِ إِنْ أَدْرَكْتُ ذَلِكَ قَالَ تَسْمَعُ وَتَطِيْعُ
لِلْأَمِيْرِ وَإِنْ ضَرَبَ ظَهْرَكَ وَأَخَذَ مَالَكَ فَاسْمَعْ وَأطِعْ
“Akan
ada sepeninggalanku nanti para pemimpin yang tidak mengambil
petunjukku, dan tidak mengambil sunnah dengan sunnahku. Akan muncul pula
di tengah-tengah mereka orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan
dalam bentuk manusia.” Aku (Hudzaifah) bertanya, “Apa yang perlu aku
lakukan jika aku menemuinya?” Beliau menjawab, “(Hendaklah) kamu
mendengar dan taat kepada amir (pemerintah), walaupun ia memukul
punggungmu dan merampas hartamu, tetaplah mendengar dan taat.” (Hadis
Riwayat Muslim, Shahih Muslim, 3/387, no. 3435)
Selain
hadis ini, terdapat pula pesanan ‘Umar al-Khaththab radhiyallahu ‘anhu
kepada Suwaid B. Ghaflah yang lebih menguatkan lagi.
Suwaid B. Ghaflah mengkhabarkan:
قَالَ
لِي عُمَرُ: يَا أَبَا أُمَيَّةَ، إِنِّي لاَ أَدْرِي لَعَلِّي لاَ
أَلْقَاك بَعْدَ عَامِي هَذَا، فَاسْمَعْ وَأَطِعْ وَإِنْ أُمِّرَ عَلَيْك
عَبْدٌ حَبَشِيٌّ مُجْدَعٌ، إِنْ ضَرَبَك فَاصْبِرْ، وَإِنْ حَرَمَك
فَاصْبِرْ، وَإِنْ أَرَادَ أَمْرًا يَنْتَقِصُ دِينَك فَقُلْ: سَمْعٌ
وَطَاعَةٌ، دَمِي دُونَ دِينِي، فَلاَ تُفَارِقَ الْجَمَاعَةَ
‘Umar
berkata kepadaku, “Wahai Abu Umayyah (Suwaid), mungkin kamu masih hidup
setelah peninggalanku nanti, maka taatilah pemimpinmu walaupun ia
seorang hamba berketurunan Habsyi yang cacat hidungnya, jika ia memukul
(menzalimi) kamu maka bersabarlah, bila ia menghalang hak kamu maka
bersabarlah, bila ia mengajak kepada perkara yang merosakkan urusan
dunia kamu, maka katakanlah, “Kami dengar dan mentaati dengan darah
kami, bukan dengan agama kami.” Janganlah kamu berpecah dari
al-Jama’ah.” (Atsar Riwayat al-Ajurri, asy-Syari’ah, 1/38 dengan sanad
yang sahih. al-Khallal, as-Sunnah, no. 54. Ibnu Abi Syaibah,
al-Mushannaf, 12/544, no. 34400. Al-Baihaqi, Sunan al-Kubra, 8/159, no.
16405)
Setelah membawakan pesanan ‘Umar ini, Imam al-Ajurri rahimahullah (Wafat: 360H) menjelaskan:
من
أُمِّر عليك من عربي أو غيره، أسود أو أبيض، أو أعجمي، فأطعه فيما ليس لله
عَزَّ وَجَلَّ فيه معصية، وإن ظلمك حقًّا لك، وإن ضربكَ ظلمًا، وانتهكَ
عرضك وأخذ مالك، فلا يَحملك ذَلِكَ عَلَى أنه يَخرج عليه سيفك حتَّى
تقاتله، ولا تَخرج مع خارجي حتَّى تقاتله، ولا تُحرِّض غيرك عَلَى الخروج
عليه، ولكن اصبر عليه
“Sesiapa
pun yang menjadi pemimpin ke atas kamu (selagi mana dia muslim), sama
ada berketurunan ‘Arab atau selainnya, hitam atau putih, atau selain
bangsa ‘Arab, maka hendaklah kamu taat pada apa yang diperintahkannya
melainkan pada perkara maksiat kepada Allah ‘Azza wa Jalla (maka jangan
kamu ikuti). Dan walaupun dia menzalimi kamu, menyakiti kamu, memukul
kamu dengan zalim, merampas harta dan hak-hak kamu, maka janganlah
dengan sebab semua itu menjadikan kamu bertindak memeranginya dengan
pedang (senjata), dan janganlah kamu keluar bersama-sama kaum khawarij
sehingga menentangnya, dan juga jangan sampai kamu menghasut orang lain
untuk keluar dari ketaatan terhadapnya, tetapi hendaklah kamu tetap
bersabar.” (al-Ajurri, asy-Syari’ah, 1/40)
Dalam
riwayat yang lain juga daripada Hudzaifah Ibn al-Yaman radhiyallahu
‘anhu di ketika beliau bertanyakan tentang keburukan kepada Rasulullah:
يَا
رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا كُنَّا فِي جَاهِلِيَّةٍ وَشَرٍّ فَجَاءَنَا
اللَّهُ بِهَذَا الْخَيْرِ فَهَلْ بَعْدَ هَذَا الْخَيْرِ مِنْ شَرٍّ قَالَ
نَعَمْ قُلْتُ وَهَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الشَّرِّ مِنْ خَيْرٍ قَالَ نَعَمْ
وَفِيهِ دَخَنٌ قُلْتُ وَمَا دَخَنُهُ قَالَ قَوْمٌ يَهْدُونَ بِغَيْرِ
هَدْيِي تَعْرِفُ مِنْهُمْ وَتُنْكِرُ قُلْتُ فَهَلْ بَعْدَ ذَلِكَ
الْخَيْرِ مِنْ شَرٍّ قَالَ نَعَمْ دُعَاةٌ عَلَى أَبْوَابِ جَهَنَّمَ مَنْ
أَجَابَهُمْ إِلَيْهَا قَذَفُوهُ فِيهَا قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ
صِفْهُمْ لَنَا قَالَ هُمْ مِنْ جِلْدَتِنَا وَيَتَكَلَّمُونَ
بِأَلْسِنَتِنَا قُلْتُ فَمَا تَأْمُرُنِي إِنْ أَدْرَكَنِي ذَلِكَ قَالَ
تَلْزَمُ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِينَ وَإِمَامَهُمْ قُلْتُ فَإِنْ لَمْ
يَكُنْ لَهُمْ جَمَاعَةٌ وَلَا إِمَامٌ قَالَ فَاعْتَزِلْ تِلْكَ الْفِرَقَ
كُلَّهَا وَلَوْ أَنْ تَعَضَّ بِأَصْلِ شَجَرَةٍ حَتَّى يُدْرِكَكَ
الْمَوْتُ وَأَنْتَ عَلَى ذَلِكَ
“Wahai
Rasulullah, sesungguhnya kami berada di masa jahiliyyah dan keburukan,
lalu Allah mendatangkan kebaikan ini kepada kami. Adakah setelah
kebaikan ini ada keburukan?”
Rasulullah menjawab, “Benar, akan tetapi terdapat asap (kesamaran, kekalutan, atau kekeruhan) padanya.”
Aku bertanya, “Apakah asap (kesamaran, kekalutan, atau kekeruhan) tersebut?”
Beliau
bersabda, “Iaitu orang-orang yang mengambil petunjuk selain daripada
petunjukku. Engkau mengenali mereka dan mengingkarinya.”
Aku bertanya, “Adakah setelah kebaikan itu ada lagi keburukan?”
Beliau
bersabda, “Benar, para penyeru kepada pintu-pintu jahannam. Sesiapa
yang menyambut seruan mereka, maka mereka akan dicampakkan ke dalam
jahannam (kebinasaan).”
Aku bertanya, “Wahai Rasulullah, sebutkan sifat-sifat mereka kepada kami.”
Beliau menjawab, “Mereka berkulit sama seperti kita dan berbicara dengan bahasa kita.”
Aku bertanya, “Apakah yang engkau perintahkan kepadaku sekiranya aku bertemu dengan situasi seperti itu?”
Beliau menyatakan, “Hendaklah kamu tetap bersama-sama dengan jama’ah umat Islam dan pemimpin mereka.”
Aku bertanya, “Bagaimana sekiranya tidak ada jama’ah dan tidak pula ada pemimpin bagi umat Islam?”
Beliau
menjawab, “Jauhilah kelompok-kelompok itu semuanya walaupun engkau
tinggal dengan menggigit akar kayu sehingga kematian datang menjemput
dalam keadaan engkau seperti itu.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shahih
al-Bukhari, Kitab al-Fitan, 21/478, no. 6557)
Hadis-hadis
ini adalah antara hadis-hadis yang paling jelas bagi bab ini, kerana
Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam telah menyebutkan sifat-sifat
pemimpin di mana mereka tidak mengikuti petunjuk Rasulullah dan tidak
pula melaksanakan sunnah-sunnahnya. Itu adalah kemuncak kemungkaran
serta penyelewengan dan kekerasan yang paling jelas dilakukan, di mana
mereka (para pemimpin) tidak mengamalkan ajaran Rasulullah dalam urusan
diri mereka, keluarga, dan rakyat. Walau demikian sikap mereka, Nabi
Shallallahu 'alaihi wa Sallam tetap memerintahkan supaya mereka ditaati
(tidak ditentang kepimpinannya).
Kita
tidak dibenarkan mengingkari kepimpinan mereka selagi mana mereka
adalah muslim dan menegakkan solat berserta syi’ar-syi’arnya. Ini
sebagaimana dijelaskan dalam banyak hadis.
Berkenaan
beberapa kesalahan yang mereka lakukan, ia sama sekali bukan tiket
untuk kita melepaskan tali ketaatan terhadap kepimpinannya. Kesalahan
mereka adalah urusan yang dipertanggungjawabkan ke atas diri mereka
sendiri. Ia nanti akan dihisab dan diberi pembalasan oleh Allah
Subhanahu wa Ta’ala. Adapun urusan kita dengan mereka, adalah apa yang
dibebankan ke atas kita berdasarkan dalil-dalil yang sahih, tidak lebih
dari itu. Kita sedikitpun tidak diperintahkan supaya mencelanya,
mengaibkannya, menentangnya, memeranginya, mahupun menjatuhkannya. Tidak
juga diperintahkan supaya keluar dari ketaatan terhadapnya dengan
membina kumpulan-kumpulan baru bertindak sebagai organisasi pembangkang
dan penentang!
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
اسْمَعُوا وَأَطِيعُوا فَإِنَّمَا عَلَيْهِمْ مَا حُمِّلُوا وَعَلَيْكُمْ مَا حُمِّلْتُمْ
“Dengar
dan taatlah. Mereka bertanggungjawab ke atas apa yang dibebankan kepada
mereka dan kamu bertanggungjawab ke atas apa yang dibebankan kepada
kamu.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab al-Imarah, 9/384, no. 3433)
Bahkan
Rasulullah memerintahkan supaya kita meninggalkan kelompok-kelompok
yang menyeru kepada perpecahan. Iaitu kelompok-kelompok yang memisahkan
diri dari ketataan terhadap pemerintah. Rasulullah menamakan
kelompok-kelompok tersebut sebagai “penyeru kepada pintu-pintu
jahannam.”
Mungkin
akan ada yang beralasan dengan akta kebebasan bersuara dan hukum
demokrasi. Namun bagi kita yang beriman dan benar-benar taat menjunjung
al-Qur’an dan hadis-hadis Nabi, hak kebebasan bersuara dan hukum
demokrasi tidaklah lebih tinggi dari Hukum Allah. Demokrasi bukan alasan
untuk berpecah meninggalkan hadis-hadis Rasulullah.
Apatah
lagi jika pemerintah kita yang ada pada hari ini jelas jauh lebih baik
dari apa yang disifatkan oleh hadis tersebut! Jadi, di mana hendak kita
campakkan pesan-pesan Rasulullah ini?
Terkait
dengan hadis tersebut, pada masa sekarang ini terdapat begitu banyak
kelompok atau kumpulan-kumpulan tertentu yang bertindak menyelisihi para
pemimpin sedia ada bagi kebanyakan wilayah atau negara tertentu.
Walaupun pemimpin yang memimpin sesebuah negara itu adalah muslim dan
tetap menegakkan solat, tetapi kumpulan-kumpulan serpihan ini sentiasa
bertindak sebagai golongan pembangkang yang suka mencela dan sentiasa
berhasrat mahu merampas, merebut, atau menguasai tampuk kepimpinan sedia
ada.
Dalam situasi ini, al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H) menyatakan:
وبالدعاة
على أبواب جهنم من قام في طلب الملك من الخوارج وغيرهم والى ذلك الإشارة
بقوله الزم جماعة المسلمين وامامهم يعني ولو جار ويوضح ذلك رواية أبي
الأسود ولو ضرب ظهرك وأخذ مالك وكان مثل ذلك كثيرا في امارة الحجاج ونحوه
قوله تلزم جماعة المسلمين وامامهم بكسر الهمزة أي أميرهم زاد في رواية أبي
الأسود تسمع وتطيع وان ضرب ظهرك وأخذ مالك وكذا في رواية خالد بن سبيع عند
الطبراني فان رأيت خليفة فالزمه وان ضرب ظهرك فان لم يكن خليفة فالهرب
“Para
penyeru kepada pintu-pintu jahannam adalah mereka yang berusaha mencari
kekuasaan, sama ada dari kalangan khawarij (pembawa idelogi
pemberontakan) ataupun yang selainnya. Itulah yang dimaksudkan oleh
hadis “Hendaklah kamu tetap bersama-sama dengan jama’ah umat Islam dan
pemimpin mereka.” Maksudnya, walaupun seseorang pemimpin itu melakukan
kezaliman.
Lebih
menjelaskan perkara ini adalah riwayat Abu al-Aswad, “Walaupun dia
memukul punggung kamu dan merampas harta kamu.” Situasi seperti ini
banyak berlaku pada masa pemerintahan al-Hajjaj dan selainnya.
“Hendaklah
kamu tetap bersama-sama dengan jama’ah umat Islam dan pemimpin mereka,”
maksudnya adalah pemimpin (yang menaungi) mereka. Dalam riwayat Abu
al-Aswad ditambahkan, “Hendaklah engkau mendengar dan mentaati walaupun
dia memukul punggungmu dan mengambil harta kamu.” Demikian juga dalam
riwayat Khalid B. Suba’i yang direkodkan oleh ath-Thabrani, “Sekiranya
engkau melihat khalifah (pemimpin), maka bersama-samalah dengan mereka
walaupun dia memukul punggung kamu....”
وقال
بن بطال فيه حجة لجماعة الفقهاء في وجوب لزوم جماعة المسلمين وترك الخروج
على أئمة الجور لأنه وصف الطائفة الأخيرة بانهم دعاة على أبواب جهنم ولم
يقل فيهم تعرف وتنكر كما قال في الأولين وهم لا يكونون كذلك الا وهم على
غير حق وأمر مع ذلك بلزوم الجماعة
...
Ibnu Baththal berkata, “Di dalamnya terdapat dalil bagi para fuqaha’
(ahli fiqh) tentang kewajiban berkumpul bersama-sama dengan jama’ah umat
Islam dan tidak melakukan pembangkangan (penentangan) kepada para
pemimpin yang zalim, kerana beliau menggambarkan kelompok yang terpisah
daripada pemimpin sebagai “para penyeru di pintu-pintu jahannam,” dan
mereka tidak dinyatakan oleh beliau “engkau kenal dan engkau ingkari,”
sebagaimana beliau sabdakan berkaitan dengan kelompok pertama. Mereka
tidak berada dalam keadaan seperti itu melainkan mereka di atas
kebatilan. Walaupun begitu, kita tetap diperintahkan supaya bersama-sama
dengan jamaah (pemimpin yang memimpin).” (Ibnu Hajar, Fathul Bari,
13/36-37)
Imam an-Nawawi rahimahullah menyatakan hal yang sama sebagaimana berikut:
وفي
حديث حذيفة هذا لزوم جماعة المسلمين وإمامهم ووجوب طاعته وإن فسق وعمل
المعاصي من أخذ الأموال وغير ذلك فتجب طاعته في غير معصية وفيه معجزات
لرسول الله صلى الله عليه و سلم وهي هذه الأمور التي أخبر بها وقد وقعت
كلها
“Dalam
hadis riwayat Hudzaifah ini terdapat pelajaran berharga, iaitu perintah
untuk sentiasa bersama-sama jama’ah umat Islam dan pemimpin mereka
serta kewajiban mentaati mereka walaupun mereka itu fasiq dan melakukan
banyak perkara maksiat seperti merampas harta dan seumpamanya. Maka
wajib mentaati mereka dalam perkara selain maksiat. Hadis ini juga
adalah merupakan mukjizat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam di
mana semua perkara yang beliau khabarkan telah pun terjadi.” (an-Nawawi,
Syarah Shahih Muslim, 12/238)
Solat Sebagai Batas Ketaatan
Hadis daripada ‘Auf B. Malik radhiyallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
خِيَارُ
أَئِمَّتِكُمْ الَّذِينَ تُحِبُّونَهُمْ وَيُحِبُّونَكُمْ وَيُصَلُّونَ
عَلَيْكُمْ وَتُصَلُّونَ عَلَيْهِمْ وَشِرَارُ أَئِمَّتِكُمْ الَّذِينَ
تُبْغِضُونَهُمْ وَيُبْغِضُونَكُمْ وَتَلْعَنُونَهُمْ وَيَلْعَنُونَكُمْ
قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَفَلَا نُنَابِذُهُمْ بِالسَّيْفِ فَقَالَ لَا
مَا أَقَامُوا فِيكُمْ الصَّلَاةَ وَإِذَا رَأَيْتُمْ مِنْ وُلَاتِكُمْ
شَيْئًا تَكْرَهُونَهُ فَاكْرَهُوا عَمَلَهُ وَلَا تَنْزِعُوا يَدًا مِنْ
طَاعَةٍ
“Sebaik-baik
pemimpin bagi kamu adalah orang-orang yang kamu semua cintai dan mereka
pun mencintai kamu semua, juga yang kamu semua mendoakan kebaikan untuk
mereka dan mereka pun mendoakan kebaikan untuk kamu semua.
Adapun
seburuk-buruk pemimpin di antara kamu ialah orang-orang yang kamu
membenci mereka dan mereka pun membenci kamu semua, juga yang engkau
semua melaknat mereka dan mereka pun melaknat kamu semua.”
‘Auf
berkata, “Kami para sahabat lalu berkata, “Ya Rasulullah, adakah kita
tidak boleh menentang pemimpin-pemimpin yang seperti ini? Beliau
Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Jangan menentang mereka dengan
pedang, selama mereka masih tetap mendirikan solat bersama-sama kamu.
Jika kamu melihat pada pemimpin kamu sesuatu yang kamu benci, maka
bencilah perbuatan tersebut, tetapi janganlah kamu melepaskan ketaatan
(daripada pemimpin tersebut).” (Hadis Riwayat Muslim, Shahih Muslim,
9/403, no. 3447)
Dalam riwayat yang lain disebutkan:
قَالُوا
قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَفَلَا نُنَابِذُهُمْ عِنْدَ ذَلِكَ قَالَ
لَا مَا أَقَامُوا فِيكُمْ الصَّلَاةَ لَا مَا أَقَامُوا فِيكُمْ
الصَّلَاةَ أَلَا مَنْ وَلِيَ عَلَيْهِ وَالٍ فَرَآهُ يَأْتِي شَيْئًا مِنْ
مَعْصِيَةِ اللَّهِ فَلْيَكْرَهْ مَا يَأْتِي مِنْ مَعْصِيَةِ اللَّهِ
وَلَا يَنْزِعَنَّ يَدًا مِنْ طَاعَةٍ
Para
sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, bolehkah kami memerangi
(menentang) mereka pada ketika itu?” Rasulullah menjawab, “Jangan,
selagi mana mereka masih solat bersama-sama kamu! Jangan, selagi mana
mereka masih solat bersama-sama kamu! Ingatlah, jika ada pemimpin yang
menguruskan urusan seseorang lalu orang itu melihat pemimpinnya
melakukan maksiat kepada Allah, maka bencilah maksiat tersebut, dan
jangan melepaskan ketaatan (daripada pemimpin tersebut).” (Hadis Riwayat
Muslim, Shahih Muslim, 9/404, no. 3448)
Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) berkata,
فقد
نهى رسول الله صلى الله عليه و سلم عن قتالهم مع إخباره أنهم يأتون أمورا
منكرة فدل على أنه لا يجوز الإنكار عليهم بالسيف كما يراه من يقاتل ولاة
الأمر من الخوارج والزيدية والمعتزلة وطائفة من الفقهاء وغيرهم
“Bahawasanya
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah melarang dari memerangi
mereka (pemimpin) walaupun pemimpin tersebut melakukan perkara-perkara
yang mungkar. Ini menunjukkan bahawa tidak dibolehkan mengingkari
(menentang atau mengingkari) mereka dengan pedang (senjata) sebagaimana
yang difahami oleh golongan yang memerangi para pemimpin dari kelompok
Khawarij, Zaidiyyah, Mu’tazilah, dan sekelompok (sebahagian kecil) dari
para fuqaha’ (ahli fiqh) dan selainnya.” (Ibnu Taimiyyah, Minhajus
Sunnah, 3/392 - Mu’assasah al-Qurthubah)
Daripada Ummu Salamah, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
سَتَكُونُ
أُمَرَاءُ فَتَعْرِفُونَ وَتُنْكِرُونَ فَمَنْ عَرَفَ بَرِئَ وَمَنْ
أَنْكَرَ سَلِمَ وَلَكِنْ مَنْ رَضِيَ وَتَابَعَ قَالُوا أَفَلَا
نُقَاتِلُهُمْ قَالَ لَا مَا صَلَّوْا
“Nanti
akan datang para pemimpin yang berbuat baik juga berbuat mungkar.
Sesiapa yang memahami (perkara tersebut) maka ia terlepas, sesiapa yang
mengingkari bererti ia selamat. Berbeza dengan orang yang rela dan
patuh.” Para sahabat pun bertanya, “Bolehkah kita memeranginya
(menentanganya)?” Beliau menjawab, “Jangan, selagi mana mereka masih
mendirikan solat.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab al-Imarah, 9/400, no.
3445)
Dalam riwayat yang lain juga daripada Ummu Salamah, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
إِنَّهُ
يُسْتَعْمَلُ عَلَيْكُمْ أُمَرَاءُ فَتَعْرِفُونَ وَتُنْكِرُونَ فَمَنْ
كَرِهَ فَقَدْ بَرِئَ وَمَنْ أَنْكَرَ فَقَدْ سَلِمَ وَلَكِنْ مَنْ رَضِيَ
وَتَابَعَ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَلَا نُقَاتِلُهُمْ قَالَ لَا مَا
صَلَّوْا أَيْ مَنْ كَرِهَ بِقَلْبِهِ وَأَنْكَرَ بِقَلْبِهِ
“Akan
diangkat para penguasa untuk kamu. Di mana kamu mengenalinya dan
kemudian engkau mengingkarinya (kerana ia telah melakukan maksiat).
Sesiapa yang benci (terhadap maksiat tersebut), maka ia telah berlepas
diri. Sesiapa yang mengingkarinya, benar-benar ia telah selamat. Akan
tetapi, sebaliknya pula kepada mereka yang redha dan mengikuti keburukan
pemimpin tersebut (dia tidak akan selamat).” Para sahabat bertanya,
“Wahai Rasulullah, adakah kami boleh memeranginya (menentanganya)?”
Beliau menjawab, “Tidak, selagi mereka masih melaksanakan solat.” Iaitu
sesiapa yang membenci dan mengingkari dengan hatinya.” (Hadis Riwayat
Muslim, 9/401, no. 3446)
Dapat
kita fahami dari hadis-hadis tersebut bahawa batas keataan kepada
pemimpin adalah selagi mana mereka masih muslim dan tetap menegakkan
syi’ar solat serta seruan-seruannya. Dari hadis-hadis tersebut juga,
sebenarnya ia telah membatalkan pandangan beberapa pihak yang menyatakan
bahawa ketaatan kepada pemimpin gugur apabila pemimpin tersebut gagal
atau tidak melaksanakan perundangan jenayah Islam tertentu seperti hudud
dan qishash atas kelemahan tertentu, manakala ada juga pihak yang
menyatakan bahawa ketaatan kepada pemimpin hanya sekiranya mereka
memimpin dengan sistem khilafah. Dengan itu juga, dapatlah kita fahami
bahawa pandangan tersebut adalah keliru dan bertentangan pula dengan
teks hadis-hadis yang sahih. Ini sebagaimana di atas yang menyatakan
bahawa syarat yang paling minima yang perlu ada pada diri seseorang
pemimpin untuk ditaati ialah selagi mana mereka (pemimpin) melaksanakan
ibadah solat dan seruan-seruannya.
Para
ulama telah mengambil maksud hadis tersebut berdasarkan maknanya yang
zahir iaitu dibolehkan keluar dari ketaatan terhadap seseorang pemimpin
atau pemerintah sekiranya ia telah meninggalkan solat. Sebaliknya,
selagi mana mereka tetap melaksanakan solat, maka menjadi kewajiban
untuk kita mentaatinya sebagai pemimpin. Ini antaranya dapat dilihat dan
difahami berdasarkan perkataan para ulama berikut:
Imam asy-Syafi’i rahimahullah (Wafat: 204) melalui katanya:
والسمع لأولي الأمر ما داموا يصلون والموالاة لهم، ولا يخرج عليهم بالسيف
“Dan
hendaklah kamu tetap mendengar (tidak melepaskan ketaatan) kepada
pemerintah (ulil amri) selagi mana mereka masih melaksanakan solat dan
hendaklah kamu memberi kesetiaan kepada mereka serta tidak khuruj dengan
pedang (keluar dari ketaatan) terhadap mereka.” (as-Suyuthi, al-Amru
bil Ittiba’ wan Nahi ‘anil Ibtida’, m/s. 313, Tahqiq Masyhur Hasan
Salman - Daar Ibnul Qayyim)
Imam an-Nawawi rahimahullah menyebutkan,
أجمع العلماء على أن الإمامة لا تنعقد لكافر، وعلى أنه لو طرأ عليه الكفر انعزل. قال: وكذا لو ترك إقامة الصلوات والدعاء إليها
Berkata
al-Qadhi ‘Iyadh, “Para ‘ulama telah berijma’ (bersepakat) bahawa imamah
(kepimpinan) tidak boleh diserahkan kepada orang kafir. Apabila secara
tiba-tiba kekafiran terjadi padanya, maka ia dilucutkan (sebagai
pemimpin).” Dan beliau turut menyatakan, “Begitu juga apabila ia
meninggalkan perlaksanaan solat dan seruan kepadanya (seruan solat).”
(an-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, 12/229)
Abu
al-‘Abbas al-Qurthubi (guru dan merupakan datuk kepada ulama tafsir -
Abu ‘Abdillah al-Qurthubi) berkata tentang hadis tersebut (مَا أَقَامُوا فِيكُمْ الصَّلَاةَ),
ظاهره:
ما حافظوا على الصلوات المعهودة بحدودها، وأحكامه، وداموا على ذلك،
وأظهروه. وقيل معناه: ما داموا على كلمة الاسلام؛ كما قد عبَّر بالمصلين عن
المسلمين؛ كما قال صلى الله عليه وسلم، (( نهيتُ عن قتل المصلين )) أي:
المسلمين. والأوَّل أظهر
Maksudnya
secara zahir adalah selagi mereka (pemimpin atau pemerintah) menjaga
solat-solat yang diwajibkan berdasarkan ketentuan dan hukum-hukumnya,
sentiasa melaksanakannya, dan menzahirkannya (bersama-sama masyarakat).
Ada pula yang mengatakan maknanya adalah: Selama mereka melaksanakan
kalimat Islam (secara umum) - sebagaimana kalimat al-mushalliin yang
ditafsirkan sebagai al-muslimin, sebagaimana sabda Nabi Shallallahu
‘alaihi wa Sallam, “Aku melarang kamu untuk membunuh al-mushalliin
(orang-orang yang melaksanakan solat),” iaitu: al-muslimin (orang-orang
muslim). Akan tetapi, makna yang pertama adalah makna yang lebih jelas.”
(al-Qurthubi, al-Mufhim lima Usykila min Talkhish Kitab Muslim, Kitab
al-Imarah wal-Bai’ah, 12/108 - Maktabah Syamilah)
Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) berkata:
وهذا
يبين أن الأئمة هم الأمراء ولاة الأمور وأنه يكره وينكر ما يأتونه من
معصية الله ولا تنزع اليد من طاعتهم بل يطاعون في طاعة الله وأن منهم خيارا
Hadis
ini menjelaskan bahawa al-aimmah adalah al-umara’ dan walaatul umur.
Mereka dibenci dan diingkari apabila melakukan perbuatan maksiat kepada
Allah. Tidak boleh (bagi sesiapapun) untuk melepaskan tangan dari
ketaatan kepada mereka. Akan tetapi, mereka ditaati hanya dalam urusan
ketaatan kepada Allah, walaupun pada mereka terdapat kebaikan dan
keburukan dalam masa yang sama.” (Minhajus Sunnah, 1/117 – Mu’assasah
Qurthubah)
Al-Hafiz Ibnu Rajab al-Hanbali rahimahullah (Wafat: 795H) berkata:
ويستدل أيضا على القتال على ترك الصلاة بما في صحيح مسلم عن أم سلمة
“Dalil
lain yang menunjukkan dibolehkan memerangi orang-orang yang
meninggalkan solat adalah hadis dalam Shahih Muslim daripada Ummu
Salamah radhiyallahu ‘anhu (sebagaimana hadis di atas).” (Jami’ al-‘Ulum
wa al-Hikam, m/s. 86 - Maktabah Syamilah)
Al-‘Allamah Mulla ‘Ali Al-Qari al-Hanafi (Wafat: 1014H) ketika menjelaskan hadis tersebut, beliau berkata:
إقامتهم
الصلاة فيما بينكم لأنها علامة اجتماع الكلمة في الأمة قال الطيبي فيه
إشعار بتعظيم أمر الصلاة وإن تركها موجب لنزع اليد عن الطاعة
“Mereka
menegakkan solat bersama-sama kamu, kerana perkara tersebut merupakan
tanda perpaduan bagi ummat (masyarakat). Telah berkata ath-Thiibi, “Pada
hadis tersebut terdapat maklumat yang menunjukkan keagungan urusan
solat di mana apabila ia ditinggalkan akan memberi kesan (akibat)
terlepasnya tangan dari ketaatan.” (‘Ali al-Qari, Mirqatul Mafatih
Syarah Misykat al-Mashabih, Kitab al-Imarah wal-Qadha’, 11/307 -
al-Meshkah)
Imam asy-Syaukani rahimahullah berkata ketika menjelaskan hadis (لا، مَا أَقَامُوا فيكُمُ الصَّلاةَ):
فيه دليل على أنه لا يجوز منابذة الأئمة بالسيف مهما كانوا مقيمين للصلاة ويدل ذلك بمفهومه على جواز المنابذة عند تركهم للصلاة
“Padanya
terdapat dalil yang menunjukkan tidak dibenarkan menentang atau
memerangi pemimpin dengan menggunakan pedang selagi mereka masih
menegakkan solat. Dan hadis tersebut juga menunjukkan dengan apa yang
disebutkannya bahawa boleh menentang pemimpin apabila mereka
meninggalkan solat.” (Muhammad B. ‘Ali asy-Syaukani, Nail al-Authar,
7/201)
Syams al-Haq al-‘Azhim ‘Abadi berkata ketika menafsirkan hadis (أفلا نقاتلهم قال لا ما صلوا):
أي ما داموا يصلون
“Iaitu selagi mereka tetap melaksanakan solat.” (‘Aunul Ma’bud, 13/75 - Maktabah Syamilah)
Kenapa solat Menjadi Batasan Ketaatan?
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
إِنَّ بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِرْكِ وَالكُفرِ تَرْكَ الصَّلاة
“Sesungguhnya
batas (atau sempadan) seseorang di antara kesyirikan dan kekufuran
adalah meninggalkan solat.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab al-Iman, 1/228,
no. 116)
Daripada ‘Abdullah B. Syaqiq al-‘Uqaili (seorang Tabi’in), beliau berkata:
كَانَ أَصْحَابُ مُحَمَّدٍ صلى الله عليه وسلم لا يَرَوْنَ شَيْئًا مِنَ اْلأَعْمَالِ تَرْكَهُ كُفْرٌ غَيْرَ الصَّلاة
“Para
sahabat Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tidak melihat sesuatu
amal yang jika ditinggalkan menyebabkan kufur melainkan solat.” (Hadis
Riwayat at-Tirmidzi, Kitab al-Iman, 9/208, no. 2546. Dinilai sahih oleh
al-Albani)
Daripada
hadis ini menunjukkan bahawa solat menjadi benteng dan batas ketaatan
kepada pemerintah adalah kerana ia merupakan syi’ar tanda keislaman
seseorang.
Dan
sebagai tanda bahawa syi’ar solat itu masih tetap dilaksanakan
bersama-sama masyarakat, adalah berkumandangnya seruan azan tanpa
sekatan dan halangan.
Daripada sebuah hadis oleh Anas B. Malik radhiyallahu ‘anhu,
كَانَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُغِيرُ إِذَا طَلَعَ
الْفَجْرُ وَكَانَ يَسْتَمِعُ الْأَذَانَ فَإِنْ سَمِعَ أَذَانًا أَمْسَكَ
وَإِلَّا أَغَارَ
“Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wa Sallam apabila hendak menyerang sesebuah daerah
(atau wilayah) ketika terbit fajar, beliau akan menunggu terlebih dahulu
suara azan. Sekiranya beliau mendengar suara azan, maka beliau menahan
diri. Tetapi sekiranya beliau tidak mendengar, maka beliau pun
menyerang.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab ash-Shalah, 2/324, no. 575)
Hadis
ini menunjukkan bahawa azan adalah penghalang yang tidak membolehkan
sesebuah negeri itu diserang. Ini juga membawa maksud bahawa negeri
tersebut adalah wilayah kepunyaan umat Islam (wilayah Islam) yang di
dalamnya ditegakkan solat berserta seruan-seruannya.
Dari
sini juga menunjukkan bahawa syi’ar solat adalah hukum Allah yang agung
dan terbesar setelah tauhid (aqidah). Ini adalah sebagaimana hadis
berikut:
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
لينقضن عرا الإسلام عروة عروة فكلما انتقضت عروة تشبت الناس بالتي تليها وأولهن نقضا الحكم وأخرهن الصلاة
“Ikatan-ikatan
Islam akan terlepas satu demi satu. Di setiap kali ikatannya terlepas,
ia diikuti oleh manusia (ikatan seterusnya akan terlepas). Dan yang
pertama kali terlepas adalah hukum (perundangan) dan yang terakhir
sekali adalah solat.” (Hadis Riwayat Ahmad, 36/485, no. 22160. Dinilai
jayyid isnadnya oleh Syu’aib al-Arnauth)
Sebenarnya,
apa yang perlu kita fahami bahawa setelah tamatnya era pemerintahan
khalifah al-Rasyidin, memang tidak terdapat perlaksanaan Islam secara
sempurna, menyeluruh dan komprehensif. Pada fasa setelah mereka berlaku
banyaknya lompang-lompang yang perlu sama-sama diperbaiki dengan
kaedah-kaedah yang syar’i secara bersama.
Prinsip
ketaatan kepada pemerintah inilah yang membezakan di antara mazhab
ahlus aunnah wal-jama’ah dengan mazhab kelompok sesat khawarij.
Sepintas Lalu Tentang Khawarij
Khawarij
ketika awal Islam dikenali sebagai kelompok yang menyelisihi para
sahabat dalam mengambil maksud nash-nash agama serta memiliki ideologi
pemberontakkan dan kepembangkangan terhadap pemerintah. Mereka
menganggap dengan memisahkan diri daripada kepimpinan pemimpin yang
zalim (walaupun penilaian zalim itu hanya pada anggapan mereka) adalah
salah satu bentuk taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah Subhanahu wa
Ta’ala. Mereka juga berkeyakinan bahawa sesiapa yang melakukan dosa
besar sebagai kafir.
Syaikh
Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin rahimahullah menjelaskan, “al-Khawarij
berpendapat bahawa tiada ketaatan kepada pemimpin atau amir jika dia
melakukan dosa, kerana menurut mereka dosa besar menjadikan pelakunya
keluar dari Islam (kafir).
Begitu
juga dengan kaum Syi’ah Rafidhah yang menyatakan tiada imam (pemimpin)
yang maksum, umat Islam tidak memiliki imam dan tidak mengikuti imam
sejak imam yang mereka tunggu-tunggu menghilang. Jadi, sejak saat itu
sehingga ke hari ini masyarakat mati dalam keadaan jahiliyyah. Kata
mereka, tidak ada imam kecuali imam yang maksum (bebas dari segala
dosa), tidak ada haji, dan tidak ada jihad bersama mana-mana amir
(pemimpin), kerana imam yang sebenar belum muncul.
Manakala
ahlus sunnah melihat jauh ke hadapan, kerana menyelisihi
perkara-perkara ini bererti derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya, serta
akan mengheret masyarakat kepada fitnah yang besar. Bukankah yang
membuka pintu fitnah dan peperangan di antara kaum muslimin serta
perselisihan pendapat adalah gerakan pembangkangan terhadap para
pemimpin?
Walaupun
demikian, perkara ini tidaklah bererti ahlus sunnah wal-jama’ah
menganggap perbuatan amir yang salah tersebut sebagai bukan kemungkaran.
Ahlus sunnah tetap menganggapnya sebagai kemungkaran (cuma cara
menanganinya adalah berbeza dan telah ditetapkan kaedahnya oleh syara’ –
pent.).
Walaupun
pemimpin tersebut minum arak atau menzalimi hak rakyat contohnya, kita
tetap wajib melaksanakan solat bersama-sama dengannya, dan solat
tersebut adalah sah. Lebih dari itu, ahlus sunnah wal-jama’ah
berpendapat bahawa solat Juma’at di belakang imam pelaku bid’ah adalah
sah selagi mana bid’ah yang dilakukannya tidak mencapai darjat
kekafiran, kerana ahlus sunnah wal-jama’ah berpendapat perbuatan
menyelisihi para pemimpin dalam perkara ini adalah termasuk keburukan,
dan bagi pemimpin itu sendiri adalah tidak sepatutnya melakukan
kemungkaran tersebut. Perkara yang sama berlaku dalam solat hari raya,
iaitu ahlus sunnah solat bersama-sama para pemimpin (atau wakilnya)
walaupun mereka (pemimpin) adalah orang-orang yang fasiq.
Dengan
cara yang tenang ini, jelaslah bahawa Islam merupakan agama pertengahan
di antara kelompok yang berlebih-lebihan dan yang terlalu meremehkan.”
(Ibnu al-Utsaimin, Syarah al-Aqidah al-Wasithiyah. Rujuk:
http://www.alnasiha.net/cms/node/35 dan
http://www.ibnothaimeen.com/soft/AlakidahAlwasetiah.exe)
Ini
adalah sebagaimana yang telah terpahat dalam sejarah di akhir era para
sahabat ridhwanullah ‘alaihim ajma’ain ketika berhadapan dengan
kepimpinan ‘Abdul Malik B. Marwan dan al-Hajjaj B. Yusuf ats-Tsaqafi.
Walaupun kedua-dua pemimpin ini begitu zalim dan fasiq, membunuh ribuan
nyawa para ulama termasuk dari kalangan sahabat Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wa Sallam, minum arak terang-terangan, solat dalam keadaan
mabuk, dan merosakkan ka’abah dengan manjaniq, tetapi para sahabat yang
hidup pada ketika itu tetap tidak melepaskan tangan ketaatan kepadanya.
Bahkan para sahabat bersama-sama para ulama lainnya dari kalangan
tabi’in tetap bersolat bersama-sama imam mereka, al-Hajjaj B. Yusuf
ats-Tsaqafi ini.
Ini benar-benar berbeza dengan apa yang difahami oleh kaum khawarij.
Imam al-Ajurri rahimahullah (Wafat: 360H) menjelaskan tentang kaum khawarij dengan katanya:
لم
يختلف العلماء قديماً وحديثاً أن الخوارج قوم سوء، عصاة لله عز وجل
ولرسوله صلى الله عليه وسلم، وإن صلوا وصاموا، واجتهدوا في العبادة ، فليس
ذلك بنافع لهم، وإن أظهروا الأمر بالمعروف والنهي عن المنكر، وليس ذلك
بنافع لهم، لأنهم قوم يتأولون القرآن على ما يهوون، ويموهون على المسلمين.
وقد حذرنا الله عز وجل منهم، وحذرنا النبي صلى الله عليه وسلم ،وحذرناهم
الخلفاء الراشدون بعده، وحذرناهم الصحابة رضي الله عنهم ومن تبعهم بإحسان
رحمة الله تعالى عليهم.
والخوارج
هم الشراة الأنجاس الأرجاس، ومن كان على مذهبهم من سانر الخوارج، يتوارثون
هذا المذهب قديماً وحديثاً، ويخرجون على الأئمة والأمراء ويستحلون قتل
المسلمين
“Para
ulama sepakat menyatakan bahawa khawarij adalah suatu kaum yang jahat
dan derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya walaupun mereka solat, berpuasa,
dan bersungguh-sungguh dalam ibadah. Tetapi kebaikan yang mereka
usahakan itu tidaklah memberi sebarang manfaat sedikitpun untuk mereka
kerana mereka telah menyelewengkan makna ayat-ayat al-Qur’an bersesuaian
dengan hawa nafsunya. Mereka juga menonjolkan amalan amar ma’ruf nahi
mungkar, tetapi ia tidak bermanfaat bagi mereka. Kerana mereka gemar
menafsirkan al-Qur’an dengan hawa nafsu dan menipu umat Islam.
Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla telah memberi peringatan kepada kita
dari bahaya dan kesesatan mereka. Begitu juga Nabi Shallallahu ‘alaihi
wa Sallam, para khulafa al-Rasyidin, para sahabat radhiyallahu ‘anhum,
dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik turut mengingatkan.
Khawarij ini dan yang sealiran dengannya adalah orang-orang yang jahat,
najis, dan kotor. Mereka saling mewarisi fahaman sesat ini sejak dahulu
sehinggalah sekarang. Mereka memisahkan diri dari para pemerintah umat
Islam, sehingga ada dari mereka yang menghalalkan tindakan membunuh umat
Islam.” (al-Ajurri, asy-Syari’ah, 1/22)
Kemudian beliau mengingatkan supaya berwaspada terhadap mazhab khawarij kepada kita semua dengan katanya:
قد
ذكرت من التحذير عن مذاهب الخوارج ما فيه بلاغ لِمن عصمه الله عَزَّ
وَجَلَّ الكريم، عن مذهب الخوارج، ولَم ير رأيهم وصبر عَلَى جَوْر الأئمة،
وحَيْف الأمراء، ولَم يَخرج عليهم بسيفه، وسأل الله العظيم كشف الظلم عنه،
وعن جَميع المسلمين، ودعا للولاة بالصلاح، وحجَّ معهم، وجاهد معهم كل عدو
للمسلمين، وصلى خلفهم الجمعة والعيدين، وإن أمروه بطاعتهم فأمكنته طاعتهم
أطاعهم، ولِمن لَم يُمكنه اعتذر إليهم، وإن أمروه بِمعصية لَم يطعهم، وإذا
دارت بينهم الفتن لزم بيته، وكفَّ لسانه ويده، ولَم يَهو ما هُم فيه، ولَم
يُعن عَلَى فتنته، فمن كَانَ هذا وصفه كَانَ عَلَى الطريق المستقيم إن شاء
الله تعالَى
“Sungguh-sungguh
aku telah menyebutkan peringatan (tahdzir) terhadap mazhab khawarij.
Yang mana pada peringatan tersebut mengandungi khabar bagi orang yang
dipelihara oleh Allah ‘Azza wa Jalla yang maha Mulia dari mazhab
al-khawarij, dan tidak supaya berpegang dengan mazhab mereka, dan
hendaklah bersabar dengan kezaliman para pemimpin, juga dengan
ketidak-adilan pemimpin, dan tidak keluar dari ketaatan kepada mereka
dengan senjata (pedang). Kita berharap kepada Allah yang maha Agung
supaya menghilangkan kezaliman darinya, juga dari semua kaum muslimin,
dan mendoakan para pemimpin dengan kebaikan. Juga bersama-sama dengan
mereka dalam melaksanakan haji, berjihad menentang musuh umat Islam,
solat juma’at dan solat dua hari raya bersama mereka. Sesiapa yang
bersifat seperti ini bererti dia berada di atas jalan yang lurus,
insyaAllah.” (al-Ajurri, asy-Syari’ah, 1/37)
Kekafiran Pemimpin Menghapuskan Ketaatan Terhadapnya
Daripada hadis Junadah B. Abi Umayyah radhiyallahu ’anhu, beliau berkata:
دَخَلْنَا
عَلَى عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ - وَهُوَ مَرِيضٌ قُلْنَا أَصْلَحَكَ
اللَّهُ حَدِّثْ بِحَدِيثٍ يَنْفَعُكَ اللَّهُ بِهِ سَمِعْتَهُ مِنْ
النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ دَعَانَا النَّبِيُّ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَبَايَعْنَاهُ فَقَالَ فِيمَا أَخَذَ
عَلَيْنَا أَنْ بَايَعَنَا عَلَى السَّمْعِ وَالطَّاعَةِ فِي مَنْشَطِنَا
وَمَكْرَهِنَا وَعُسْرِنَا وَيُسْرِنَا وَأَثَرَةً عَلَيْنَا وَأَنْ لَا
نُنَازِعَ الْأَمْرَ أَهْلَهُ إِلَّا أَنْ تَرَوْا كُفْرًا بَوَاحًا
عِنْدَكُمْ مِنْ اللَّهِ فِيهِ بُرْهَانٌ
“Kami
masuk menemui ‘Ubadah B. ash-Shamit (ketika beliau terlantar sakit),
lalu kami pun berkata, “Semoga Allah memulihkan keadaan kamu,
khabarkanlah kepada kami satu hadis yang dengannya Allah memberi manfaat
kepadamu, yang telah engkau dengar daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa
Sallam.” Beliau pun berkata, “Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam
menyeru kami supaya membai’atnya.” Kemudian beliau berkata, “Di antara
perjanjian yang diambil daripada kami adalah supaya kami membai’atnya
untuk mendengar dan taat di ketika senang dan ketika susah, ketika sukar
dan ketika mudah, mengutamakan beliau (Nabi) berbanding diri kami
sendiri, tidak berebut (atau mengambil atau merampas atau mempersoalkan)
urusan kepimpinan daripada para pemiliknya melainkan sekiranya melihat
kekufuran yang nyata (pada diri pemimpin tersebut), di mana ada bukti
(yang boleh dipertanggungjawabkan) untuk kamu kemukakan kepada Allah.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab al-Fitan, 21/444, no. 6532. Shahih
Muslim, Kitab al-Imarah, 9/374, no. 3427)
Al-Kirmani menyatakan:
وفي
الحديث أن السلطان لا ينعزل بالفسق، إذ في عزله سبب للفتنة، وإراقة
الدماء، وتفريق ذات البين، فالمفسدة في عزله أكثر منها في بقائه
“Pada
hadis ini menjelaskan bahawa pemimpin (Sulthan) tidak terlucut
jawatannya dengan sebab kefasikannya. Kerana melucutkan jawatannya boleh
menyebabkan fitnah, pertumpahan darah, dan memecah-belahkan perpaduan.
Oleh itu, kerosakan yang timbul dari pemecatannya adalah lebih banyak
berbanding daripada ia kekal sebagai pemimpin.” (Khalid al-Anbari, Fiqh
as-Siyasah asy-Syar’iyyah, m/s. 166)
Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) berkata:
فهذا
أمر بالطاعة مع استئثار ولي الأمر، وذلك ظلم منه، ونَهى عن منازعة الأمر
أهله، وذلك نَهى عن الخروج عليه؛ لأن أهله هم أولو الأمر الذين أمر بطاعتهم
وهم الذين لهم سلطان يأمرون به
“Maka
ini adalah perintah supaya mentaati walaupun pemimpin tersebut zalim.
Kezaliman itu adalah daripada dirinya. Ia juga merupakan larangan dari
membantah arahan dari ahlinya (pemimpin). Dan ia adalah larangan keluar
(al-khuruj) dari ketaatan kepadanya serta ahlinya, iaitu para pemimpin
yang diperintahkan untuk ditaati dan mereka juga adalah orang-orang yang
memiliki kuasa untuk memerintahkan perkara tersebut.” (Ibnu Taimiyyah,
Minhajus Sunnah, 3/395 - Tahqiq Muhammad Rasyad Salim, Mu’assasah
al-Qurthubah)
Imam an-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) berkata:
ومعنى
الحديث لا تنازعوا ولاة الأمور في ولايتهم ولا تعترضوا عليهم إلا أن تروا
منهم منكرا محققا تعلمونه من قواعد الإسلام فإذا رأيتم ذلك فأنكروه عليهم
وقولوا بالحق حيث ما كنتم وأما الخروج عليهم وقتالهم فحرام بإجماع المسلمين
وإن كانوا فسقة ظالمين
“Dan
makna hadis ini adalah, jangan kamu menentang kekuasaan ulil amri
(pemimpin) dan janganlah kamu membangkang melainkan apabila kamu melihat
kemungkaran yang nyata daripada mereka, yang kamu ketahui bahawa
perkara tersebut termasuk tunjang-tunjang Islam (min qowaa’idil Islaam).
Apabila kamu melihat seperti itu, maka ingkarilah dan sampaikanlah yang
benar di mana pun kamu berada. Adapun memisahkan diri keluar dari
ketaatan kepadanya dan memusuhi (atau memerangi) mereka, adalah haram
berdasarkan ijma’ muslimin (umat Islam), walaupun pemimpin tersebut
termasuk orang-orang yang fasiq lagi zalim.” (Imam an-Nawawi, Syarah
Shahih Muslim, 12/229. Turut disebutkan oleh al-Hafiz Ibnu Hajar di
dalam Fathul Bari, 13/8)
Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H) menambahkan (setelah menukil perkataan Imam an-Nawawi di atas):
وقال غيره المراد بالإثم هنا المعصية والكفر فلا يعترض على السلطان إلا إذا وقع في الكفر الظاهر
“Dan
telah berkata para ulama selain beliau (an-Nawawi), “Bahawasannya yang
dimaksudkan dengan dosa adalah kemaksiatan dan kekufuran. Maka dari itu,
tidak dibolehkan melakukan penentangan ke atas sultan melainkan apabila
ia telah terjatuh ke dalam kekufuran yang nyata (telah kafir secara
terang-terangan tanpa dapat ditakwil - pen.).” (Ibnu Hajar, Fathul Bari
Syarah Shahih al-Bukhari, 13/8)
Beliau seterusnya berkata lagi:
والذي
يظهر حمل رواية الكفر على ما إذا كانت المنازعة في الولاية فلا ينازعه بما
يقدح في الولاية الا إذا ارتكب الكفر وحمل رواية المعصية على ما إذا كانت
المنازعة فيما عدا الولاية فإذا لم يقدح في الولاية نازعه في المعصية بأن
ينكر عليه برفق ويتوصل الى تثبيت الحق له بغير عنف ومحل ذلك إذا كان قادرا
والله أعلم
“Dan
yang jelas adalah membawa riwayat (yang menyatakan tentang) kekafiran
dalam konteks bolehnya merebut atau mengambil kekuasaan, sehingga tidak
boleh dirampas semata-mata kerana adanya faktor yang mencemarkan
kekuasaannya tersebut, melainkan sekiranya ia melakukan kekafiran. Dan
membawa riwayat (yang menjelaskan berkaitan) kemaksiatan untuk merampas
urusan di luar kekuasaan. Apabila kekuasannya tidak dicemari (dengan
kekafiran), tetapi di sudut yang lain ia terkena suatu kemaksiatan, maka
cara menghilangkannya adalah dengan tatacara yang lemah-lembut dan
menyampaikan kebenaran kepadanya tanpa kekerasan. Itu adalah sekiranya
ia mampu. Wallahu a’lam.
ونقل بن التين عن الداودي قال الذي عليه العلماء في أمراء الجور أنه إن قدر على خلعه بغير فتنة ولا ظلم وجب والا فالواجب الصبر
Dan
dinukil daripada Ibnu at-Tiin daripada ad-Dawudi bahawasanya beliau
berkata, “Yang menjadi kewajiban ulama kepada para pemimpin yang zalim
sekiranya ia mampu untuk menurunkannya dari kedudukannya tanpa
menimbulkan fitnah dan kezaliman, maka ia wajib melakukannya.
Sebaliknya, sekiranya tidak mampu, maka wajib untuk bersabar.”
Di
sini perlu kita fahami bahawa seseorang pemerintah boleh digugurkan
jawatan kepimpinannya sama ada oleh Ahlul hal wal-‘aqd (badan khas
syura) atau dirinya sendiri yang meletakkan jawatan dengan sukarela.
Ahlu hal wal-‘aqd berhak menggugurkan jawatan kepimpinan seseorang
pemerintah atas sebab-sebab yang tertentu yang wajar. Ia dilaksanakan
oleh badan khas tersebut (Ahlul hal wal-‘aqd) selagi mana ia dapat
berlaku dengan aman, terhindar dari maksiat (unsur-unsur terlarang dari
sudut syara’), terjaga dari fitnah (perpecahan), pergolakkan,
pertumpahan darah, serta huru-hara. Dan sama sekali ia bukan urusan
orang awam.
وعن
بعضهم لا يجوز عقد الولاية لفاسق ابتداء فان أحدث جورا بعد أن كان عدلا
فاختلفوا في جواز الخروج عليه والصحيح المنع إلا أن يكفر فيجب الخروج عليه
Dan
daripada selainnya, “Kaedah asalnya, tidak dibolehkan untuk memberi
kekuasaan (atau kepimpinan) kepada orang yang fasiq. Apabila ia
melakukan kezaliman di mana pada awalnya ia adalah seorang (pemimpin)
yang ‘adil, maka mereka (para ulama) berbeza pendapat berkenaan bolehnya
keluar dari ketaatan kepadanya. Dan yang benar adalah larangan untuk
keluar dari ketaatan kepadanya (memberontak) melainkan apabila ia telah
kafir. Maka dalam perkara ini (apabila ia kafir) wajib untuk keluar dari
ketaatan kepadanya.” (Ibnu Hajar, Fathul Bari Syarah Shahih al-Bukhari,
13/8)
Badruddin al-‘Aini al-Hanafi (Wafat: 855H) menjelaskan ketika mensyarahkan hadis tersebut:
وقال الكرماني الظاهر أن الكفر على ظاهره
Dan
al-Kirmani berkata, “Secara tekstualnya, kufur yang dimaksudkan di sini
adalah kufur secara zahirnya (kufur yang terang-terangan atau kufur
akbar yang dapat jelas difahami - pen.).” (al-Aini, ‘Umdatul Qari Syarah
Shahih al-Bukhari, 35/111)
Al-Khaththabi berkata berkenaan kalimat kufran bawaahan (sebagaimana dalam hadis tersebut),
معنى قوله بواحا يريد ظاهرا باديا من قولهم باح بالشيء يبوح به بوحا وبواحا إذا أذاعه وأظهره
“Makna
kata bawaahan (بواحا) adalah suatu kehendak atau keinginan yang
dizahirkan dengan jelas (tidak disembunyikan). Kata ini berasal dari
kalimat baaha bisyai’in (باح بالشيء), ertinya sesuatu yang diumumkan (ditonjolkan atau diisytiharkan) dan dizahirkan.” (Ibnu Hajar, Fathul Bari, 13/8)
Daripada ‘Abdullah B. ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma, beliau mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
مَنْ خَلَعَ يَدًا مِنْ طَاعَةٍ لَقِيَ اللَّهَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لَا حُجَّةَ لَهُ
“Sesiapa
yang melepaskan ketaatan daripada pemimpin, dia akan bertemu dengan
Allah pada hari kiamat tanpa memiliki hujjah (alasan).” (Hadis Riwayat
Muslim, Shahih Muslim, 9/393, no. 3441)
Juga daripada ‘Abdullah B. ‘Umar, bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
إِنَّ الْغَادِرَ يُنْصَبُ لَهُ لِوَاءٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَيُقَالُ هَذِهِ غَدْرَةُ فُلَانِ بْنِ فُلَانٍ
“Bahawasanya
setiap orang yang mengkhianati pemimpin, ia akan diberikan bendera pada
hari kiamat, lalu dikatakan kepadanya bahawa inilah bukti pengkhianatan
si fulan bin fulan (terhadap pemimpin).” (Hadis Riwayat al-Bukhari,
19/156, no. 5710)
Para
ulama menjelaskan bahawa bolehnya untuk keluar dari ketaatan dan
memerangi penguasa adalah apabila penguasa tersebut telah melakukan
kekufuran (kufur akbar) yang menyebabkan ia menjadi kafir. Itulah yang
disimpulkan oleh Ibnu Hajar setelah membawakan beberapa riwayat tentang
lafaz hadis (kufran bawaahan, kufran shuraahan, ma’shiyatallaahi
bawaahan, dan itsmin bawaahan). Lafaz-lafaz hadis tersebut saling
menjelaskan di antara satu dengan yang lain. Lafaz kufur lebih khusus
(spesifik) daripada lafaz maksiat ataupun dosa. Perkataan Imam an-Nawawi
sebagaimana tertulis di atas (iaitu perkataannya, “kecuali apabila kamu
melihat kemungkaran yang nyata daripada mereka, yang kamu ketahui
bahawa perkara tersebut termasuk tunjang-tunjang Islam (min qowaa’idil
Islaam)” maka ini juga tetap tidak bertentangan dengan makna kufur.
Sesiapa
yang melakukan maksiat dan bid’ah yang jelas padanya termasuk dalam
perkara tunjang-tunjang agama (Islam), yang padanya telah diketahui dan
difahami bahawa ia boleh menjadikannya jatuh ke dalam kekafiran, maka
maksiat dan bid’ah itu juga termasuk perbuatan kufran bawaahan.
Dalam
perkara ini, untuk mengkhususkan dan menjatuhkan hukuman kafir kepada
seseorang, ianya memerlukan perincian yang sangat ketat.
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) memberi peringatan:
وَلَيْسَ
لِأَحَدِ أَنْ يُكَفِّرَ أَحَدًا مِنْ الْمُسْلِمِينَ وَإِنْ أَخْطَأَ
وَغَلِطَ حَتَّى تُقَامَ عَلَيْهِ الْحُجَّةُ وَتُبَيَّنَ لَهُ
الْمَحَجَّةُ وَمَنْ ثَبَتَ إسْلَامُهُ بِيَقِينِ لَمْ يَزُلْ ذَلِكَ
عَنْهُ بِالشَّكِّ ؛ بَلْ لَا يَزُولُ إلَّا بَعْدَ إقَامَةِ الْحُجَّةِ
وَإِزَالَةِ الشُّبْهَةِ
“Dan
tidak boleh bagi sesiapa pun untuk mengkafirkan seseorang muslim
walaupun dia salah atau keliru, sehingga ditegakkan hujjah kepadanya dan
hujjah yang disampaikan adalah jelas lagi difahami. Maka sesiapa pun
yang telah menetapkan keislaman bagi dirinya dengan yakin, ketetapan
tersebut tidak dapat dibatalkan dengan sebab keraguan yang ada padanya.
Bahkan ia tetap di atas islam melainkan setelah ditegakkan hujjah
kepadanya dan telah hilang syubhat-syubhat yang bersarang dalam
fikirannya.” (Ibnu Taimiyyah, Majmu’ al-Fatawa, 12/466 - Daar al-Wafaa’)
Untuk lebih lanjut, sila baca tulisan penulis berkaitan bab ini, dengan tajuk “Merungkai Kaedah Takfir.”
Jika
kita memahami prinsip-prinsip ini dengan baik, maka apalah sangat jika
mahu dibandingkan dengan soal yang jauh lebih remeh dari musibah
kekafiran tersebut? Tidaklah isu seperti rasuah, tuduhan skandal,
kenaikan sekali-sekala harga bawang, bekalan gula tidak cukup, harga
minyak atau bahan api melambung, dan seumpamanya dapat menandingi
sebesar-besar kezaliman bernama syirik dan kekafiran.
Sehingga
sanggup menjadi pembangkang, memisahkan diri dari ketaatan terhadap
pemerintah, keluar pula ke jalan-jalan berdemonstrasi, serta naik ke
pentas-pentas pidato memaki-hamun dan mencanang aib pemerintah?
Tidak
cukup dengan itu, bercita-cita pula mengambil alih kuasa dan
mempertikaikan kredibiliti kepimpinan pihak pemerintah. Inikah alasan
yang hendak kita bawa di hadapan Allah nanti?
Hayatilah
sikap para sahabat dan ulama tabi’in ketika menghadapi musibah yang
jauh lebih besar ketika berhadapan pemerintah bernama ‘Abdul Malik B.
Marwan bersama gabernornya al-Hajjaj B. Yusuf ats-Tsaqafi. Bukan harga
barang yang jadi mainan, tetapi nyawa dan darah jadi taruhan. Lihatlah
bagaimana sikap mereka. Tidak lain, melainkan tetap taat dan mendengar
dalam hal-hal yang ma’ruf serta tidak bersikap terburu-buru dengan
keluar memisahkan diri dari ketaatan terhadap pemerintah.
Dan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri telah bersabda:
منْ خَلَعَ يَدًا مِنْ طَاعَةٍ لَقِيَ اللَّهَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لَا حُجَّةَ لَهُ
“Sesiapa
yang melepaskan ketaatan daripada pemimpin, dia akan bertemu dengan
Allah pada hari kiamat tanpa memiliki hujjah (alasan).” (Hadis Riwayat
Muslim, Shahih Muslim, 9/393, no. 3441)
Wallahu a’lam.
Sekiranya Pemerintah Menjadi Kafir
Telah
ijma’ (disepakati) bahawa prinsip asas bagi sesebuah pentadbiran,
pemerintahan, dan kepimpinan umat Islam tidak boleh diserahkan kepada
orang kafir. Tetapi, bagaimana jika tiba-tiba pemerintah yang sedia ada
jatuh kafir (menjadi kafir) atau mengisytiharkan keluar daripada Islam
(murtad)?
Imam an-Nawawi rahimahullah menyebutkan:
قال القاضي عياض أجمع العلماء على أن الإمامة لا تنعقد لكافر
Berkata
al-Qadhi ‘Iyadh, “Para ulama telah sepakat (ijma’) bahawa kepimpinan
umat Islam tidak boleh diberikan (atau diserahkan) kepada orang kafir.”
(Imam an-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, 12/229)
Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah menyatakan:
وأما الكفار المستعمرون فلا طاعة لهم بل يجب الاستعداد التام مادة ومعنى لطردهم وتطهير البلاد من رجسهم
“(Sekiranya
tiba-tiba negara dikuasai oleh penguasa kafir) Ada pun terhadap
penguasa yang kafir tersebut, maka kita tidak wajib taat. Malah, menjadi
kewajiban kita untuk bersungguh-sungguh mempersiapkan diri, sama ada
moral mahu pun material untuk mengusir mereka sehingga tidak ada lagi
kekotoran di negeri kita.” (al-Albani, Takhrij al-‘Aqidah
ath-Thahawiyah, m/s. 69)
Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah berkata:
انه
ينعزل بالكفر إجماعا فيجب على كل مسلم القيام في ذلك فمن قوي على ذلك فله
الثواب ومن داهن فعليه الإثم ومن عجز وجبت عليه الهجرة من تلك الأرض
“Bahawa
mencabut ketaatan, menjatuhkan, atau melucutkan seseorang pemimpin
kerana sebab kekufurannya adalah suatu yang ijma’ (disepakati para
ulama). Maka wajib bagi setiap muslim untuk melakukan perkara tersebut.
Sesiapa yang mampu melakukanya, maka ia mendapat pahala. Sesiapa yang
tidak mahu melakukannya (sedangkan dia mampu), maka ia mendapat dosa.
Dan sesiapa yang lemah (tidak memiliki kemampuan), maka ia wajib
berhijrah meninggalkan negeri tersebut.” (Ibnu Hajar, Fathul Bari Syarah
Shahih al-Bukhari, 13/123)
Dalam Syarah Shahih Muslim, Imam an-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) menukilkan perkataan al-Qadhi ‘Iyadh. Katanya:
أجمع
العلماء على أن الإمامة لا تنعقد لكافر وعلى أنه لو طرأ عليه الكفر انعزل
قال وكذا لو ترك إقامة الصلوات والدعاء إليها قال وكذلك عند جمهورهم البدعة
قال وقال بعض البصريين تنعقد له وتستدام له لأنه متأول
قال
القاضي فلو طرأ عليه كفر وتغيير للشرع أو بدعة خرج عن حكم الولاية وسقطت
طاعته ووجب على المسلمين القيام عليه وخلعه ونصب أمام عادل أن أمكنهم ذلك
فإن لم يقع ذلك الا لطائفة وجب عليهم القيام بخلع الكافر ولا يجب في
المبتدع إلا إذا ظنوا القدرة عليه فإن تحققوا العجز لم يجب القيام وليهاجر
المسلم عن أرضه إلى غيرها ويفر بدينه
“Para
ulama telah sepakat (ijma’) bahawa kepimpinan umat Islam tidak boleh
diberikan (atau diserahkan) kepada orang kafir. Jika asalnya dia muslim
(ketika menjadi pemimpin) lalu dia murtad maka dia harus dilucutkan.
Begitu juga sekiranya dia mengabaikan solat dan seruan untuk
melaksanakannya. Menurut jumhur ulama, apabila pemimpin tersebut
melakukan bid’ah maka ia harus diturunkan. Beberapa ulama Bashrah
menyatakan bahawa dia sah menjadi pemimpin dan dipertahankan kerana dia
memiliki takwilan dalam perbuatan bid’ah yang dia lakukan.”
Beliau
berkata lagi, “Sekiranya pemimpin berubah menjadi kafir dan mengubah
syari’at atau melakukan bid’ah, maka dia keluar dari garis kepimpinan
dan gugurlah kewajiban taat kepadanya. Lalu umat Islam wajib bertindak
ke atasnya, melucutkan jawatannya, dan melantik pemimpin baru yang adil
sekiranya itu benar-benar dapat dilaksanakan (iaitu apabila benar-benar
memiliki kemampuan). Jika perkara tersebut tidak dapat dilakukan (tidak
mampu) melainkan bagi suatu kelompok, maka wajib ke atas mereka untuk
menjatuhkan orang kafir dari kedudukannya sebagai pemimpin. Dan tidak
wajib bagi kes pemimpin yang melakukan bid’ah melainkan sekiranya mampu.
Tetapi sekiranya lebih kuat kemungkinan tidak mampu melaksanakan semua
perkara tersebut, maka ia menjadi tidak wajib dan umat Islam wajib untuk
berhijrah dari negerinya ke negeri yang lain. Hendaklah ia lari
mempertahankan agamanya. Dan kepimpinan tersebut tidak sepatutnya
diberikan kepada orang yang fasiq sejak dari awal.” (Syarah Shahih
Muslim, 12/229)
Maksud
“telah mengubah syariat atau terjatuh dalam bid’ah” yang disebutkan
oleh al-Qadhi ‘Iyadh di atas adalah merujuk kepada perbuatan
bertentangan syari’at yang membawa kepada kekafiran. Iaitu bid’ah yang
menjatuhkan kedudukan pelakunya menjadi kafir.
Persoalan
menjatuhkan pemerintah atas sebab perbuatan bid’ah yang dilakukannya
ini ada disentuh oleh al-Hafiz Ibnu Hajar ketika mengulas perkataan Ibnu
at-Tiin sebagaimana berikut:
وما
أدعاه من الإجماع على القيام فيما إذا دعا الخليفة إلى البدعة مردود الا
ان حمل على بدعة تؤدي إلى صريح الكفر والا فقد دعا المأمون والمعتصم
والواثق إلى بدعة القول بخلق القرآن وعاقبوا العلماء من أجلها بالقتل
والضرب والحبس وانواع الاهانة ولم يقل أحد بوجوب الخروج عليهم بسبب ذلك
“Adapun
perkataannya tentang kesepakatan bangkit menentang pemerintah apabila
ia mengajak kepada bid’ah adalah pernyataan yang tertolak (mardud).
Melainkan apabila ia difahami sebagai bid’ah yang jelas mengakibatkan
kekufuran, kerana pemerintah seperti al-Ma’mun, al-Mu’tashim, dan
al-Watsiq (ketika zaman Imam Ahmad – pen.) telah mengajak kepada bid’ah
al-Qur’an itu makhluk. Mereka juga menghukum para ulama kerana
mengingkari perkara tersebut sama ada dengan dibunuh, dipukul,
dipenjara, dan pelbagai bentuk lagi jenis penghinaan. Tetapi tidak ada
seorang ulama pun yang mengatakan wajib bangkit menentang mereka
(pemimpin) dengan sebab bid’ah tersebut.” (Fathul Bari, 13/116)
Seterusnya, kata Syaikh Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin rahimahullah:
“Kita
tidak dibolehkan serta-merta terus memberontak, walaupun telah jelas
padanya kekufuran yang ianya memiliki dalil daripada Allah (yang boleh
dipertanggungjawabkan) melainkan sekiranya telah jelas padanya memiliki
kemaslahatan (kebaikan, kemampuan, dan keupayaan).
Tidak
termasuk maslahah (kebaikan) sekiranya hanya kelompok yang kecil dengan
senjata yang tidak seberapa untuk menghadapi sebuah kuasa negara yang
lengkap dengan bala tentera dan persenjataannya. Ini kerana ia hanya
akan mengakibatkan pertumpahan darah dan menghalalkan yang haram
(mengakibatkan pelbagai kerosakan dan terkorbannya jiwa yang tidak
berdosa dari kalangan orang awam, kanak-kanak, wanita, dan warga tua -
pent.), tanpa mendatangkan hasil. Sedangkan pada awalnya, mereka
menghendaki keburukkan penguasa diubah, sebagaimana pemberontakkan yang
dilakukan kaum khawarij di zaman Khulafa’ur Rasyidin radhiyallahu
‘anhum. Sehingga zaman ini, di mana yang terhasil hanyalah keburukkan
dan kehancuran yang tidak diketahui sesiapa pun melainkan oleh Allah,
Tuhan para makhluk.
Namun,
sebahagian pihak tetap menyalakan api kebencian di hati-hati mereka,
kemudian mereka melakukan pelbagai jenis aksi atau tindakan yang buruk
hasilnya. Ini adalah kesalahan yang besar.
Jadi
kita bertanya, sekiranya demikian, apa ukuran kekufuran kerana
sebahagian kelompok ada yang menganggap kafir manakala sebahagian yang
lainnya tidak?
Jawabnya,
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah memberi tanda aras yang
penting melalui perkataannya, iaitu “Kufran Bawaahan” (kekufuran yang
jelas nyata) yang tidak lagi dapat ditakwil dengan maksud yang lain,
seperti contohnya kamu melihat mereka sujud kepada patung, mendengar
secara langsung dia mencela Allah atau Rasul-Nya atau yang seumpamanya
(walaupun hujjah telah ditegakkan secara syar’i - pent.).” (Syaikh Ibnu
al-‘Utsaimin, Syarah al-Arba’in an-Nawawiyyah, perbahasan hadis no. 7)
Syaikh ‘Abdul Aziz B. ‘Abdullah B. Baaz Rahimahullah (Mufti Arab Saudi pada hayatnya), beliau berkata:
فيترتب
على الخروج على ولاة الأمور فساد عظيم وشر كثير، إلا إذا رأى المسلمون
كفرا بواحا عندهم من الله فيه برهان، فلا بأس أن يخرجوا على هذا السلطان
لإزالته إذا كان عندهم قدرة، أما إذا لم يكن عندهم قدرة فلا يخرجوا، أو كان
الخروج يسبب شرا أكثر فليس لهم الخروج؛ رعاية للمصالح العامة.
والقاعدة
الشرعية المجمع عليها: (أنه لا يجوز إزالة الشر بما هو أشر منه، بل يجب
درء الشر بما يزيله أو يخففه). أما درء الشر بشر أكثر فلا يجوز بإجماع
المسلمين، فإذا كانت هذه الطائفة التي تريد إزالة هذا السلطان الذي فعل
كفرا بواحا عندها قدرة تزيله بها، وتضع إماما صالحا طيبا من دون أن يترتب
على هذا فساد كبير على المسلمين، وشر أعظم من شر هذا السلطان فلا بأس، أما
إذا كان الخروج يترتب عليه فساد كبير، واختلال الأمن، وظلم الناس، واغتيال
من لا يستحق الاغتيال... إلى غير هذا من الفساد العظيم، فهذا لا يجوز، بل
يجب الصبر، والسمع والطاعة في المعروف، ومناصحة ولاة الأمور، والدعوة لهم
بالخير، والاجتهاد في تخفيف الشر وتقليله وتكثير الخير. هذا هو الطريق
السوي الذي يجب أن يسلك؛ لأن في ذلك مصالح للمسلمين عامة، ولأن في ذلك
تقليل الشر وتكثير الخير، ولأن في ذلك حفظ الأمن وسلامة المسلمين من شر
أكثر. نسأل الله للجميع التوفيق والهداية.
“...
Mengambil tindakan keluar dari ketaatan terhadap pemimpin adalah
kefasadan yang besar dan menimbulkan keburukan yang banyak. Kecuali
apabila umat Islam melihat dengan jelas pada pemimpin itu terdapat
kekafiran yang nyata di mana mereka memiliki bukti (dalil) daripada
Allah Subhanahu wa Ta’ala berkenaan perkara tersebut. Maka atas sebab
itu, mereka dibenarkan keluar dari ketaatan kepada pemimpin tersebut
untuk menggantikannya apabila mereka memiliki kekuatan (kemampuan).
Tetapi sekiranya mereka tidak memiliki kekuatan, maka janganlah mereka
keluar, atau apabila tindakan keluar mereka itu akan menimbulkan
kerosakan yang lebih besar maka mereka juga tidak boleh keluar sebagai
langkah menjaga (atau mendahulukan) kemaslahatan umat Islam secara umum.
(Berkenaan
perkara ini) Terdapat kaedah syari’at yang telah ditetapkan dengan
kesepakatan (ijma’), iaitu “Tidak boleh menghilangkan suatu keburukan
dengan menimbulkan keburukan lain yang lebih besar lagi.” Sebaliknya apa
yang sepatutnya adalah menolak keburukan tersebut dengan perkara yang
dapat menghilangkan keburukan tersebut atau sekurang-kurangnya
meringankannya. Adapun menolak kerosakan dengan perkara yang dapat
menimbulkan kerosakan (atau keburukan) yang lebih besar maka ia tidak
boleh dilakukan berdasarkan ijma’ kaum Muslimin. Dan sekiranya kelompok
yang ingin melucutkan pemimpin yang telah dihukum kafir (dengan bukti
yang benar) dan mereka memiliki kemampuan untuk melakukannya, dan mampu
juga untuk menggantikannya dengan pemimpin yang soleh dan baik, dengan
tidak mengakibatkan keburukan yang lebih besar kepada umat Islam dan
keburukan yang lebih dahsyat dari keburukan penguasa, maka itu
dibenarkan. Tetapi apabila keluar dari ketaatan kepada pemimpin akan
menimbulkan keburukan yang besar dan menyebabkan hilangnya keamanan,
menzalimi masyarakat, terbunuhnya orang-orang yang tidak bersalah, serta
yang lain-lainnya yang seumpama dari bentuk-bentuk keburukan yang
besar, maka ini tidak dibenarkan. Sebaliknya perlu bersabar, mendengar
dan taat dalam perkara-perkara yang ma’ruf dan berusaha menasihati
pemimpin, mendoakannya (atau mendakwahinya) dengan kebaikan, serta
berusaha sedaya upaya menghilangkan serta mengurangkan keburukan dengan
cara memperbanyakkan kebaikan. Inilah jalan (atau kaedah) yang tepat
yang sepatutnya diambil kerana padanya terdapat kemaslahatan untuk umat
Islam secara umum. Dan kerana padanya mengandungi usaha mengurangkan
keburukan dengan cara menambahkan kebaikan. Juga kerana padanya terdapat
usaha menjaga (memelihara) keamanan dan keselamatan umat Islam dari
keburukan yang lebih banyak. Kepada Allah jualah kita memohon taufiq dan
hidayah-Nya.” (‘Abdul ‘Aziz B. Baaz, Majmu’ Fatawa wa Maqalat
Munawi’ah, 8/203-204 - Daar al-Qasim Linnasyr, Riyadh. Rujuk juga
website rasmi beliau: http://www.binbaz.org.sa/mat/21270)
Bagi
menutup perbahasan ini, penulis bawakan nasihat daripada Syaikh ‘Abdul
Latif B. ‘Abdurrahman Alu Syaikh rahimahullah sebagai renungan.
Khususnya untuk kumpulan-kumpulan tertentu yang terus bersikap keras dan
degil mempertikaikan keabsahan kewajiban mentaati pemerintah. Berikut
teks nasihat beliau:
“Orang-orang
yang terfitnah ini tidaklah mengetahui, mereka tidak membaca tarikh
(sejarah) bahawa majoriti penguasa umat Islam semenjak jatuhnya Yazid B.
Mu’awiyah (melainkan beberapa orang seperti ‘Umar B. ‘Abdul ‘Aziz)
kesemuanya adalah penguasa yang banyak melakukan kezaliman dan
kemungkaran yang menyelisihi agama Allah. Sekiranya mereka mahu membuka
tarikh (kitab-kitab sejarah) umat Islam semenjak itu. Tetapi, apa yang
lebih penting bukanlah cerita tersebut, melainkan melihat apa sikap
ulama, apa tindakan para a’immah ahlus sunnah wal-jama’ah di waktu
tersebut dari masa ke semasa, yang mereka hidup di bawah kepimpinan para
penguasa yang zalim dan menindas. Lihatlah ia sebagai contoh dan cermin
bagi kita. Dan sikap mereka masyhur dan ma’ruf (dikenali) adanya.
Mereka tetap tidak melepaskan ketaatan dari penguasa tersebut dalam
urusan yang diperintahkan Allah dan Rasul-Nya untuk tetap menjalankan
syari’at Islam dan kewajiban-kewajiban agamanya di bawah kepimpinan
penguasa tersebut.
Aku
beri contoh seperti al-Hajjaj B. Yusuf ats-Tsaqafi, dan siapa yang
tidak mengenali beliau yang memang terkenal dengan kezalimannya,
kebengisannya, kekejamannya, bahkan sangat bermudah-mudah untuk membunuh
dan menumpahkan darah umat Islam. Itu telah ma’ruf (dimaklumi) siapa
Hajjaj. Bahkan terkenal pula banyak melanggar larangan-larangan Allah.
Bahkan beliau berani membunuh begitu ramai manusia terbaik umat ini,
seperti Said Ibn Jubair, seorang tokoh ‘alim di masa tabi’in, yang
merupakan murid Ibnu ‘Abbas. Lebih keji dari itu, beliau berani
mengepung ‘Abdullah B. Az-Zubair B. Al-Awwam (radhiyallahu ‘anhu) di
ketika berlindung diri di Masjidil Haram, di Ka’abah. Seorang sahabat,
anak seorang sahabat pula. Dia tidak mempedulikan keharaman Masjidil
Haram dan keharaman Ka’abah. Beliau membunuh ‘Abdullah B. Az-Zubair.
Padahal Ibnu az-Zubair telah memberikan bai’atnya, bersedia taat
kepadanya dan dia dibai’at pula oleh penduduk Makkah yang ketika itu di
bawah kepimpinan ‘Abdullah B. Az-Zubair iaitu Madinah, Yaman, dan
majoriti penduduk Iraq. Sungguh, beliau bersedia untuk taat kepadanya
walaupun dikejar, dikepung dan dibunuh. Dan al-Hajjaj ini adalah seorang
panglima perang yang dipilih oleh ‘Abdul Malik B. Marwan dari Bani
Umayyah.
Tidak
satu pun dari para Khulafa’ (pemerintah sebelumnya) yang mewariskan,
memberi kepercayaan ke-khalifahan tersebut kepada Marwan (ayah ‘Abdul
Malik), tidak pula dipilih oleh Ahlul hal wal-‘aqdi (Ahli Syura). Hanya
kerana dia memiliki kekuatan, memiliki pengikut, akhirnya kekuasaan
berjaya dipegang olehnya. Sekali lagi, perkara tersebut tidaklah terlalu
penting, yang lebih penting adalah bahawa tidak ada satu pun dari
kalangan ulama yang tidak mahu taat dan patuh di bawah kepimpinan Marwan
atau pun anaknya, ‘Abdul Malik dalam menjalankan syari’at Islam di
bawah pentadbirannya.
Bahkan
seorang sahabat - ‘Abdullah B. ‘Umar B. Al-Khaththab (radhiyallahu
‘anhu), juga beberapa sahabat yang masih hidup di masa al-Hajjaj B.
Yusuf ats-Tsaqafi, kesemuanya memberikan kepatuhan dan ketaatan kepada
al-Hajjaj juga ‘Abdul Malik B. Marwan. Lebih penting bagi mereka adalah
tetap menjalankan syari’at Islam walaupun sedang berada di bawah
kepimpinan penguasa tersebut. Kriterianya, kerana dengan itu mereka
meyakininya sebagai bentuk kesempurnaan iman mereka. Demikian juga yang
pada masa itu terdapat para ulama dari kalangan tabi’in, seperti Sa’id
Ibnul Musayyib, Hasan al-Bashri, Muhammad B. Sirin, Ibrahim at-Taimi,
dan para ulama lainnya, semuanya sepakat untuk taat dan patuh di bawah
kepimpinannya.
Demikianlah,
sikap ini adalah agama yang diwariskan secara turun-temurun, dari
generasi ke generasi berikutnya dari para ulama salaf kepada ulama
berikutnya. Mereka selalu mengingatkan dan mewariskan untuk taat kepada
Allah, taat kepada Rasul-Nya, berjihad di jalan Allah bersama di bawah
seorang penguasa, seorang imam, sama ada soleh mahu pun fajir (jahat).
Ini adalah suatu yang ma’ruf dalam kitab-kitab ushuluddin
(prinsip-prinsip agama) dan kitab-kitab ‘aqidah yang ditulis oleh para
imam kita.
Selain
itu, demikian pula dengan sejarah Bani ‘Abbasiyah. Mereka berjaya
meraih kuasa dan menjadi pemimpin dengan kekuatan (pedang) pada waktu
tersebut. Mereka meraih ke tampuk kuasa bukanlah dengan bantuan atau
pilihan para ulama, tetapi dengan jalan ketenteraan (pemberontakan),
merebut kuasa daripada Bani Umayyah. Sama sahaja, pihak ‘Abbasiyah
berusaha meraih tampuk kuasa itu juga dengan banyak melakukan kezaliman,
membunuh sekian banyak umat Islam, terutamanya daripada Bani Umayyah,
para menterinya, para gabernornya dan para penjawat (kakitangan) Bani
Umayyah tersebut. Mereka membunuh Ibnu Hubairah, gabernor Iraq ketika
itu. Mereka membunuh pula Khalifah Marwan.
Bahkan
dinukilkan pula di dalam sejarah bahawa as-Saffah (gelaran Khalifah
pertama Bani ‘Abbasiyah) dalam masa satu hari ketika dia berjaya merebut
kekuasaan dari Bani Umayyah, dengan tangannya dia membunuh lebih dari
80 orang. Mungkin orang akan berkata, “Masih wajar merampas kekuasaan,
ia adalah perkara biasa kerana demikianlah dalam medan politik untuk
saling merebut dan saling bercita-cita (berusaha) untuk mendapatkan
kekuasaan tersebut”.
Bukan
sekadar itu, setelah dia bunuh lebih daripada lapan puluh orang Bani
Umayyah tersebut, Abul ‘Abbas memerintahkan kepada anak buahnya supaya
mayat-mayat tersebut dikumpulkan dan dihimpunkan (ditimbunkan), kemudian
dia meminta alas seperti tikar yang diletakkan di atas timbunan mayat
tersebut dan dia meminta pula didatangkan hidangan makanan dan minuman.
Lalu dia makan daging dan minum-minuman yang lazat serta makanan yang
enak di atas himpunan mayat Bani Umayyah. Demikianlah sejarah yang telah
berlaku. Yang lebih penting dan lebih besar dari itu adalah:
Apakah
sikap dan tindakan para ulama, para imam seperti al-Auza’i? Di zaman
tersebut hidup al-Auza’i, Malik B. Anas, az-Zuhri Ibnu Syihab, Laits B.
Sa’d, Atha’ B. Abi Rabbah, mereka adalah tokoh-tokoh ulama besar. Sikap
mereka jelas, tidak menjadi keraguan bagi orang yang mahu
mempelajarinya, di mana mereka tetap taat, tetap beribadah, tetap
menjalankan syari’at Islam di bawah kepimpinan penguasa seperti itu.
Kemudian
generasi berikutnya dari kalangan ahli ilmu seperti Ahmad B. Hanbal,
Muhammad B. Ismail al-Bukhari, Muhamamd B. Idris asy-Syafi’i, Ahmad B.
Nuh, Ishaq B. Rohuyah (atau Rahawaih), dan para ulama lainnya. Di masa
mereka para pemimpinnya banyak melakukan kemungkaran, bahkan kemungkaran
yang besar, iaitu dalam soal prinsip-prinsip agama ini, mengingkari
sifat-sifat Allah (Tauhid al-Asma’ wa ash-Shifat). Bahkan yang lebih
dahsyat lagi, para penguasa tersebut mengajak malah mewajibkan rakyatnya
untuk mentaati (mengikuti) bid’ah tersebut.
Akhirnya
para ulama mendapat ujian besar dan tidak sedikit yang terbunuh
disebabkannya, seperti imam Ahmad B. Nasr (di masa Imam Ahmad). Sekali
lagi, tidak kita dapati dari para ulama tersebut menentang, melawan, dan
melepaskan ketaatan kepada penguasanya.
Demikianlah
nasihat daripada Syaikh ‘Abdul Latif Alu Syaikh rahimahullah.” (Rujuk:
ad-Durar as-Sunniyyah fil Ajwibah an-Najdiyah, 7/177-178. Syaikh
‘Abdussalam B. Barjas, Mu’ammalatul Hukkam fii Dhau’il Kitab wa
as-Sunnah, m/s. 7-6)
Demikianlah
prinsip-prinsip yang ditetapkan oleh agama berdasarkan nash-nash yang
sahih di atas kefahaman para ulama ahlus sunnah wal-jama’ah dalam urusan
mentaati pemimpin umat Islam. Wajib bersama-sama mereka di dalam
kesatuan di bawah pentadbiran mereka. Tidak boleh memisahkan diri dan
bertindak sebagai pembangkang serta memberontak dalam kepimpinan mereka
walaupun mereka bertindak zalim dan melakukan maksiat atau kefasikan.
Wajib mentaati ketetapan dan melaksanakan arahan mereka selagi mana
bukan dalam urusan maksiat. Tidak ada ketaatan dalam urusan maksiat,
namun tidak juga boleh menafikan dan menidakkan kedudukan mereka sebagai
pemimpin (tidak boleh mempertikaikan kepimpinannya secara terbuka).
Namun,
dalam keadaan yang lain, sesiapa yang tetap mentaati dan sengaja
bertindak menolong penguasa dalam urusan yang maksiat dan kezaliman,
maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah pun menegaskan
bahawa mereka bukanlah dari golongan yang mengikuti prinsip-prinsip
ahlus sunnah wal-jama’ah sebagaimana petunjuk Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wa Sallam dalam bermu’amalah terhadap pemerintah. Sekaligus
mereka diancam dengan ancaman tidak akan bersama-sama Rasulullah di
akhirat kelak. Ini adalah sebagaimana hadis beliau berikut (daripada
Ka’ab B. ‘Ujrah radhiyallahu ‘anhu):
إِنَّهُ
سَتَكُونُ بَعْدِي أُمَرَاءُ مَنْ صَدَّقَهُمْ بِكَذِبِهِمْ وَأَعَانَهُمْ
عَلَى ظُلْمِهِمْ فَلَيْسَ مِنِّي وَلَسْتُ مِنْهُ وَلَيْسَ بِوَارِدٍ
عَلَيَّ الْحَوْضَ وَمَنْ لَمْ يُصَدِّقْهُمْ بِكَذِبِهِمْ وَلَمْ
يُعِنْهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَهُوَ مِنِّي وَأَنَا مِنْهُ وَهُوَ وَارِدٌ
عَلَيَّ الْحَوْضَ
“Sesungguhnya
akan ada setelah peninggalanku nanti para pemimpin, sesiapa yang
membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka, maka dia
bukan daripadaku dan aku bukan daripadanya dan dia tidak akan mendatangi
aku (pada Hari Kiamat nanti) di Haudh (Telaga di Syurga), dan sesiapa
yang tidak membenarkan pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman
mereka, maka dia daripada kalanganku dan aku daripada kalangannya dan
dia akan mendatangi aku (pada Hari Kiamat) di Haudh (Telaga di Syurga).”
(Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 30/50, no. 18126. Dinilai Sahih
isnadnya oleh Syaikh Syu’aib al-Arnauth. At-Tirmidzi, Sunan at-Tirmidzi,
8/214, no. 2185 dengan katanya: Sahih Gharib. An-Nasaa’i, Sunan
an-Nasaa’i, 13/117, no. 4136. Dinilai sahih oleh al-Albani, Shahih Sunan
an-Nasaa’i, 9/279, no. 4207)
Hikmah dan Kebaikan Di Sebalik Prinsip Mentaati Pemerintah
Prinsip-prinsip
dan kesepakatan ahlus sunnah wal-jama’ah dalam menetapkan kewajiban
mentaati pemerintah walaupun ia zalim dan fasiq ini memiliki banyak
maslahah (kebaikan), hikmah, dan keutamaan dalam memelihara
tujuan-tujuan syari’at (maqasid asy-Syar’iyyah). Ini sekaligus
menunjukkan bahawa agama Islam ini adalah agama rahmat, agama perpaduan,
dan agama yang memelihara pelbagai aspek perjalanan dalam kehidupan
manusia.
Di antara keutamaan dan hikmah di sebalik prinsip-prinsip tersebut adalah:
1.
Merealisasikan nash-nash al-Qur’an dan hadis-hadis Nabi Shallallahu
‘alaihi wa Sallam tentang kewajiban mentaati pemerintah sekaligus
mentaati dan meraih keredhaan Allah Subhanahu wa Ta’ala.
2.
Mengelakkan berlakunya pelbagai bentuk fitnah kepada agama. Seperti
perlanggaran lebih banyak syari’at apabila mengahadapi kemungkaran
pemerintah bukan dengan apa yang ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya.
3.
Menjaga kestabilan politik dan pentadbiran, menjaga perpaduan di
kalangan rakyat dan keamanan negara. Sekaligus mengelakkan perpecahan,
fitnah, dan huru-hara. Juga mengelakkan campur tangan musuh-musuh Islam
yang sentiasa mahu mengambil peluang menghancurkan umat Islam.
4.
Mengelakkan perebutan kuasa politik yang boleh mengakibatkan timbulnya
gangguan dalam sesebuah pentadbiran serta melahirkan suasana
kelam-kabut.
5.
Menjaga kredibiliti para pemimpin agar dihormati kedudukannya selaku
penguasa yang mentadbir dan menegakkan undang-undang bagi sesebuah
negara dan menjaga autoriti golongan ilmuan supaya tetap dipandang mulia
berdasarkan kapasiti ilmunya.
6.
Sekiranya pemerintah itu zalim, fasiq, dan jahat, maka keburukan
tersebut adalah urusan mereka dengan Allah dan Allahlah yang akan
membalasnya kelak. Adapun bagi umat Islam sebagai rakyat, maka bukan
urusan mereka untuk melibatkan diri dan menambahkan kemungkaran dengan
melepaskan ikatan ketaatan, memburuk-burukkannya di mimbar-mimbar pidato
dan media, sehingga akhirnya boleh mengakibatkan masyarakat keluar
memberontak kepada pemerintah. Sekaligus boleh mencetuskan suasana
tegang dan kemudharatan yang jauh lebih besar.
Prinsip-prinsip
ahlus sunnah wal-jama’ah yang tenang dan damai ini mampu menjadi
benteng yang ampuh bagi mengelakkan fitnah yang lebih besar serta
perkara yang lebih buruk berlaku berbanding apa yang telah sedia
terjadi. Sekaligus huru-hara, pertumpahan darah, dan gangguan kestabilan
politik dapat terus dielakkan.
Maka
di sini perlu kita fahami, setiap amar ma’ruf nahi mungkar yang hendak
dilaksanakan sama ada kepada pemerintah secara khusus atau masyarakat
secara umum, hendaklah diketahui terlebih dahulu kedudukan dan garis
panduannya. Ia tidak dilaksanakan dengan semberono dan sikap
terburu-buru. Setiap tindakan dalam bermu’amalah terhadap para pemimpin
mestilah dilakukan tanpa melanggar batas-batas dan prinsip-prinsip
mentaati pemerintah yang telah ditetapkan oleh dalil-dalil nabawi dan
kesepakatan Ahlus Sunnah wal-Jama’ah.
Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) menyatakan:
فإن الله تعالى بعث رسوله صلى الله عليه و سلم بتحصيل المصالح وتكميلها وتعطيل المفاسد وتقليلها
“Bahawasanya
Allah telah mengutuskan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam
sebagai pembawa maslahah (kebaikan), yang menyempurnakannya, membendung
pelbagai kerosakan, dan mengurangkannya.” (Minhajus Sunnah, 4/527)
Sekiranya
amar ma’ruf nahi mungkar dilaksanakan dengan tidak berdasarkan garis
panduan yang telah ditetapkan oleh wahyu, tidak pula dapat membuahkan
kebaikan, atau sebaliknya membenihkan lebih banyak keburukan pula, maka
wajarkah ia dinamakan sebagai amar ma’ruf nahi mungkar?
Imam Ibnul Qayyim rahimahullah menjelaskan perkara ini dengan agak panjang, antaranya sebagaimana berikut:
إن
النَّبِي صلى الله عليه و سلم شرع لأمته إيجاب إنكار المنكر، ليحصل
-بإنكاره- من المعروف ما يحبه الله ورسوله، فإذا كان إنكار المنكر يستلزم
ما هو أنكر منه وأبغض إلى الله ورسوله فإنه لا يسوغ إنكاره، وإن كان الله
يبغضه ويمقت أهله. وهذا كالإنكار على الملوك والولاة بالخروج عليهم، فإنه
أساس كل شر وفتنة إلى آخر الدهر، وقد استأذن الصحابة رسول الله صلى الله
عليه و سلم في قتال الأمراء الذين يؤخرون الصلاة عن وقتها، وقالوا: أفلا
نقاتلهم؟ فقال: لا، ما أقاموا الصلاة. ومن تأمل ما جرى على الإسلام من
الفتن الكبار والصغار رآها من إضاعة هذا الأصل، وعدم الصبر على منكر، فطلب
إزالته، فتولد منه ما هو أكبر منه، فقد كان رسول الله صلى الله عليه و سلم
يرى بمكة أكبر المنكرات ولا يستطيع تغييرها، بل لما فتح الله مكة وصارت دار
إسلام عزم على تغيير البيت، ورده على قواعد إبراهيم، ومنعه من ذلك -مع
قدرته عليه- خشية وقوع ما هو أعظم منه من عدم احتمال قريش لذلك لقرب عهدهم
بالإسلام، وكونِهم حديثي عهد بكفر، ولهذا لَم يأذن في الإنكار على الأمراء
باليد لما يترتب عليه من وقوع ما هو أعظم منه، كما وجد سواء
“Sesungguhnya
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah mensyari’atkan kepada ummatnya
tentang kewajiban mencegah atau membasmi kemungkaran. Ini bertujuan
meraih perkara yang ma’ruf yang dicintai oleh Allah dan Rasul-Nya dari
usaha-usaha tersebut. Tetapi jika perbuatan membasmi kemungkaran
tersebut akan membawa kepada perkara lain yang lebih mungkar lagi dan
lebih dibenci oleh Allah dan Rasul-Nya, maka membasmi kemungkaran tidak
perlu dilakukan walaupun Allah tetap membenci dan murka kepada pelaku
kemungkaran tersebut. Situasi ini adalah sama seperti mengingkari para
raja dan pemimpin dengan cara memberontak keluar dari ketaatan kepada
mereka. Bahawasanya ini adalah asas kepada setiap keburukan dan fitnah
sehingga akhir zaman. Para sahabat telah meminta izin Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wa Sallam untuk memerangi para pemimpin (amir) yang
melengah-lengahkan solat dari waktunya sambil berkata, “Adakah kita
tidak perangi sahaja mereka?” Maka Rasulullah pun menjawab, “Tidak,
selagi mana mereka masih tetap melaksanakan solat.”
Sesiapa
yang meneliti fitnah-fitnah yang besar dan kecil dalam sejarah umat
Islam, dia pasti akan mendapati bahawa fitnah-fitnah tersebut berpunca
dari pengabaian prinsip-prinsip ini dan tidak sabar dalam menghadapi
kemungkaran. Lalu mereka menuntut untuk menghapuskannya (dengan
terburu-buru). Maka timbullah perkara lain yang lebih besar dari fitnah
asal tersebut. Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam
telah melihat sebesar-sebesar kemungkaran ketika di Makkah dan beliau
tidak memiliki kemampuan untuk mengubahnya.
Sebaliknya
ketika Allah telah membuka Makkah dan ia telah menjadi wilayah Islam,
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bertekad untuk mengubah
Ka’abah dan mengembalikannya kepada bentuk asal sebagaimana yang dibina
oleh Nabi Ibrahim (‘alaihis Salam), tetapi beliau tidak melakukannya
walaupun telah berkuasa pada ketika itu. Ini adalah kerana kebimbangan
beliau dari berlakunya perkara-perkara buruk yang lebih besar kerana
orang-orang Quraisy pada ketika itu masih tidak dapat menerima perubahan
secara drastik disebabkan baru memeluk Islam dan masih baru mula untuk
meninggalkan kekufuran. Kerana sebab itulah, Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wa Sallam tidak mengizinkan untuk mengingkari para pemimpin
dengan kekuatan kerana akan mengakibatkan timbulnya keburukan yang lebih
besar lagi dari yang sedia ada.” (Ibnul Qayyim, I’lam al-Muwaqqai’in
‘an Rabb al-‘Alamin, 3/4 - Daar al-Jil)
Perbahasan
berkaitan menasihati dan melaksanakan amar ma’ruf nahi mungkar terhadap
pemerintah akan dibahaskan dalam tulisan seterusnya berjudul,
“Bagaimana Ahlus Sunnah Menasihati Pemerintah”.
Bantahan Terhadap Pendapat Yang Membolehkan Memerangi dan Menjatuhkan Pemerintah Yang Zalim dan Fasiq
Pendapat
yang menyatakan bolehnya memerangi atau menentang pemerintah yang zalim
dan fasiq adalah pendapat dari sebahagian kecil ulama Ahlus Sunnah
serta seluruh golongan Mu’tazilah, Khawarij, dan Zaidiyyah (Syi’ah).
Bahkan dalam keadaan-keadaan tertentu, mereka menyatakan bahawa tindakan
memerangi pemerintah adalah wajib. Ini sebagaimana yang disebut oleh
Imam Ibnu Hazm rahimahullah (Wafat: 456H). Beliau menyandarkan pendapat
ini kepada semua sahabat yang terlibat dalam fitnah ketika era
kekhalifahan ‘Ali, Mu’awiyyah, dan setelah itu seperti ketika terjadinya
peristiwa al-Hurrah, iaitu peristiwa pertembungan di antara kelompok
‘Abdullah B. Az-Zubair dengan ‘Abdul Malik B. Marwan. Ini juga diambil
daripada tindakan yang dilakukan oleh Ummul Mukminun ‘Aisyah yang keluar
pada perang Jamal bersama-sama Thalhah, az-Zubair dan selainnya yang
seumpama. (Rujuk: Ibnu Hazm al-Andalusi adz-Dzahiri, al-Fishal fil Milal
wa an-Nihal, 5/20 - Daar al-Jil)
Secara ringkas, perkara ini dijawab sebagaimana berikut:
1
– Para ulama Ahlus Sunnah tidak berhujjah dengan kesalahan yang berlaku
dalam peristiwa fitnah dan pertelingkahan yang melibahat sebahagian
para sahabat.
Imam Ibn Baththah rahimahullah (Wafat: 387H) menegaskan:
“Kita
wajib menahan diri dari pertikaian yang terjadi di antara sahabat
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Sebabnya, mereka telah melalui
pelbagai peristiwa bersama Rasulullah dan telah mendahului manusia yang
lain dalam soal keutamaan. Allah telah mengampuni mereka dan
memerintahkan supaya (umat Islam terkemudian) memintakan ampun untuk
mereka dan mendekatkan diri kepada-Nya dengan mencintai mereka. Semua
itu telah Allah wajibkan melalui lisan Rasul-Nya.
Allah
Maha Mengetahui terhadap apa yang bakal terjadi, bahawa mereka akan
saling berperang. Mereka memperolehi keutamaan daripada yang lainnya
kerana segala kesalahan dan kesengajaan mereka telah dimaafkan. Setiap
pertikaian yang terjadi di antara mereka telah diampuni.
Dari
itu, janganlah melihat (memberi perhatian) ulasan-ulasan tentang Perang
Siffin, Perang Jamal, pertikaian di Dewan (Bani Sa‘idah) dan selainnya
yang terjadi di antara mereka. Janganlah kamu tulis untuk diri kamu
sendiri atau orang lain. Janganlah kamu meriwayatkannya daripada seorang
jua dan jangan pula membaca serta menyampaikannya kepada orang lain.
Itulah perkara yang disepakati oleh para ulama umat Ini. Mereka sepakat
melarang perkara yang kami sebutkan (di atas).” (al-Syarh wa al-Ibanah
‘ala Ushul Ahli Sunnah wa ad-Diyanah, m/s. 268-269)
Imam Abu ‘Utsaman ash-Shabuni (Wafat: 449H) turut mengingatkan perkara ini dengan katanya:
“Mereka
(ulama ahli hadis) berpendapat supaya menahan diri dari urusan
pertikaian (pertelingkahan) para sahabat radhiyallahu ‘anhum,
membersihkan lisan dari memperkatakan tentang mereka yang mengandungi
makna meremehkan, menjatuhkan kehormatan mereka, dan sebaliknya wajib
menyayangi mereka semua dan berwala’ kepada mereka secara umum.”
(ash-Shabuni, ‘Aqidah as-Salaf wa Ashab al-Hadits, m/s. 101 - Daar
al-Manhaj)
2
– Kesalahan dan kesilapan yang berlaku di kalangan mereka bukanlah
perkara untuk dicontohi. Lebih-lebih lagi ia berlaku dengan sebab
kesamaran dan fitnah pada ketika itu. Dan ijtihad yang mereka lakukan
adalah demi meraih kemaslahatan dan perdamaian, bukan untuk peperangan.
3
– Para ulama Ahlus Sunnah wal-Jama’ah tidak membenarkan tindakan yang
diambil oleh mereka yang keluar pada era pemerintahan ‘Khalifah ‘Ali
radhiyallahu ‘anhu sehingga mengakibatkan peristiwa peperangan Jamal dan
Siffin. Ini kemudian diperjelaskan lagi dengan sikap ‘Aisyah
radhiyallahu ‘anha yang begitu menyesal dengan tindakannya tersebut.
Begitu juga dengan Mu’awiyah B. Abi Sufyan.
Imam adz-Dzahabi rahimahullah (Wafat: 784H) menjelaskan:
مَسِيْرَهَا
يَوْمَ الجَمَلِ، فَإِنَّهَا نَدِمَتْ نَدَامَةً كُلِّيَّةً، وَتَابَتْ
مِنْ ذَلِكَ، عَلَى أَنَّهَا مَا فَعَلَتْ ذَلِكَ إِلاَّ مُتَأَوِّلَةً،
قَاصِدَةً لِلْخَيْرِ، كَمَا اجْتَهَدَ طَلْحَةُ بنُ عُبَيْدِ اللهِ،
وَالزُّبَيْرُ بنُ العَوَّامِ، وَجَمَاعَةٌ مِنَ الكِبَارِ - رَضِيَ اللهُ
عَنِ الجَمِيْعِ
“Aisyah
telah mengakui kesalahannya keluar (melakukan perjalanan) sehingga
tercetusnya perang Jamal dan beliau sangat menyesali tindakannya
tersebut. Beliau bertaubat dari perbuatannya yang telah lalu yang asal
mulanya berniat mencari kebaikan sebagaimana ijtihad Thalhah B.
‘Abdullah dan az-Zubair al-‘Awwam serta para sahabat lainnya.”
(adz-Dzahabi, Siyar A’lam an-Nubala’, 2/193)
Bahkan
tujuan asal mereka asalnya sama sekali bukan untuk keluar melepaskan
ketaatan terhadap kekhalifahan ‘Ali radhiyallahu ‘anhu, bukan untuk
mempertikaikan kedudukannya, bukan untuk memberontak, apatah lagi untuk
memeranginya. Tetapi tujuan asal mereka asalnya adalah untuk mencari
perdamaian, membendung perpecahan dan menyelesaikan kemelut pembunuhan
‘Utsman. Pertembungan yang berlaku kemudiannya adalah dengan sebab
fitnah yang ditimbulkan oleh golongan ketiga dari puak khawarij
(pemberontak). Mereka sama sekali tidak pernah menginginkan peperangan
berlaku.
4
– Setelah berakhirnya peristiwa tersebut, fitnah yang sebelumnya samar
telah pun menjadi jelas. Para ulama telah menyebutkan berlakunya ijma’
kewajiban mentaati pemerintah walaupun mereka zalim dan fasiq. Ijma’ ini
berlaku setelah peristiwa fitnah dahsyat tersebut, terutamanya dalam
peristiwa al-Hurrah dan pemberontakan terhadap ‘Abdul Malik B. Marwan
pada fasa generasi tabi’in dan penghujung zaman sahabat. Ini telah
penulis sebutkan sebelumnya pada bahagian perbahasan ijma’ ahlus sunnah
wal-jama’ah. Sebahagaimana yang kita fahami bahawa fitnah dan kesamaran
tidak boleh menjadi dalil dan hujjah.
5
– Ijma’ tersebut diikat dengan sekian banyak dalil-dalil yang jelas
lagi khusus dalam persoalan ini. Dengan jelasnya dalil-dalil tersebut,
maka penghujahan dengan tindakan sebahagian para sahabat yang keluar
pada perang Jamal, Siffin, peristiwa al-Hurrah, dan seumpamanya sehingga
mengakibatkan pertembungan dengan pihak pemerintah adalah tidak tepat
lagi tertolak. Tertolaknya ijtihad tersebut diperkuatkan lagi dengan
pengingkaran majoriti sahabat yang lain dan ulama setelah mereka.
Sehinggalah prinsip ketaatan kepada pemerintah ini ditegaskan sebagai
ijma’ pada fasa tabi’in.
Selain
itu, sebahagian golongan penentang pemerintah ini turut berhujjah
dengan dalil-dalil berkaitan urusan amar ma’ruf nahi mungkar secara
umum. Sedangkan dalam persoalan mu’amalah dan amar ma’ruf nahi mungkar
terhadap pemerintah ini terdapat pengkhususan yang tersendiri
berdasarkan dalil-dalilnya. Sekaligus membezakan di antara kaedah amar
ma’ruf nahi mungkar secara umum dengan amar ma’ruf nahi mungkar terhadap
pemerintah. Bab ini penulis bahaskan secara khusus dalam siri
tersendiri dengan tajuk “Bagaimana Ahlus Sunnah wal-Jama’ah Menasihati Pemerintah.” Wallahu a’lam.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar