Firman Allah SWT:
] كَانَ
النَّاسُ أُمَّةً وَاحِدَةً فَبَعَثَ اللَّهُ النَّبِيِّينَ مُبَشِّرِينَ
وَمُنْذِرِينَ وَأَنْزَلَ مَعَهُمُ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ لِيَحْكُمَ
بَيْنَ النَّاسِ فِيمَا اخْتَلَفُوا فِيهِ وَمَا اخْتَلَفَ فِيهِ إِلا
الَّذِينَ أُوتُوهُ مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَتْهُمُ الْبَيِّنَاتُ بَغْيًا
بَيْنَهُمْ فَهَدَى اللَّهُ الَّذِينَ آَمَنُوا لِمَا اخْتَلَفُوا فِيهِ
مِنَ الْحَقِّ بِإِذْنِهِ وَاللَّهُ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ
مُسْتَقِيمٍ[ البقرة: (213)
Maksudnya:
{Manusia itu adalah umat yang satu. (Setelah timbul perselisihan), maka
Allah mengutus para nabi, sebagai pemberi khabar gembira dan pemberi
peringatan, dan Allah menurunkan bersama mereka Kitab yang benar, untuk
memberi keputusan di antara manusia tentang perkara yang mereka
perselisihkan. Tidaklah berselisih tentang Kitab itu melainkan orang
yang telah didatangkan kepada mereka kitab, iaitu setelah datang kepada
mereka keterangan-keterangan yang nyata, kerana dengki antara mereka
sendiri. Maka Allah memberi petunjuk orang-orang yang beriman kepada
kebenaran tentang hal yang mereka perselisihkan itu dengan kehendak-Nya.
Dan Allah selalu memberi petunjuk orang yang dikehendaki-Nya kepada
jalan yang lurus.} [Al-Baqarah : 213].
Al-Hafiz Ibnu Kathir telah mengambil riwayat Ibnu Abbas RA ketika ketika menafsirkan ayat ini. Kata Abdullah Ibnu Abbas, jarak di antara nabi Adam dan nabi Nuh AS ialah sepuluh kurun. Semua manusia pada waktu iu berpegang dengan Syariah yang hak, kemudian mereka berselisih kerana masalah yang dipegang mengikut pendapat masing-masing. Maka Allah mengutuskan para nabi sebagai mubassyirin (pemberi khabar gembira) dan munazzirin (pemberi peringatan). Rasul yang pertama diutuskan selepas nabi Adam ialah nabi Nuh AS. (Lihat Tafsir Ibnu Kathir: 1/237).
Sebab kekufuran mereka ialah kerana terlalu memuja orang yang soleh dikalangan mereka (al-ghulu fi hubbi as-solihin) dan inilah permulaan berlakunya syirik di atas muka bumi ini. Sebagaimana firman Allah SWT di dalam al-Quran:
{وَقَالُوا لا تَذَرُنَّ آلِهَتَكُمْ وَلا تَذَرُنَّ وَدًّا وَلا سُوَاعًا وَلا يَغُوثَ وَيَعُوقَ وَنَسْرًا}
Maksudnya:
{Dan mereka berkata: "Jangan sekali-kali kamu meninggalkan
(penyembahan) tuhan-tuhan kamu dan jangan pula sekali-kali kamu
meninggalkan (penyembahan) wadd, dan jangan pula suwa', yaghuts, ya'uq
dan nasra"}. [Nuh: 23].
Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA katanya:
(Lima berhala tersebut, wadd, suwa', yaghuts, ya'uq dan nasr) ialah nama orang-orang yang soleh di kalangan kaum Nuh AS. Apabila mereka meninggal dunia, maka syaitan mengajar (memujuk) kaumnya agar mereka membuat patung-patung yang menyerupai mereka, kemudian diletakkan dimajlis tempat yang mereka biasa duduk semasa hayatnya dan mereka meletakkan nama patung itu seperti nama tuan asalnya. Maka pengikut orang soleh itu melaksanakan ajaran syaitan tersebut. Apabila golongan yang membuat patung tadi telah meninggal dunia dan datang pula generasi lain yang tidak mengetahui asal-usul kejadian patung, lalu mereka pun turut menyembahnya.
(Lima berhala tersebut, wadd, suwa', yaghuts, ya'uq dan nasr) ialah nama orang-orang yang soleh di kalangan kaum Nuh AS. Apabila mereka meninggal dunia, maka syaitan mengajar (memujuk) kaumnya agar mereka membuat patung-patung yang menyerupai mereka, kemudian diletakkan dimajlis tempat yang mereka biasa duduk semasa hayatnya dan mereka meletakkan nama patung itu seperti nama tuan asalnya. Maka pengikut orang soleh itu melaksanakan ajaran syaitan tersebut. Apabila golongan yang membuat patung tadi telah meninggal dunia dan datang pula generasi lain yang tidak mengetahui asal-usul kejadian patung, lalu mereka pun turut menyembahnya.
Imam
Ibnu Kathir juga menyebut kisah ini sedemikian. Riwayat lain ada
menceritakan tujuan mereka mengukir patung itu ialah kerana para
pengikutnya takut pegangan agama mereka menjadi lemah, lalu mereka
mengukir patung-patung syeikh tersebut untuk mengingati kembali ajaran
dan amalannya. Apabila mereka melihat patung syeikh mereka, akan
bertambah kuat semangat untuk beribadat. Pada peringkat awalnya mereka
tidak menyembahnya, tetapi setelah berlalunya masa yang lama, mereka
mula membesarkan dan menghormatinya dengan sepenuh hati mereka.
Waktu
yang panjang berlalu, orang-orang alim dikalangan mereka telah
meninggal dunia, maka syaitan mengajar lagi: ”Sesungguhnya orang-orang
soleh sebelum kamu tidak mengukir patung-patung syeikh mereka kecuali
untuk meminta syafaat melaluinya kepada Allah.” Maka bermulalah sejarah
penyembahan berhala, tuhan yang lain daripada Allah SWT.
Lalu
selepas itu Allah SWT mengutus nabi Nuh AS untuk mengembalikan mereka
kepada agama datuk mereka nabi Adam AS. semasa berlakunya taufan pada
zaman nabi Nuh AS, kesemua patung-patung yang disembah tersebut telah
ditenggelamkan ke dalam perut bumi. Mereka yang diselamatkan Allah SWT
dari taufan tersebut, meneruskan hidup di atas muka bumi dengan agama
yang benar selama beberapa waktu.
Mengubah Ajaran Nabi Ibrahim.
Manakala
orang yang mula-mula mengubah perjalanan agama yang diajar oleh nabi
Ibrahim AS ialah Amru bin Luhai, iaitu ketua golongan suku Khuza’ah.
Beliau adalah seorang tukang nujum yang bersahabat dengan jin. Melalui
petunjuk dari jin itu, beliau telah mengeluarkan berhala-berhala yang
tersembunyi di dalam tanah di Jeddah. Kemudian beliau menyeru bangsa
Arab pada musim haji supaya menyembah berhala dan meninggalkan ajaran
nabi Ibrahim AS.
Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah:
))رَأَيْتُ
عَمْرَو بْنَ عَامِرِ بْنِ لُحَيٍّ الْخُزَاعِيَّ يَجُرُّ قُصْبَهُ فِي
النَّارِ، وَكَانَ أَوَّلَ مَنْ سَيَّبَ السَّوَائِبَ))
Maksudnya:
((Aku melihat Amru bin Amir bin Luhai al-Khuza’i menarik isi perutnya
di dalam neraka, kerana dialah orang yang mula-mula merubah perjalanan
agama nabi Ismail AS dgn penyembahan berhala.)) [HR: Al-Bukhari]
Bahaya Pemujaan.
Demikianlah
bahayanya apabila berlaku pemujaan di dalam masyarakat samada memuja
harta benda, pangkat dan sebagainya. Begitu juga dengan perbuatan memuja
pemimpin lebih daripada yang sepatutnya. Perkara tersebut akhirnya akan
membawa kemusnahana dan bala bencana kepada umat dan masyarakat
sebagaimana yang berlaku ke atas kaum nabi Nuh AS dahulu.
Allah SWT telah memberi amaran kepada ahli kitab dgn firman-Nya:
{يَا
أَهْلَ الْكِتَابِ لا تَغْلُوا فِي دِينِكُمْ وَلا تَقُولُوا عَلَى
اللَّهِ إِلا الْحَقَّ إِنَّمَا الْمَسِيحُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ رَسُولُ
اللَّهِ وَكَلِمَتُهُ أَلْقَاهَا إِلَى مَرْيَمَ وَرُوحٌ مِنْهُ}
Maksudnya:
{Wahai ahli kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu (dengan
membesarkan nabi Isa sehingga mereka menganggapnya sebagai anak tuhan).
Dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar.
Sesungguhnya Al-Masih, Isa putera Maryam itu, adalah utusan Allah dan
(yang diciptakan dengan) kalimat-Nya yang disampaikan-Nya kepada Maryam,
dan (dengan tiupan) roh daripada-Nya.} [An-Nisa’: 171].
Kerana itu jugalah Rasulullah SAW bersabda memberi amaran kepada umatnya, sebagaimana riwayat Sayyidina Umar Al-Khattab RA:
(لا تُطْرُونِي كَمَا أَطْرَتْ النَّصَارَى ابْنَ مَرْيَمَ فَإِنَّمَا أَنَا عَبْدُهُ فَقُولُوا عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُْ)
Maksudnya:
((Janganlah kamu terlalu memujaku (sehingga melampaui had sebagai
seorang nabi dan rasul kepada darjat ketuhanan dengan mengetahui perkara
ghaib dan sebagainya) sebagaimana kaum Nasrani memuja nabi Isa bin
Maryam. Sesungguhnya aku adalah seorang hamba, maka katakanlah: Hamba
Allah dan Rasul-Nya.)) [HR Bukhari Bukhari dan Muslim].
Demikanlah amaran dan tegahan Rasulullah SAW akan perbuatan memuja dan memuji manusia lebih daripada sepatutnya dengan membuat pelbagai gelaran dan anggapan. Ini akhirnya boleh merosakkan diri orang yang dipuja-puji itu sendiri.
Marilah
kita sama-sama merenung kembali kepada perjalanan dan landasan yang
kita lalui di dalam urusan agama kita (i’tikad). Semoga semua amalan
yang kita lakukan akan diterima oleh Allah SWT. Akhirnya sama-samalah
kita perhatikan kepada firman Allah SWT yang menggariskan apakah bentuk
ajaran atau dakwah yang dibawa oleh semua nabi-nabi dan rasul-rasul AS
melalui firman-Nya:
{وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولا أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ}
Maksudnya:{Dan
sungguhnya kami telah mengutuskan Rasul kepada tiap-tiap umat (untuk
menyerukan): "Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut itu".} [An-Nahl: 36].
Perkataan thaghut
membawa banyak erti dan maksudnya sebagaimana yang dihuraikan oleh para
ulama’ Islam, ialah umum untuk semua benda (syaitan, manusia, jin,
patung dan sebagainya) yang disembah selain daripada Allah
SWT.
Di antara asas atau tonggak kepada taghut ialah:
1) Syaitan yang menyeru untuk beribadat kepada tuhan selain daripada Allah SWT.
2) Pemerintah yang zalim yang telah merubah hukuman yang diturunkan oleh Allah.
3) Golongan yang menjalankan hukuman perundangan selain daripada hukuman yang diturunkan oleh Allah SWT.
4) Orang yang suka memecah belah Ummat.
5) Menyembah selain kepada Allah SWT (syaitan, manusia, jin, patung
dan sebagainya) dan ia suka serta redha dengan perbuatan yang dilakukan
terhadapnya itu.
Inilah di antara tafsir atau makna ’taghut’ yang dimaksudkan dalam ayat tersebut.
Demikianlah betapa pentingnya peranan rasul-rasul AS utk mengembalikan manusia supaya taat dan tunduk kepada Allah sahaja.
Kita juga mestilah menolak semua jenis taghut kerana
inilah syarat untuk menjadi seorang yang benar-benar beriman kepada
Allah dan rasul serta berada di atas landasan agama Islam yang diredhai
Allah.
Firman Allah SWT:
{فَمَنْ
يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ
بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لا انْفِصَامَ لَهَا وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ}
Maksudnya:
{.... sesiapa yang mengkufurkan (menentang dan menghancurkan) Thaghut
dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang dengan
tali Allah yang teguh dan tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar
lagi Maha Mengetahui.}[Al-Baqarah: 256].
Wassalam.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar