Rasulullah dan Jeruk Limau
Suatu hari Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam didatangi oleh seorang wanita kafir.
Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa
beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh
buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan
senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah Shallallahu 'Alaihi
Wasallam seulas demi seulas dengan tersenyum.
Biasanya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam akan makan bersama
para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan
kepada mereka. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam terus makan.
Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian
wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari
baginda.
Sahabat-sahabat agak heran dengan sikap Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam itu. Lalu mereka bertanya.
Dengan tersenyum Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam menjelaskan
“Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya
merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya
bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyitkan mata atau memarahi
wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab itu saya
habiskan semuanya.”
Begitulah akhlak Rasulullah Shallallahu
'Alaihi Wasallam. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian
seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam
pula.
Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa?
Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah dan para
sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya.
Rancangannya di’tewas’kan oleh akhlak mulia Rasulullah Shallallahu
'Alaihi Wasallam.
Semoga kita bisa memaknai cerita ini dan bisa untuk terus berbenah diri.
Subhanallah...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar