Sabtu, 15 November 2014

Tidur adalah kematian kecil

Sebelum tidur malam ini....
Ingatlah tidur itu satu kematian yang kecil.

وَهُوَ الَّذِي يَتَوَفَّاكُمْ بِاللَّيْلِ وَيَعْلَمُ مَا جَرَحْتُمْ بِالنَّهَارِ ثُمَّ يَبْعَثُكُمْ فِيهِ لِيُقْضَى أَجَلٌ مُسَمًّى ثُمَّ إِلَيْهِ مَرْجِعُكُمْ ثُمَّ يُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ
Dan Dialah yang mematikan kamu di malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari, kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari untuk disempurnakan umur yang telah ditentukan, kemudian kepada Allah kamu kembali, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang dahulu kamu kerjakan. (60) [Al-An’am : 60]


Al-Imam Ibn Kathir menyebutkan:
يخبر تعالى إنه يتوفى عباده في منامهم بالليل، وهذا هو التوفي الأصغر
Allah menyatakan sesungguhnya Dia akan mematikan hamba-hambaNya ketika tidur di malam hari. Inilah dia kematian kecil [Tafsir al-Quran al-Azhim, jilid 3, m/s 266]

عَنْ حُذَيْفَةَ ، قَالَ : " كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَرَادَ أَنْ يَنَامَ ، قَالَ : بِاسْمِكَ اللَّهُمَّ أَمُوتُ وَأَحْيَا ، وَإِذَا اسْتَيْقَظَ مِنْ مَنَامِهِ ، قَالَ : الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
Huzaifah radiallahu ‘anhu berkata: Apabila Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam mahu tidur, baginda sallallahu ‘alaihi wasallam akan membaca: Dengan nama Mu ya Allah, aku mati dan aku hidup. Apabila baginda sallallahu ‘alaihi wasallam bangun daripada tidurnya, baginda sallallahu ‘alaihi wasallam akan membaca: Segala puji bagi Allah, yang menghidupkan kami selepas kematian kami. KepadaNya lah kami kembali.
[Sahih al-Bukhari, Kitab ad-Da’awat, hadis no: 5879]

Kita akan mati sebentar lagi...

Tidur mempunyai ciri-ciri yang sama dengan kematian. Oleh kerana itu para ulama menyatakan bahawa tidur adalah kematian yang kecil. Tidur itu adalah kematian, dan terjaga daripada tidur adalah kebangkitan. Ini berdasarkan ayat al-Quran di bawah:
وَهُوَ الَّذِي يَتَوَفَّاكُمْ بِاللَّيْلِ وَيَعْلَمُ مَا جَرَحْتُمْ بِالنَّهَارِ ثُمَّ يَبْعَثُكُمْ فِيهِ لِيُقْضَى أَجَلٌ مُسَمًّى ثُمَّ إِلَيْهِ مَرْجِعُكُمْ ثُمَّ يُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ
Dan Dialah yang mematikan kamu di malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari, kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari untuk disempurnakan umur yang telah ditentukan, kemudian kepada Allah kamu kembali, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang dahulu kamu kerjakan. (60) [Al-An’am : 60]

Al-Imam Ibn Kathir menyebutkan:
يخبر تعالى إنه يتوفى عباده في منامهم بالليل، وهذا هو التوفي الأصغر
Allah menyatakan sesungguhnya Dia akan mematikan hamba-hambaNya ketika tidur di malam hari. Inilah dia kematian kecil.
Bahkan dua jenis kematian ini, iaitu tidur dan kematian sebenar telah Allah sebutkan dalam satu ayat. Firman Allah:
اللَّهُ يَتَوَفَّى الْأَنْفُسَ حِينَ مَوْتِهَا وَالَّتِي لَمْ تَمُتْ فِي مَنَامِهَا فَيُمْسِكُ الَّتِي قَضَى عَلَيْهَا الْمَوْتَ وَيُرْسِلُ الْأُخْرَى إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Allah memegang jiwa [orang] ketika matinya dan [memegang] jiwa [orang] yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahanlah jiwa [orang] yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sehingga waktu yang ditentukan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir. [Az-Zumar : 42]
وَهُوَ الَّذِي يَتَوَفَّاكُمْ بِاللَّيْلِ وَيَعْلَمُ مَا جَرَحْتُمْ بِالنَّهَارِ ثُمَّ يَبْعَثُكُمْ فِيهِ لِيُقْضَى أَجَلٌ مُسَمًّى ثُمَّ إِلَيْهِ مَرْجِعُكُمْ ثُمَّ يُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ (60) وَهُوَ الْقَاهِرُ فَوْقَ عِبَادِهِ وَيُرْسِلُ عَلَيْكُمْ حَفَظَةً حَتَّى إِذَا جَاءَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ تَوَفَّتْهُ رُسُلُنَا وَهُمْ لَا يُفَرِّطُونَ (61)
Dan Dialah yang mematikan kamu di malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari, kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari untuk disempurnakan umur [mu] yang telah ditentukan, kemudian kepada Allah lah kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa yang dahulu kamu kerjakan. (60) Dan Dialah yang mempunyai kekuasaan tertinggi di atas semua hamba-Nya, dan diutus-Nya kepadamu malaikat-malaikat penjaga, sehingga apabila datang kematian kepada salah seorang di antara kamu, dia diwafatkan oleh malaikat-malaikat Kami, dan malaikat-malaikat Kami itu tidak lalai (61) [Al-An’am : 60-61]

Al-Imam Ibn Kathir menyatakan:
فذكر الوفاتين: الصغرى ثم الكبرى. وفي هذه الآية ذكر الكبرى ثم الصغرى؛
Allah menyebutkan tentang dua kematian: Iaitu kematian kecil kemudian kematian besar (dalam ayat surah Al-An’am, 60-61), dan dalam ayat ini (az-Zumar, 42), Allah menyebutkan tentang kematian besar kemudian kematian kecil.

وقال بعض السلف [رحمهم الله] (2) يقبض أرواح الأموات إذا ماتوا، وأرواح الأحياء إذا ناموا
Sebahagian ulama salaf berkata: Allah memegang roh-roh orang yang mati ketika mereka mati, dan memegang roh-roh orang hidup ketika mereka tidur.

]Oleh disebabkan hal ini, kita akan banyak berdoa sebelum kita tidur. Doa-doa tidur itu juga membuktikan bahawa tidur adalah satu bentuk kematian yang kecil.

عَنْ حُذَيْفَةَ ، قَالَ : " كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَرَادَ أَنْ يَنَامَ ، قَالَ : بِاسْمِكَ اللَّهُمَّ أَمُوتُ وَأَحْيَا ، وَإِذَا اسْتَيْقَظَ مِنْ مَنَامِهِ ، قَالَ : الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
Huzaifah radiallahu ‘anhu berkata: Apabila Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam mahu tidur, baginda sallallahu ‘alaihi wasallam akan membaca: Dengan nama Mu ya Allah, aku mati dan aku hidup. Apabila baginda sallallahu ‘alaihi wasallam bangun daripada tidurnya, baginda sallallahu ‘alaihi wasallam akan membaca: Segala puji bagi Allah, yang menghidupkan kami selepas kematian kami. KepadaNya lah kami kembali.
[Sahih al-Bukhari, Kitab ad-Da’awat, hadis no: 5879]

Tidak ada komentar:

Posting Komentar