Kita
memilih pasangan hidup dengan cita-cita untuk bersama sehingga ke hujung
usia. Lalu apakah kriteria yang Islam gariskan kepada kita?
Ciri-Ciri Calon Isteri
1- Hendaklah memiliki agama yang baik, aqidah yang baik, akhlak yang baik.
وَلَأَمَةٌ مُؤْمِنَةٌ خَيْرٌ مِنْ مُشْرِكَةٍ وَلَوْ أَعْجَبَتْكُمْ
Seorang
hamba wanita beriman itu lebih baik daripada seorang wanita Musyrik
walau wanita Musyrik itu menakjubkan engkau. [al-Baqarah : 221]
فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ
Wanita
solehah yang taat kepada Allah, memelihara diri ketika suaminya tiada
kerana Allah telah memelihara mereka [An-Nisa’ : 34]
عَنْ
أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” تُنْكَحُ الْمَرْأَةُ لِأَرْبَعٍ :
لِمَالِهَا ، وَلِحَسَبِهَا ، وَجَمَالِهَا ، وَلِدِينِهَا ، فَاظْفَرْ
بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ
Abu
Hurairah radiallahu ‘anhu meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam
bersabda: Wanita dinikahi kerana empat perkara: Hartanya, keturunannya,
kecantikannya, dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, jika
tidak engkau akan celaka. [Sahih al-Bukhari, Kitab an-Nikah, hadis no:
4725]
2-
Tidaklah salah memilih kerana keturunan, kekayaan, dan kecantikan,
tetapi hendaklah diletakkan agama sebagai kriteria utama. Jika mendapat
wanita yang beragama, dan kaya atau cantik, atau keturunan yang baik,
maka itu merupakan kurniaan Allah.
3- Wanita yang pengasih dan lembut
عَنْ
أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” خَيْرُ نِسَاءٍ رَكِبْنَ الْإِبِلَ
صَالِحُ نِسَاءِ قُرَيْشٍ ، أَحْنَاهُ عَلَى وَلَدٍ فِي صِغَرِهِ ،
وَأَرْعَاهُ عَلَى زَوْجٍ فِي ذَاتِ يَدِهِ
Abu
Hurairah radiallahu ‘anhu meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam
bersabda: Sebaik-baik wanita ialah wanita yang menunggang unta. Wanita
Quraisy yang baik ialah yang paling sayang kepada anak kecil dan paling
dapat memelihara harta suaminya. [Sahih al-Bukhari, Kitab an-Nikah,
hadis no: 4717]
4- Yang dapat menjaga harta benda suaminya, seperti hadis wanita Quraisy di atas, begitu juga hadis berikut:
عَنْ
أَبِي هُرَيْرَةَ سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ : أَيُّ النِّسَاءِ خَيْرٌ ؟ قَالَ : ” الَّذِي تَسُرُّهُ إِذَا
نَظَرَ ، وَتُطِيعُهُ إِذَا أَمَرَ ، وَلَا تُخَالِفُهُ فِيمَا يَكْرَهُ
فِي نَفْسِهَا وَمَالِهِ
Abu
Hurairah radiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu
‘alaihi wasallam ditanya: Siapakah wanita yang bagus? Baginda menjawab:
Yang menyenangkan suaminya apabila suaminya melihat, yang mentaati
suaminya apabila suaminya memerintahkan sesuatu, yang tidak menyelisihi
suaminya pada apa yang suaminya tidak suka pada dirinya dan hartanya.
[Musnad Ahmad, Musnad Abu Hurairah, hadis no: 7244. Shaikh al-Arnaouth
berkata: Sanadnya kuat]
5- Yang mentaati suaminya sebagaimana hadis Abu Hurairah di atas.
6- Yang menyenangkan mata apabila si suami memandangnya.
7- Pada asalnya, menikahi seorang anak dara adalah lebih utama daripada seorang wanita yang pernah menikah.
عَنْ
جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ ، قَالَ : ” قَفَلْنَا مَعَ النَّبِيِّ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ غَزْوَةٍ فَتَعَجَّلْتُ عَلَى
بَعِيرٍ لِي قَطُوفٍ ، فَلَحِقَنِي رَاكِبٌ مِنْ خَلْفِي فَنَخَسَ بَعِيرِي
بِعَنَزَةٍ كَانَتْ مَعَهُ ، فَانْطَلَقَ بَعِيرِي كَأَجْوَدِ مَا أَنْتَ
رَاءٍ مِنَ الْإِبِلِ ، فَإِذَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ ، فَقَالَ : مَا يُعْجِلُكَ ؟ قُلْتُ : كُنْتُ حَدِيثَ عَهْدٍ
بِعُرُسٍ ، قَالَ : بِكْرًا أَمْ ثَيِّبًا ، قُلْتُ : ثَيِّبًا ، قَالَ :
فَهَلَّا جَارِيَةً تُلَاعِبُهَا وَتُلَاعِبُكَ ، قَالَ : فَلَمَّا
ذَهَبْنَا لِنَدْخُلَ ، قَالَ : أَمْهِلُوا حَتَّى تَدْخُلُوا لَيْلًا أَيْ
عِشَاءً لِكَيْ تَمْتَشِطَ الشَّعِثَةُ وَتَسْتَحِدَّ الْمُغِيبَةُ
Kami
berangkat pulang bersama-sama Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam
daripada peperangan. Aku menunggang unta ku dengan laju kerana ia unta
yang sangat perlahan. Lalu seorang penunggang datang dari belakang ku
dan memukul untaku dengan tongkat yang dia ada. Ia membuatkan unta aku
bergerak pantas sepantas unta yang terbaik pernah engkau lihat.
Rupa-rupanya itu adalah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, lalu baginda
berkata: Apa yang membuatkan engkau tergesa-gesa? Aku menjawab: Aku baru
sahaja melangsungkan perkahwinan. Baginda bertanya: Dengan anak dara
atau janda? Aku menjawab: Dengan janda. Lalu baginda berkata: Kenapa
tidak dengan anak dara. Engkau dapat bermain-main dengannya, dan dia
dapat bermain-main dengan engkau. Apabila kami telah sampai, baginda
berkata: Tunggu lah sehingga telah masuk waktu malam atau Isya’. Supaya
kaum isteri dapat menyikat rambutnya dan kalian mencukur bulu pada
bahagian sulit. [Sahih al-Bukhari, Kitab an-Nikah, hadis no: 4714]
8-
Akan tetapi jika ada keperluan menikahi janda seperti kes Jabir
radiallahu ‘anhu, atau kerana mahu membantu mereka, maka ia juga baik.
Ini kerana kesemua isteri Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam sendiri
adalah janda kecuali ‘Aisyah radiallahu ‘anha.
عَنْ
جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا ، قَالَ : ” هَلَكَ
أَبِي وَتَرَكَ سَبْعَ بَنَاتٍ أَوْ تِسْعَ بَنَاتٍ ، فَتَزَوَّجْتُ
امْرَأَةً ثَيِّبًا ، فَقَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ : تَزَوَّجْتَ يَا جَابِرُ ؟ فَقُلْتُ : نَعَمْ ، فَقَالَ :
بِكْرًا أَمْ ثَيِّبًا ؟ قُلْتُ : بَلْ ثَيِّبًا ، قَالَ : فَهَلَّا
جَارِيَةً تُلَاعِبُهَا وَتُلَاعِبُكَ وَتُضَاحِكُهَا وَتُضَاحِكُكَ ؟
قَالَ : فَقُلْتُ لَهُ إِنَّ عَبْدَ اللَّهِ هَلَكَ وَتَرَكَ بَنَاتٍ
وَإِنِّي كَرِهْتُ أَنْ أَجِيئَهُنَّ بِمِثْلِهِنَّ ، فَتَزَوَّجْتُ
امْرَأَةً تَقُومُ عَلَيْهِنَّ وَتُصْلِحُهُنَّ ، فَقَالَ : بَارَكَ
اللَّهُ لَكَ ، أَوْ قَالَ : خَيْرًا
Jabir bin
‘Abdullah radiallahuma berkata: Ayah aku telah meninggal dunia dan
meninggalkan tujuh atau sembilan orang anak perempuan. Aku mengahwini
seorang janda, lalu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam berkata
kepada aku: Engkau sudah berkahwin wahai Jabir? Aku menjawab: Ya.
Baginda bertanya: Anak dara atau janda? Aku menjawab: Janda. Baginda
bertanya: Kenapa tidak berkahwin dengan anak dara, engkau dan dia boleh
bersenda gurau dan bergelak ketawa. Aku menjelaskan bahawa sesungguhnya
ayah ku telah meninggal dunia, dan dia meninggalkan beberapa orang anak
perempuan. Aku tidak suka mengahwini perempuan seperti umur mereka. Lalu
aku mengahwini seorang perempuan yang mampu mengurus mereka. Baginda
pun berkata: Semoga Allah memberkati engkau. [Sahih al-Bukhari, Kitab
al-Nafaqat, hadis no: 4973]
9- Wanita yang subur
عَنْ
مَعْقِلِ بْنِ يَسَارٍ ، قَالَ : جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالَ : إِنِّي أَصَبْتُ امْرَأَةً ذَاتَ
حَسَبٍ وَجَمَالٍ وَإِنَّهَا لَا تَلِدُ ، أَفَأَتَزَوَّجُهَا ؟ قَالَ : ”
لَا ” ، ثُمَّ أَتَاهُ الثَّانِيَةَ ، فَنَهَاهُ ، ثُمَّ أَتَاهُ
الثَّالِثَةَ ، فَقَالَ : ” تَزَوَّجُوا الْوَدُودَ الْوَلُودَ ، فَإِنِّي
مُكَاثِرٌ بِكُمُ الْأُمَمَ
Ma’qal bin
Yasar berkata: Seorang lelaki datang menemui Rasulullah sallallahu
‘alaihi wasallam lalu bertanya: Sesungguhnya aku mengenali seorang
wanita yang mempunyai keturunan yang baik, dan dia juga cantik. Akan
tetapi dia tidak mampu melahirkan anak. Adakah patut aku mengahwininya?
Baginda menjawab: Tidak. Kemudian lelaki itu datang untuk kali kedua,
baginda tetap melarangnya. Kemudian lelaki itu datang buat kali ketika,
lalu baginda berkata: Nikahilah mereka yang penuh kasih sayang dan
subur. Sesungguhnya aku suka dengan jumlah umat yang ramai di hadapan
umat yang lain. [Sunan Abi Daud, Kitab an-Nikah, hadis no: 1757]
Ciri-ciri calon suami
1- Memiliki agama; akidah dan akhlak yang baik
وَلَعَبْدٌ مُؤْمِنٌ خَيْرٌ مِنْ مُشْرِكٍ وَلَوْ أَعْجَبَكُمْ
Sesungguhnya
seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki
musyrik walau lelaki musyrik itu menakjubkan kalian. [Al-Baqarah : 221]
2- Mempunyai kemampuan daripada sudut seksual dan harta untuk memberi nafkah
عَنْ
عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ يَزِيدَ ، قَالَ : دَخَلْتُ مَعَ عَلْقَمَةَ
والْأَسْوَدِ عَلَى عَبْدِ اللَّهِ ، فَقَالَ عَبْدُ اللَّهِ : كُنَّا مَعَ
النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَبَابًا لَا نَجِدُ
شَيْئًا ، فَقَالَ لَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ : ” يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ ، مَنِ اسْتَطَاعَ الْبَاءَةَ
فَلْيَتَزَوَّجْ ، فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ ، وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ ،
وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ
‘Abdullah
bin Mas’ud radiallahu ‘anhu berkata: Kami bersama Nabi sallallahu
‘alaihi wasallam ketika kami muda, dan kami tidak mempunyai apa-apa
(harta), lalu baginda bersabda: Wahai anak muda, sesiapa yang daripada
kalian berkemampuan untuk Al-Baah hendaklah dia berkahwin. Sesungguhnya
ia lebih menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang
tidak mampu, hendaklah dia berpuasa. Sesungguhnya puasa adalah perisai
untuknya. [Sahih al-Bukhari, Kitab an-Nikah, hadis no: 4703]
Fatimah
bte Qais radiallahu ‘anha pernah dipinang oleh Muawiyah bin Abu Sufyan
dan Abu Jahm. Lalu beliau meminta nasihat Rasulullah sallallahu ‘alaihi
wasallam. Baginda pun berkata:
أَمَّا
أَبُو جَهْمٍ ، فَلَا يَضَعُ عَصَاهُ عَنْ عَاتِقِهِ ، وَأَمَّا
مُعَاوِيَةُ ، فَصُعْلُوكٌ لَا مَالَ لَهُ ، انْكِحِي أُسَامَةَ بْنَ
زَيْدٍ ، فَكَرِهْتُهُ ، ثُمَّ قَالَ : انْكِحِي أُسَامَةَ ” ،
فَنَكَحْتُهُ ، فَجَعَلَ اللَّهُ فِيهِ خَيْرًا وَاغْتَبَطْتُ بِهِ
Abu Jahm
itu suka memukul, manakala Muawiah itu miskin. Nikahilah Usamah bin
Zaid. (Fatimah berkata): Akan tetapi aku tidak menyukai Usamah. Baginda
berkata: Nikahilah Usamah. Lalu aku pun menikahinya. Allah menjadikan
kebaikan padanya. [Sahih Muslim, Kitab ath-Thalaq, hadis no: 2717]
3- Lelaki yang penyayang dan bukan yang suka memukul, sebagaimana hadis di atas.
4-
Digalakkan lelaki yang sekufu agar tidak terjadi masalah di kemudian
hari. Ini kerana lelaki adalah pemimpin rumah tangga, jika kedudukannya
lebih rendah daripada isteri, ia boleh membawa masalah.
الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَبِمَا أَنْفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ
Lelaki
adalah pemimpin kaum wanita disebabkan apa yang telah Allah lebihkan
pada sebahagian manusia (iaitu lelaki) di atas sebahagian yang lain
(iaitu perempuan), dan disebabkan oleh nafkah daripada harta mereka.
[An-Nisa’ : 34]
Akan
tetapi boleh saja menikahi lelaki yang lebih rendah kedudukannya
seperti hadis Fatimah di atas, di mana Usamah adalah seorang hamba,
manakala Fatimah wanita yang merdeka.
5-
Digalakkan memilih lelaki yang menyejukkan mata apabila dilihat, dan
yang mampu memenuhi kehendak seksual isteri kerana itu antara tujuan
perkahwinan. Oleh kerana itu, secara umumnya tidak digalakkan anak gadis
menikahi lelaki yang terlalu tua melainkan jika lelaki itu mampu.
عَنْ
عَبْدِ اللَّهِ بْنِ بُرَيْدَةَ ، عَنْ أَبِيهِ ، قَالَ : ” خَطَبَ أَبُو
بَكْرٍ ، وَعُمَرُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا فَاطِمَةَ ، فَقَالَ رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّهَا صَغِيرَةٌ ،
فَخَطَبَهَا عَلِيٌّ ، فَزَوَّجَهَا مِنْهُ
Buraidah
radiallahu ‘anhu berkata: Abu Bakar dan Umar radiallahu ‘anhuma meminang
Fatimah radiallahu ‘anha. Lalu baginda berkata: Sesungguhnya dia wanita
muda. Kemudian Ali radiallahu ‘anhu meminang Fatimah, lalu baginda
menikahkan Fatimah dengannya. [Sunan an-Nasaie as-Sughra, Kitab
an-Nikah, hadis no: 5147]
6- Memilih lelaki yang subur berdasarkan hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam suka mempunyai umat yang ramai.
7- Lelaki yang menghafaz al-Quran.
Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam pernah berkata kepada lelaki yang tiada langsung apa-apa harta sebagai mas kahwin;
هَلْ
مَعَكَ مِنَ الْقُرْآنِ شَيْءٌ ؟ قَالَ : مَعِي سُورَةُ كَذَا وَسُورَةُ
كَذَا ، قَالَ : اذْهَبْ فَقَدْ أَنْكَحْتُكَهَا بِمَا مَعَكَ مِنَ
الْقُرْآنِ
Adakah kau
ada menghafaz apa-apa daripada al-Quran? Lelaki itu menjawab: Aku ada
menghafaz surah itu dan ini. Baginda pun berkata: Pergilah. Sesungguhnya
aku telah menikahkan engkau dengannya dengan hafazan al-Quran yang
engkau ada. [Sahih al-Bukhari, Kitab an-Nikah, hadis no: 4777]
Tidak ada komentar:
Posting Komentar