Imam Ibn Abidin adalah seorang ulama’ yang sangat terkenal dalam dunia Islam sebagai pentahqiq mazhab Hanafi dan mufti besar kerajaan ‘Utsmaniyah. Beliau sempat menyaksikan kebangkitan gerakan Wahabi di zamannya. [Dalam sejarah Islam, gerakan ini telah menaklukkan al-Haramain sebanyak dua atau tiga kali sebelum runtuhnya Turki.
Beliau menggambarkan kedudukan gerakan Wahabi sebagai satu gerakan Khawarij yang mudah mengkafirkan umat Islam dan membunuh Ulama’ Ahli Sunnah dan Jama’ah. Siapa pun yang mengetahui konsep tauhid Wahabi secara terperinci, maka dia akan sedar kenapa tindakan menghukumi orang lain sebagai syirik atau kafir mudah berlaku dalam gerakan ini.
Kitab yang berjilid-jilid ini bertajuk “Radd al-Muhtar ‘ala al-durr al-mukhtar’ yang bermaksud “Mengembalikan Orang Yang Keliruke atas Mutiara Terpilih”, dan dikarang oleh Imam Ibn Abidin. Kitab ini merupakan antara kitab fiqh mu’tamad dalam mazhab Hanafi.
Sedikit Terjemahan pada scan kitab yang bergaris merah sbb:
Bab : Berkenaan Pengikut-pengikut [Muhammad] Ibn Abdul Wahhab, Golongan Khawarij Dalam Zaman Kita.…
Sebagaimana yang berlaku pada masa kita ini pada pengikut [Muhammad] Ibn Abdul Wahhab yang keluar dari Najd dan menaklukkan al-Haramain (Mekah dan Madinah) dan mereka bermazhab dengan mazhab al-Hanbali tetapi mereka beri’tikad bahwa hanya mereka sajalah orangIslam dan orang-orang yang bertentangan akidah dengan mereka adalah kaum Musyrik. Dengan ini mereka pun menghalalkan pembunuhan Ahli Sunnah dan pembunuhan ulama-ulama mereka sehingga Allah SWT mematahkan kekuatan mereka dan memusnahkan negeri mereka dan tentara Muslim berjaya menawan mereka pada tahun 1233 H..
Teka-teki :
Walaupun nama penyebar paham Wahabi adalah Muhammad Ibn Abdul Wahhab, namun para ulama’ menamakan gerakan mereka sebagai Wahabiyah kerana istilah Muhammadiyah adalah untuk umatnabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam.
Namun begitu ada juga sebagian (bukan semua) pengikut gerakan paham Wahabi yang menggunakan istilah Muhammadiyah, negara mana ya? Indonesia kah, dan apakah mungkin istillah Wahabiyah bertukar menjadi Salafiyah?
Wallahu a’lam.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar