Selasa, 11 Agustus 2015

Makna huruf pada Bismillah dan Kitab Muraqi Ubudiyah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhdXkccBdmzzcp3A8gVJQd4sI4NlhZXw_HdPcpnj09s2ZWZjxBxdtMFZAZEe6wV8qc7QXcCxlZdBQY0k152gTfscbdIClNifml3VtukkET99K2veykZMqg0V1dXA5v2rC8lWkoxOx1l25CQ/s1600/muro.jpg
kitab maroqil ubudiyyah
Maroqil 'ubudiyah : syarah bidayah al-hidayah

الحمد لله جلّ وعلا أحمده لجميع الايّادى والالا.  واشكره شكر من عوفي من البلا واستغفره لي ولوالدي ولمن له حقّ عليّ . وللمسلمين من كلّ ذنب قولا وفعلا. واتوب من كلّ معصية توبة عبد لايملك لنفسه هدى . ويستطيع ان يدفع عنها ضلالا. واشهد ان لااله الاالله وحده لا شريك له ولامماثلا. واشهد انّ محمدا نبيّه ورسوله ذو المقام أعلا. وصلّ الله وسلّم عل سيدنا محمّد الذي اختصّ الله به فضائلا . وعلى  ا له الذي أمنوا بالله ورسوله وصدقوا بما قالا وأصحابه الذين فازوا بالاقتداء بالجهاد وغيره فنالوا الدرجات العلا*


Segala puji bagi Allah yang telah mengagungkan dan meninggikan pujinya dari segala kekuasaan dan keadaan.
Dan aku benar-benar bersyukur kepada Dzat yang telah menyembuhkan bala (penyakit2) dan aku mohon ampun kepadaNya untukku, kedua orang tuaku dan kepada orang yang diberikan kebenaran kepadanya untukku dan seluruh orang Islam dari segala dosa perkataan dan perbuatan.Dan aku bertaubat kepadaNya dari segala perbuatan maksiat dengan bersungguh2 taubatnya hamba yang dirinya tidak memiliki petunjuk, tidak mampu menolak kesesatan dari maksiat.
Dan saya bersaksi bahwa tiada tuhan kecuali Allah dan yang Maha Esa tiada sekutu bagiNya dan yang menyerupaiNya. Dan saya bersaksi bahwa sesungguhnya sayyid kita Muhammad adalah nabi dan utusanNya yang mempunyai tempat/derajat luhur.
Dan semoga Allah memberi shalawat dan salam kepada sayyid kita Muhammad yang Allah telah mengkhususkan keutamaan2 baginya. Dan bagi keluarganya yang beriman kepada Allah dan Rasulnya serta yang membenarkan apa yang diucapkan, dan kepada para Shahabatnya sebab keikutansertaan dan perjuangan dan lain-lain kemudian memperoleh derajat yang luhur.

 أما بعد فهذا شرح بداية الهداية سمَّيته .:(مراقى العبودية):. أرجو به بركة الشيخ المصنف ودعاء طلبة العلم ممن ينتصف وليس لى في هذا الّا الجمع من كلام العلماء الاجلاء بحسب ما أُطلّعني الله عليه فإذ رايت فيه شيأ من الخلل . فمن وهم صدر من سوء فهمي فالمطلوب ممن علم ذالك أن يصلحه فانّ بضاغتي من العلم والدّين مزجاة وايماني أضعاف الايمان. لنقص اليقين مع ضيق الوقت وكثرت الاحزان فرحم الله امرأ رأى عيبا فستره والى الله الكريم أمد أكف الابتهال ان لا يجعله حجّة علي يوم ظهور الاهوال. وان ينفع به نفسي ومثلي من الجهال انه تعالى رؤف جود يعطي الوال واليه تفويد والاعتماد وهو الهادى الى سبيل الرّشاد امين


Amma ba’d (adapun setelah ini) inilah syarh kitab Bidayatul Hidayah (permulaan petunjuk) aku menamainya Maraqil Ubudiyyah berharap menghasilkan barokahnya syaikh pengarang (Imam Ghazali) dan doa penuntut ilmu yang bertanya. Dan ini bukanlah dariku kecuali kumpulan perkataan ulama’ yang mulia, dengan ukuran yang Allah telah memberikan kepahaman dari mereka untukku.
Dan apabila anda melihat sesuatu kecacatan dan lemahnya dada dari keburukan kepahaman maka hendaknya meminta orang yang berilmu untuk membenarkannya. Dan sesungguhnya pemahamanku bercampur dari ilmu dan agama,  imanku adalah selemah-lemahnya iman karena kurang keyakinan serta sempitnya waktu dan banyaknya kesusahan, maka semoga Allah memberikan rahmat kepada orang yang menutupi kecacatan dan kepada Allah yang Maha Mulia lah saya mengharapkan berhentinya permintaan,  Allah tidak menjadikannya hujjah atasku pada hari tampaknya ihwal (Kiamat), dan sebab itu diriku dan semisalku menjadi bermanfaat dari segala kebodohan. Sesungguhnya Allah ta’ala Maha Lembut dan Maha Dermawan yang memberi segala permintaan,  kepadaNya lah aku berpasrah dan berpegang teguh dan Dialah Maha Pemberi Petunjuk kepada jalan petunjuk. Aamiin

بسم الله الرّحمان الرّحيم) كلمات البسملة اربع ففيها اشارة الي اعانة الله تعالى عباد المسلمين على الشّيطان فإنّه قال لاتينّهم من بين ايديهم ومن خلفهم وعن ايمانهم وعن شمائلهم فاعطاهم الله تعالى هذه الكلماتا لاربع لئلا تضرهم وسوسته , واشارة الى أنّ معاصى المؤمنين في اربعة اوجه في السّرِ والعلانية والليل والنّهار فأعطاهم هذه ليغفرها لهم بها * ثمّ انّ معاني الحروف أنّ الباء براءة الله لأهل السّعادة والسّين ستر الله علي اهل الجهالة والميم محبته لأهل الاسلام والاليف ألفته والام لطافته والهاء هدايته والرّاء رضوانه على السّابقين والتّابعين والحاء حمله على المذنبين والميم منته علي المؤمنين والنون نور المعرفة في الدّنيا ونور الطّاعة في العقبى فاعطاهما لعباده المتّقين والياء يد الله اي حفظه على اهل الاسلام


(بسم الله الرّحمن الرّحيم)

Adapun kata basmalah ada 4 dan mengandung :
 Menunjukkan pertolongan Allah Ta’ala kepada hambaNya yang muslim atas syaithon dan sesungguhnya syetan berkata : aku akan benar-benar mendatangi mereka dari arah depan, belakang, kanan dan kirinya. Kemudian Allah Ta’ala memberikan empat kata ini supaya waswas syaiton tidak membahayakan mereka.
 Dan tanda bahwa ada empat cara orang mukmin yang bermaksiat yakni dalam rahasia, terlihat, malam dan siang kemudian Allah memberi mereka kalimah ini supaya Allah mengampuni mereka.

Kemudian makna huruf Basmalah :

    Ba’ (ب): kebebasan dari Allah untuk orang2 ahli kebajikan
    Sin (س): tutup dari Allah untuk orang-orang bodoh
    Mim  (م): cinta Allah kepada ahli Islam
    Alif (أ): keramahanNya
    Lam  (ل): kelembutan2Nya
    Ha’(هـ) : petunjukNya
    Ro’ (ر) : keridhoanNya atas orang2 terdahulu dan kemudian hari
    Kha’(ح)  : pertanggunganNya atas orang2 berdosa
    Mim (م): AnugrahNya kepada orang2 mukmin
    Nun  (ن): cahaya pengetahuan di dunia dan cahaya ketaatan di kemudian hari maka Allah memberikan keduanya kepada hamba2 yang bertaqwa dan
    Ya’  (ي): KekuasaanNya maksudnya pemeliharaanNya atas ahli Islam.

Referensi:
Kitab Muraqi Ubudiyah hal. 2

Di atas adalah pendahuluan kitab Maraqil Ubudiyah syarh kitab Bidayatul Hidayah (Imam Ghozali), karangan Syaikh Nawawi al Jawi kakek dari kiyai Thobary Syadzili al Banteni banyak syarh kitab karyanya yang dipakai ulama' Ahlussunnah wal Jama'ah, terlihat ilmunya sangat tinggi tetapi beliau tetap bersikap tawadu', semoga Allah ta'ala meridhoi mereka. aamiin..
Bila anda menemukan banyak kejanggalan arti mohon diluruskan karena ini sebagai sarana belajar.

Keterngan :

Kitab Maraqi al -‘Ubudiyyah Syarh ‘ala Bidayah al-Hidayah

(مراقي العبودية شرح على بداية الهداية )

Merupakan sebuah karya Abu Abdul Mu’thi Muhammad Nawawi bin ‘Umar bin ‘Arabi al-Bantani al-Jawi (1314H), seorang tokoh ulama terkenal dari Nusantara yang memenuhi hidupnya dengan aktiviti pengajaran dan penulisan ilmu agama Islam di kota Makkah al-Mukarramah. Kitab Maraqi al-‘Ubudiyyah ini disusun oleh Syaikh Nawawi al-Jawi sebagai huraian (syarah) bagi kitab Bidayah al-Hidayah karya Abu Hamid Muhammad ibn Muhammad ibn Muhammad al-Ghazali al-Thusi (501H). Kitab ini sangat popular di Nusantara, khusus sebagai teks pengajian fiqh dan tasawwuf di pondok-pondok pasantren.

Kitab ini selesai ditulis pada 13 Zulkaedah 1289H/1872M. Cetakan pertama kitab ini telah diterbitkan dan dicetak di Bulaq pada tahun 1293 H/1875 M. Kitab ini, kemudiannya dicetak ulang di Bulaq pada tahun 1309 H/1891 M, di Mesir pada tahun 1298 H/1880 M dan 1304 H/1886 M, di al-Maimanah pada tahun 1307 H/1889 M, 1309 H/1891 M dan 1327 H/1909 M serta Percetakan al-Azhariyah al-Masriyah, Mesir pada tahun 1308H/1890M. Jika dinilai dari jumlah edisinya yang berbeza-beza ia masih dapat ditemui lagi dalam pasaran hingga sekarang. Kitab Maraqi al-‘Ubudiyyah yang menjadi tatapan saya ketika menyiapkan catatan ringkas ini adalah edisi cetakan ulang yang diterbitkan oleh Mathba’ah Ben Halabi, Patani, Thailand. Berdasarkan edisi ini ketebalan keseluruhannya merangkumi 103 halaman.

Syaikh Nawawi menyatakan dalam muqaddimah kitabnya “ Maka inilah syarh kitab Bidayah al-Hidayah (permulaan petunjuk) yang saya menamakannya sebagai “ Maraqil Ubudiyyah ” dengan harapan, semoga  dengannya akan mendapatkan keberkatan syaikh pengarang (Imam Ghazali) dan doa penuntut ilmu yang bertanya. Kandungan kitab ini bukanlah idea dan pandanganku sendiri, melainkan himpunan beberapa perkataan para ulama’ yang mulia, berdasarkan kefahamanku - yang dikurniakan Allah – terhadap peninggalan para ulama terdahulu ”.[1]
Sebagaimana kitab asalnya Bidayah al-Hidayah, isi kandungan kitab ini dibahagikan kepada tiga bahagian utama, iaitu;

1)     Bahagian pertama membincangkan mengenai amalan-amalan ketaatan yang meliputi beberapa panduan adab iaitu adab bangkit daripada tidur, adab masuk tandas, adab berwuduk, adab mandi, adab bertayammum, adab keluar ke masjid, adab masuk masjid, adab selepas terbit matahari hingga gelincirnya, adab persediaan bagi solat fardu, adab tidur, adab solat, adab imam dan makmum, adab Jumaat dan adab puasa[2].

2)     Bahagian kedua pula membincangkan mengenai panduan menghindari diri dari amalan-amalan maksiat zahir dan batin. Panduan memelihara daripada maksiat zahir, iaitu memelihara mata (pandangan), telinga (pendengaran), lisan (percakapan), perut (pemakanan), kemaluan, tangan dan kaki. Manakala maksiat batin (hati) pula seperti sifat ujub, takbur dan bangga diri.

3)     Bagi melengkapi kitab ini, Syaikh Nawawi al-Jawi meneruskan huraian beliau mengenai “ Adab persahabatan dan pergaulan bersama al-Khaliq (Allah yang Maha Pencipta) dan adab persahabatan dan pergaulan sesama makhluk”, seperti adab sesama muslim, adab dengan guru dan adab dengan ibu bapa.
Dalam menyusun kitab Maraqi al-‘Ubudiyyah ini, Syaikh Nawawi banyak sekali merujuk kitab “ Ihya ‘Ulumuddin ”  karya Imam al-Ghazali. Namun begitu, beliau juga ada merujuk kitab-kitab lain, khusus mengenai masalah fiqh ketika menghuraikan bahagian ibadat. Ketika menghuraikan kandungan kitab ini, beliau ada menyebutkan nama ulama atau kitab yang menjadi rujukan beliau, antaranya;  al-Ihya’ ‘Ulumiddin, karya Imam al-Ghazali (rujukan utama), al-Nawawi (al-Minhaj, al-Azkar), Syaikhul Islam Abu Yahya Zakaria al-Anshari ( al-Tahrir, Syarh al-Rawdh), al-Ramli al-Shaghir, al-Ramli al-Kabir, al-Syarbini al-Khathib, Ibn Hajar al-Haytami, al-Wana-i, al-Bujairimi, Syaikh ‘Athiyyah al-Ajhuri, al-Mawardi, Ibn al-Naqib, al-Damiri, al-Bulqini, Ibn al-Shalah, al-Halimi, al-Syubramilasi, al-‘Azizi, al-Ziyadi, al-Fakihi, al-Barkawi, Ahmad al-Mihi, Muhammad al-Samanudi, al-Fansyi, al-Hamdani dan lain-lain. Beliau juga ada merujuk kepada kitab-kitab mengenai bahasa Arab seperti al-Qamus, al-Mishbah dan al-Shahhah.

Terjemahan kitab ini….
Sekadar pengamatan saya di laman sesawang, saya dapati terdapat dua buah edisi buku terjemahan kitab ini telah diterbitkan (semuanya dari Indonesia), iaitu;
1.       Terjemah Maroqil ‘Ubudiah: Syarah Bidayah Al-Hidayah. Diterbitkan beberapa kali cetakan oleh Mutiara Ilmu.
2.      Tangga Menuju Kesempurnaan Ibadat, Maraqi Al ‘Ubudiyyah Syarah Kitab Bidayatul Hidayah. Diterbitkan oleh Lentera Hati dengan ketebalan 360 halaman.
Kitab edisi Arabnya boleh dimuat turun melalui pautan berikut;
    http://perpustaqwa.files.wordpress.com/2013/09/maraqi.pdf    http://ia601503.us.archive.org/21/items/tasawufwrdoud/maraqioboudia.pdf
Semoga bermanfaat.
[1] Petikan ini saya terjemahkan secara bebas, tanpa mengikut susun kata asalnya.[2] Dalam bahagian ini, diterangkan hukum-hukum fiqh yang berkaitan dengan amalan-amalan ibadah berdasarkan mazhab al-Syafi’i.

Download kitab :
https://perpustaqwa.files.wordpress.com/2013/09/maraqi.pdf

Semoga bermanfaat

1 komentar:

  1. mohon ada link untuk doanload terjemahan kitab Maroqil Ubudiyah..smg berkenan

    BalasHapus