Senin, 09 Mei 2016

Kisah ulama wahabi yang insaf

Syaikh Muhammad bin Shalih al-'Utsaimin (ulama Wahabi kontemporari yang sangat terkenal) mempunyai seorang guru yang sangat alim dan berkarisma di kalangan kaum Wahabi, iaitu Syaikh Abdurrahman bin Nashir al-Sa'di, yang dikenal dengan panggilan Syaikh Ibnu Sa'di. Ia memiliki banyak karangan, di antaranya yang paling dikenali adalah karyanya yang berjudul, Taisir al-Karim al-Rahman fi Tafsir Kalam al-Mannan, kitab tafsir setebal 5 jilid, yang mengikuti manhaj pemikiran Wahabi. Meskipun Syaikh Ibnu Sa'di, termasuk ulama Wahabi yang ekstrim, ia juga seorang ulama yang mudah insaf dan mahu mengikuti kebenaran, dari manapun kebenaran itu datangnya.

Suatu ketika, Al-Imam Al-Sayyid 'Alwi bin Abbas al-Maliki al-Hasani (ayahanda Abuya al-Sayyid Muhammad bin 'Alwi al-Maliki) sedang duduk di serambi Masjid al-Haram bersama halaqah pengajiannya. Sementara di bahagian lain serambi Masjidil Haram tersebut, Syaikh Ibnu Sa'di juga sedang duduk. Sementara orang-orang lain di Masjidil Haram khusyuk dalam ibadah solat dan tawaf yang mereka lakukan. Pada saat itu, langit di atas Masjidil Haram penuh dengan mendung yang menggelantung, seperti sebentar lagi akan turun hujan yang sangat lebat. Tiba-tiba air hujan itu pun turun dengan lebatnya. Akibatnya, saluran air di atas Ka'bah mengalirkan airnya dengan derasnya. Melihat air begitu deras dari saluran air di atas kiblat kaum Muslimin yang berbentuk kubus itu, orang-orang Hijaz seperti kebiasaan mereka, segera berhamburan menuju saluran itu dan mengambil air tersebut, dan kemudian mereka tuangkan ke baju dan tubuh mereka, dengan harapan mendapatkan berkah dari air itu.


Melihat kejadian tersebut, polis diraja Kerajaan Saudi Arabia, yang sebagian besar berasal dari orang Badwi daerah Najd itu, menjadi terkejut dan mengira bahawa orang-orang Hijaz tersebut telah terjerumus dalam lumpur kesyirikan dan menyembah selain Allah SWT. Akhirnya polis diraja itu berkata kepada orang-orang Hijaz yang sedang mengambil berkah air hujan yang mengalir dari saluran air Ka'bah itu,
"Jangan kalian lakukan wahai orang-orang musyrik. Itu perbuatan syirik. Itu perbuatan syirik."
Mendengar teguran para polis diraja itu, orang-orang Hijaz itu pun segera berhamburan menuju halaqah al-Imam al-Sayyid 'Alwi al-Maliki al-Hasani dan menanyakan perihal hukum mengambil berkah dari air hujan yang mengalir dari saluran air di Ka'bah itu. Ternyata Sayyid 'Alwi membolehkan dan bahkan mendorong mereka untuk melakukannya. Akhirnya untuk yang kedua kalinya, orang-orang Hijaz itu pun berhamburan lagi menuju saluran air di Ka'bah itu, dengan tujuan mengambil berkah air hujan yang jatuh darinya, tanpa mengendahkan teguran para polis badwi tersebut. Bahkan mereka berkata kepada para polis badwi itu,
"Kami tidak akan mengikuti teguran Anda, setelah Sayyid 'Alwi berfatwa kepada kami tentang kebolehan mengambil berkah dari air ini."

Akhirnya, melihat orang-orang Hijaz itu tidak mengendahkan teguran, para polis badwi itu pun segera mendatangi halaqah Syaikh Ibnu Sa'di, guru mereka. Mereka mengadukan perihal fatwa Sayyid 'Alwi yang menganggap bahawa air hujan itu ada berkahnya. Akhirnya, setelah mendengar laporan para polis Badwi, yang merupakan anak buahnya itu, Syaikh Ibnu Sa'di segera mengambil selendangnya dan bangkit menghampiri halaqah Sayyid 'Alwi dan duduk di sebelahnya. Sementara orang-orang dari berbagai golongan, berkumpul mengelilingi kedua ulama besar itu. Dengan penuh sopan dan tata etika layaknya seorang ulama, Syaikh Ibnu Sa'di bertanya kepada Sayyid 'Alwi:
"Wahai Sayyid, benarkah Anda berkata kepada orang-orang itu bahawa air hujan yang turun dari saluran air di Ka'bah itu ada berkahnya?"
Sayyid 'Alwi menjawab:
"Benar. Bahkan air tersebut memiliki dua berkah."
Syaikh Ibnu Sa'di berkata:
"Bagaimana hal itu boleh terjadi?"
Sayyid 'Alwi menjawab:
"kerana Allah SWT berfirman dalam Kitab-Nya tentang air hujan:

وَنَزَّلْنَا مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءًۭ مُّبَرَكًۭا

"Dan Kami turunkan dari langit air yang mengandung berkah." (QS. 50:9).
Allah SWT juga berfirman mengenai Ka'bah:

إِنَّ أَوَّلَ بَيْتٍۢ وُضِعَ لِلنَّاسِ لَلَّذِى بِبَكَّةَ مُبَارَكًۭا وَهُدًۭى لِّلْعَلَمِينَ ﴿٩٦﴾

"Sesungguhnya rumah yang pertama kali diletakkan bagi umat manusia adalah rumah yang ada di Bekkah (Makkah), yang diberkahi (oleh Allah)." (QS. 3:96).

Dengan demikian air hujan yang turun dari saluran air di atas Ka'bah itu memiliki dua berkah, yaitu berkah yang turun dari langit dan berkah yang terdapat pada Baitullah ini."
Mendengar jawaban tersebut, Syaikh Ibnu Sa'di merasa hairan dan kagum kepada Sayyid 'Alwi. Kemudian dengan penuh kesedaran, mulut Syaikh Ibnu Sa'di itu melontarkan perkataan yang sangat mulia, sebagai pengakuannya akan kebenaran ucapan Sayyid 'Alwi:
"Subhanallah (Maha Suci Allah), bagaimana kami boleh lalai dari kedua ayat ini."

Kemudian Syaikh Ibnu Sa'di mengucapkan terima kasih kepada Sayyid 'Alwi dan meminta izin untuk meninggalkan halaqah tersebut. Namun Sayyid 'Alwi berkata kepada Syaikh Ibnu Sa'di:
"Tenang dulu wahai Syaikh Ibnu Sa'di. Aku melihat para polii Badwi itu mengira bahwa apa yang dilakukan oleh kaum Muslimin dengan mengambil berkah air hujan yang mengalir dari saluran air di Ka'bah itu sebagai perbuatan syirik. Mereka tidak akan berhenti mengkafirkan orang dan mensyirikkan orang dalam masalah ini sebelum mereka melihat orang yang seperti Anda melarang mereka. Oleh kerana itu, sekarang bangkitlah Anda menuju saluran air di Ka'bah itu, lalu ambillah air di situ di depan para polis badwi itu, sehingga mereka akan berhenti mensyirikkan orang lain."

Akhirnya mendengar saranan Sayyid 'Alwi tersebut, Syaikh Ibnu Sa'di segera bangkit menuju saluran air di Ka'bah. Ia basahi pakaiannya dengan air itu, dan ia pun mengambil air itu untuk diminumnya dengan tujuan mengambil berkahnya. Melihat tingkah laku Syaikh Ibnu Sa'di ini, para polis Badwi itu pun pergi meninggalkan Masjidil Haram dengan perasaan malu.
Semoga Allah SWT merahmati Sayyidina al-Imam 'Alwi bin 'Abbas al-Maliki al-Hasani. Amin.
Kisah ini disebutkan oleh Syaikh Abdul Fattah Rawwah, dalam kitab Tsabat (kumpulan sanad-sanad keilmuannya). Beliau termasuk salah seorang saksi mata kejadian itu.
Sumber:Sumber: http://www.azahera.net/showthread.php?t=2408
Gambar: Al-Imam Al-Sayyid 'Alwi bin Abbas al-Maliki al-Hasani
الشيخ عبد الرحمن بن سعدي وانصياعه للحق التاريخ…
azahera.net


قرأت هذا الخبر:


فذكرني بقصة:


كان الشيخ السيد علوي بن عباس جالسا في حلقته بالحرم المكي، وإلى ناحية أخرى من الحرم يجلس الشيخ عبد الرحمن بن سعدي صاحب التفسير، والناس في صلاتهم وطوافهم، وكانت السماء محملة بالسحاب، فنزل المطر، وانصب من ميزاب الكعبة، فصار الحجازيون على عادتهم يهرعون إلى الماء المنصب من الميزاب يتناولونه ويصبونه على ثيابهم وأجسادهم يتباركون به .. فارتاع أهل الحسبة من البدو وحسبوا أن الناس أتوا بالشرك وعبدوا غير الله !!!!! فصاروا يقولون لهم لا يا مشركون شرك شرك .. فانفض الناس ومالوا إلى حلقة السيد علوي فسألوه فأجاز لهم ذلك وأباحه وحث عليه، فهرعت الناس ثانية إلى الميزاب يتناولون من الماء غير عابئين بمحتسبي البادية، وصاروا يقولون لهم لا نبالي بكم بعد أن أفتانا السيد علوي بن عباس ... فذهب البدو إلى حلقة الشيخ عبد الرحمن بن سعدي وشكوا إليه السيد علويا، فما كان من ابن سعدي إلى أن أخذ رداءه ونهض وجلس إلى جوار السيد في أدب جم، والناس مجتمعون حولهما، فقال ابن سعدي للسيد : أحق يا سيد أنك قلت للناس بأن في هذا الماء بركة؟؟

فقال السيد: بل قلت بركتان!!

فقال ابن سعدي: وكيف ذلك؟

فقال السيد: لأن الله تعالى يقول في كتابه عن المطر: ( ونزلنا من السماء ما ء مباركا) ويقول عن الكعبة: (إن أول بيت وضع للناس للذي ببكة مباركا) فهما الآن بركتان: بركة ماء السماء، وبركة هذا البيت العتيق.

فتعجب الشيخ ابن سعدي وقال: سبحان الله كيف غفلنا عن هذا ؟ وشكر السيد واستأذن في الانصراف، فقال له السيد: مهلا يا شيخ، أترى هؤلاء البدو إنهم يحسبون أن ما فعله الناس شركا، وهم لا يكفون عن تكفير الناس ورميهم بالشرك في هذا الأمر حتى يروا من هو مثلك يكفهم، فانهض إلى الميزاب وتناول منه أمامهم حتى ينكفوا عن الناس، فما كان من ابن سعدي إلا أن نهض وذهب وصار يحسر عن ثيابه ويتناول من الماء يتبارك به !!! فانصرف البدو عن الناس.


حدثني بهذه القصة الشيخ عبد الوكيل بن عبد الحق الهاشمي لا أدري عن أبيه أو غيره .. (ح)


وأنبأني بها الشيخ عبد الفتاح راوه المكي في ثبته.


وهذه القصة وإن كانوا يذكرونها في فضائل السيد علوي لما فيها من بيان علمه وكمال فطنته، إلا أني رأيتها جيدة في بيان ما كان عليه ابن سعدي من انصياع للحق إذا تبين له، وهذا خلق عزيز لا سيما في هذه الطائفة المتعصبة، والله أعلم .

__________________
لا إله إلا الله محمد رسول الله
آخر تعديل بواسطة الأزهري ، 01-08-2009 الساعة 05:14 AM
 
 
Semoga bermanfaat

Tidak ada komentar:

Posting Komentar